Atas carian
keyword, makanya hari ni nak share 1 resepi kek. Kek sedap, yummeh! Jugak
agak famous dihidangkan semasa juadah Raya..jengjengjeng.. Resepi Kek Lapis
Horlick. Jom kita tengok cara membuat Kek Lapis Horlick. Mudah ke idok? Rumit ker cara
membuatnya. Sure leceh kan kan kan… Ye ker, tak try kita tak tahu. Pada yang
teringin nak buat Kek Lapis Horlick jom kita buat step by step berpandukan
tatacara di sini.
Bahan-bahan:
10 biji telur
16 oz mentega
1½ gelas
tepung gandum
1 gelas
gula halus
1 botol
kecil horlick
1 botol
jem buah-buahan
½ tin
susu manis
1 sudu
teh esen vanila
Cara membuatnya:
1. Pukul telur dan gula hingga kembang.
Asingkan.
2. Dalam bekas lain, pukul mentega bersama
susu manis.
3. Campurkan kedua-dua adunan tadi, masukkan
tepung dan esen vanila.
4. Bahagikan
adunan kepada 2 bahagian:
(1) Campurkan jem buah-buahan
(2) Campurkan horlick
5. Sediakan
loyang. Sapukan mentega di permukaan loyang agar kek nanti senang ditanggalkan.
6. Panaskan oven
pada suhu 200 darjah celcius. Menggunakan api atas dan bawah (both). Masukkan
loyang yang telah diisi adunan tadi. Bakar hingga permukaan kek sudah
kekuningan.
7. Tukar kepada
api atas (top) bagi lapisan ke-2. Turunkan suhu oven kepada 150 darjah celcius.
Selang selikan lapisan antara adunan jem dengan horlick. Buat sehingga habis.
8. Then, siap!
Mudah je nak buat Kek Lapis Horlick ni.
Kos bahan-bahan pun murah. Yang penting ianya tersangat..sangat sedap!! Oh ya, Kek Lapis Horlick ni boleh jugak dibuat kukus. Kalau buat
kukus rasanya lebih moist, lembap, lembut, rasa basah gitu. Tapi kalau pakai
oven, kek tu lebih tahan lama disimpan dalam peti ais. Ye la..kek ni kan mudah
berkulat. That’s why kebanyakkan orang lebih suka bakar kek dengan oven. Pada
yang nak balik kampung, berjumpa dengan parents, family or keluarga mertua
boleh la buat Kek Lapis Horlick ni. Sebagai ole-ole..juga air tangan kita buat
mereka.
21 comments
Assalamualaikum yumida. kalau sheila nak beli dari yumida boleh pos ke semenanjung tak? teringinnya nak rasa.. hehehe
yumida nape mcm sedap sgt ni..aduiii tengok mcm senang nk buat tp macam xreti lak..hehe
alamk lapar la plak nmpk kek yumida nie
wow!!.. sedapnya yumida, isk rugi tak ikut resepi ni..
telan air liur kmk kak. hehehe waktu krismas selalu juak molah, tapi selalu molah jalur colour-colour :D sedapppp kek tokk.
Sedapnya tak tau bila boleh cuba buat...
Macam best je..,macam sedap je..papa darwiish mesti suke ni..peminat horlicks la kate kan :)
nina suka mkn kek lapis. tp nk buatnya renyih. hehe
salam yumida.. wow,,sedapnya... teringin nak makan....
kak nak order leh hehehe
wahhh..teliur sihhh :)
cer Yumid pos ke Kulim skit..nk juga rs cemana kan..hahaha
**penat ingtkan ada eskaleter kat sini..skali xde letrik plak..hahahhaa
Nampak menarik dan sedap...tapi hanya tau makan jer la :)
kek lapis cadbury pula macam mana? hehehe sa suka sangat
uikss sedapnye haaaaiiii...nk try la nnt...sy copy ye..eheh..tq
nang nyamannnnn. hehe
Haishhh...kecur liur tgk kek tu.. :)
ika sukkaaaaaaa!!! boleh try ni nanti....thanks kak yumida kongsi resepi :)
ermm .. sedapnye kek lapis ni.
seriously nak try buat! mesti sedappp....x pernah makan pun...^_^
Kek tu nampak sedapppp sangattt ..
HORLISKK ..berkhasiat ..sedapnyerr kek lapis
EmoticonEmoticon