Header blog bertemakan bulan Ramadhan

Alhamdulillah, tak lama lagi nak menjelang bulan puasa iaitu bulan Ramadhan yang dinanti-nantikan oleh semua umat Islam di dunia. Dengan itu, aku nak up header lama. Boleh tengok kat atas.

Setiap kali aku tengok header di atas, dah terbayang-bayang waktu angkat sahur, masak sardin dalam tin. Tu menu paling menyelerakan time sahur. Letak bawang besar. Yummy!

Time berbuka lak, mesti ada air ais. Tak kisah air sunquick ker, air bandung, air kelapa. Yang penting ada ais. Kalau dapat ABC lagi best! Horey!

Berbuka kat umah lebih menjimatkan. Tapi bila weekend, aku dan hb sure jenjalan kat bazaar ramadhan. Konon-konon nak survey makanan apa paling sedap. Tup-tup melayang RM30 beli juadah berbuka puasa. Padahal dah set nak beli juadah sekitar amount RM10 je. Haih..tergoda..tergodaaa…

Header blog bertemakan bulan Ramadhan

Bulan puasa makin menghampiri, alhamdulillah... Teruja menanti kedatangan bulan Ramadhan yang penuh berkah. Jaga diri, jaga kesihatan, especially sekarang ni cuaca panas dan kering. Mudah terhidrat. Elakkan terdedah di bawah matahari terik. Kurangkan aktiviti luar. Sentiasa berada di bawah kawasan teduh. Moga kita terhindar dari strok haba.


Salam Ramadhan Al-Mubarak 1435H

29 comments

Wah... Kurangkwn ais... Ais tak elok utk kesihatan

Selamat berpuasa rakan-rakan blogger

wah cantik header yumida..selamt menyambut bln ramadhan buat yumida sekeluarga

Salam Ramadhan juga dari akak...:)

yang penting mesti ada kucing kan..tak sabar nak pose nie

Wah cantik..Salam Ramadhan Yumida...

Selamat Berpuasa Yumida

Allah comel lah HEADER tu..
Ajar lah kita :)

Salam ramadhan Yumida ..Cantiknyerr HEADER tuuu ..

cantik header tuh..suka laa..

Yumida boleh ajarkan tak macam mana nak hasilkan header yg cute mcm Yumida tuh..comel sangat..

yumida lukis pakai mic. office excel
erm..x reti sgt nak buat tutorial doodle..
masa mula2 buat doodle dulu juz refer dari youtube
comel erk? tengkiu..mihmihmih

tahun ni berpuasa dgn suami.. nk kna terjah bazar jgk ni.. tgk keadaan bazar di tempat baru..

kemeriahan suasana di bulan ramadhan..:)

Salam Ramadhan.. Slmt menjalani ibadah puasa dgn sepenuh keceriaan.. :)

Yumida tgn seni ok laa..akak ni tgn xde seni lgsg..mmg xmenjadi la klu lukis..hihihi..

lawa header.. pandai kak yumida buat hehe

Assalamualaikum yumidaaa. comelnya header puasa diaaa ~~~~


EmoticonEmoticon