Sinopsis Sarafina
Sarafina
(Sari Yanti) berasal dari keluarga berada. Bella (Felixia Yeap) merupakan teman
rapat Sarafina. Ayah Sarafina bernama Datuk Malik (Hilal Azman), manakala ibu Sarafina
bernama Datin Sherry (Nor Albaniah). Di rumah agam tersebut, Sarafina mengenali
Razlan (Amar Asyraf). Iaitu anak orang gaji keluarga mereka, Mak Imah (Mak Wan
Latah). Ayah Razlan bekerja sebagai pembantu keluarga Sarafina.
Sarafina
dan Razlan masuk ke kolej yang sama. Di kolej, Razlan sering diganggu oleh
sekumpulan pelajar lelaki yang diketuai oleh Zariff (Josiah Hogan). Zariff
menaruh hati pada Sarafina. Oleh kerana Sarafina tidak melayannya, Zariff ingin
menyakiti orang yang Sarafina suka iaitu Razlan!
Razlan
dan Sarafina saling menaruh hati sesama mereka. Namun, perasaan itu belum
dinyatakan secara lisan. Razlan seorang budak yang baik mempelajari tip dari
sahabatnya cara untuk memikat wanita. Dengan itu, Razlan beria-ia membeli
sebuah buku untuk mengetahui cara memikat Sarafina.
Kehadiran
Razlan sering disenangi oleh Sarafina. Manakala kehadiran Zariff membuatkan Sarafina
rasa kurang selesa. Tanpa pengetahuan Sarafina, keluarganya dan keluarga Zariff
telah mengatur tali pertunangannya bersama Zarif.
Bagaimana
pula dengan kisah percintaan Sarafina dan Razlan? Adakah mereka akan disatukan?
Anak orang kaya bercinta dengan anak orang gaji. Adakah perkara itu akan
diterima oleh keluarga Sarafina? Datuk Malik dan Datin Sherry yang mementingkan
harta dan pangkat.
Namun,
perkara itu tidak menjadi hal yang besar bagi Sarafina. Ini kerana Sarafina dan
Razlan bertekad ingin berkahwin! Lantaran itu, Sarafina disingkirkan dari
keluarga kerana menjalinkan hubungan dengan orang yang tidak setaraf dengan
keluarga mereka.
Selepas
Sarafina dan Razlan berkahwin, mereka dikurniakan seorang anak. Namun, dugaan
sentiasa melanda kehidupan Sarafina dan Razlan. Anak mereka disahkan menghidap
penyakit jantung berlubang. Situasi itu memaksa mereka mencari wang yang banyak
untuk pembedahan anak mereka.
Di
saat kesempitan wang, ibu dan ayah Sarafina menawarkan bantuan. Namun, ianya
bukan bantuan percuma semata-mata. Ada balasan yang ingin Datuk Malik dan Datin
Sherry mahukan daripada Sarafina. Apakah balasan tersebut? Apakah syarat yang
ditetapkan oleh ibu dan ayah Sarafina? Benarkah syarat tersebut menyatakan Sarafina
mesti meninggalkan Razlan? Bersetujukah Sarafina dengan syarat tersebut?
Bagaimana pula dengan anak Sarafina, berjayakah diselamatkan? Berkekalankah
hubungan Sarafina dan Razlan? Bagaimana pula hubungan Sarafina dan Zariff?
Sama-sama kita saksikan dalam drama Sarafina di saluran 105 dan 135.
Pelakon Sarafina
Sari
Yanti – Sarafina
Amar
Asyraf – Razlan
Josiah
Hogan – Zariff
Felixia
Yeap – Bella
Hilal
Azman – Datuk Malik
Nor
Albaniah – Datin Sherry
Ali
Ross – Datuk Kamil
Laila
Nasir – Datin Chempaka
Mak
Wan Latah – Mak Imah
Kamarool
Hj Yusof – Pak Din
Falisha
Crossley – Nadira
Drama
Sarafina merupakan drama terbaru di
Astro Prima dan Maya HD. Sarafina menggantikan drama Perempuan dalam Pasungan
yang telah tamat pada minggu lepas. Baca: Perempuan dalam Pasungan Episod Akhir.
Drama
Sarafina hangat menyengat di tv! Baca:
Saksikan
drama Astro Prima dan Maya HD Sarafina
Hari:
Isnin – Khamis
Jam:
5 petang – 6 petang
Saluran:
Astro Prima 105 & Astro Maya HD 135
5 comments
ohh, Felixia Yeap belakon dalam drama ni..
wah.. Felixia Yeap bah ;D
mcm best ja citer nih..
wahh ! mcam best ~
Tak tengok nie
EmoticonEmoticon