Segmen I Love Nuffnang by Dunia sebenar Shida

Segmen I Love Nuffnang
KLIK BANNER UTK JOIN
TAMAT: 28/06/2014


Syarikat pengiklanan Nuffnang nama yang begitu besar dan sangat dikenali di kalangan blogger. Malah Yumida sendiri juga turut menempel iklan Nuffnang di blog.

3 tahun berblog hanya memperoleh RM3 sahaja!
Itulah kenyataannya. Bermula 2009 blog ni ditubuhkan, blog bebas daripada apa-apa iklan. Masa tu, Yumida belum mengenali Nuffnang. Tahun 2010, Yumida terikut-ikut apa yang dilakukan blogger lain. Meletakkan koding iklan Nuffnang di blog. Cabaran yang paling besar time tu, nak ambik koding kemudian paste kan ke html blog. Sukar! Hanya 2 ruangan iklan sahaja berjaya diletakkan. Bahagian large rectangle ads (iklan between posts), gagal diletakkan.

Tragisnya, kerana tidak meletakkan ketiga-tiga unit iklan Nuffnang, blog ini langsung tidak pernah menerima tawaran kempen CPUV. Earning hanya dikira berdasarkan kempen CPC. Tu pun memperolehi RM3 sepanjang tempoh tahun 2010 sehingga awal tahun 2013. 3 tahun RM3! Huhu…sedih..

Minta bantuan blogger lain letak iklan large rectangle ads
Julai 2013, Yumida nekad nak letak iklan large rectangle di blog. Memandangkan dah berbagai cara Yumida cuba, akhirnya Yumida minta blogger lain masukkan kod iklan large rectangle Nuffnang ke blog. Iaitu Kak Mia. Artikel Bantu blogger Yumida troubleshooting iklan nuffnang di antara post

CPUV berduyun-duyun datang
Magik! Selepas kesemua 3 iklan Nuffnang dimasukkan, Alhamdulillah banyak tawaran kempen CPUV diberikan. Syukur…at least merasa jugak earning yang diperoleh melalui unique visitors blog. Malah, Yumida juga praktikkan cara ini untuk mendapatkan CPUV: Tips Dapatkan CPUV dari Nuffnang

Earning CPUV beranak pinak
Pernah dicatatkan earning CPUV blog Yumida meningkat berkali ganda lebih banyak daripada pengumpulan earning CPC. Perubahan dapat dilihat dalam tempoh singkat. Terhasilnya ilham Yumida untuk berkongsi bersama pembaca: Tips Tingkatkan Earning CPUV Nuffnang

Fahami konsep kempen
Untuk target earning CPUV tinggi versus earning CPC, ada bezanya. Malah, sering kali Yumida diajukan oleh rakan blogger apa beza kedua-dua kempen yang sangat famous ni. Terbitnya artikel Maksud CPUV Dalam Nuffnang agar dapat meningkatkan kefahaman pembaca malah diri Yumida juga. Makin kita memahami sesuatu kempen, makin cerah peluang kita memperoleh pendapatan. Malah Yumida juga sertakan artikel Cara buat duit dengan Nuffnang, dengan harapan dapat membantu rakan blogger yang turut sama memasang iklan Nuffnang di blog masing-masing.


Terima tawaran Sponsored Post Nuffnang
Alhamdulillah, Yumida pernah sekali terima tawaran sponsored post dari Nuffnang. Excited! Pasalnya before ni agak sukar nak target dapat sponsored post. Part terkilan, kerana ke-excited-an tu, Yumida terlepas peluang gara-gara salah submit link blog. Patutnya submit url blog tapi Yumida kasi url entry. Agak mengecewakan. Juga menjadi pengajaran buat diri Yumida agar next time lebih berhati-hati. Terlepas peluang..huhu..rasa rugi sangat. Now, Yumida berusaha tingkatkan content blog mana tahu 1 day boleh tarik hati advertiser untuk bagi tawaran sponsored post. Masih setia menanti. Sambil menarik hati pihak Nuffnang.

Kempen Blogbuster Nuffnang paling masyuk!
Bulan Mei 2014, bulan lepas, berlangsungnya iklan video blogbuster di blog Yumida. Tempoh kempen yang hanya memakan masa 13 hari, berjaya meraih RM1,714.50 earning Kempen Blogbuster Nuffnang. Alhamdulillah, rezeki. Yumida juga kongsikan artikel Cara Membuat Video Kempen Blogbuster Nuffnang atas permintaan rakan-rakan. Juga perkongsian artikel Tips Tingkatkan Earning Kempen Blogbuster Nuffnang buat sesiapa yang inginkan kaedah mendapatkan pendapatan lumayan menerusi kempen blogbuster.

Beriklan bersama pengiklanan Nuffnang adalah paling mudah. Jika kita ketahui strategi pengiklanannya. Contoh paling mudah boleh refer pada kisah Yumida. Tak tahu corak pengiklanan mereka, dapat la earning RM3 je sepanjang 3 tahun menampal iklan Nuffnang (tahun 2010 hingga Jun 2013). Tapi, jika ada sikap sentiasa ingin tahu..pasti kengkawan juga mudah menjana income melalui Nuffnang.

Bermula penempelan kesemua 3 unit iklan Nuffnang di blog ini (Julai 2013 sehingga kini iaitu Jun 2014), dah hampir setahun dah blog ni beroperasi dengan sempurna bersama Nuffnang. Alhamdulillah, dalam tempoh setahun tu dah menjana pendapatan melalui Nuffnang melebih RM3k. Syukur Alhamdulillah..


Berblog sememangnya menyeronokkan. Ianya ditambah seronok lagi apabila hobi berblogging kita, memberikan hasil pendapatan. Baca, fahami, terapkan teknik, giatkan usaha..Insha Allah pasti akan membuahkan kejayaan. Nuffnang salah 1 sumber pengiklanan blogger buat masa kini. Terbaik!

36 comments

Good luck Yumida...Have a good weekend...

Singgah dari segmen sama..
salam ramadhan..good luck n all the best ^^

Singgah dari segmen sama..
salam ramadhan..good luck n all the best ^^

singgah dari segmen yang sama..
http://cikgufaizcute.blogspot.com/2014/06/segmen-i-love-nuffnang-by-dunia-sebenar.html
good luck :)

datang dari segmen yg sama...gud luck....btw,cute heder..hehe..
http://cikgufaizcute.blogspot.com/2014/06/segmen-i-love-nuffnang-by-dunia-sebenar.html

awesome! terbaik bersama Nuff :)

ya allah yumida minta maaf byk2 ..shida yakin dah tinggalkn komen dekat blog awk..shida BW guna fone pagi td huhu..minta maaf byk2 buat awk terasa yer..

Thanks yumida sbb sudi join segmen shida ni :) Terima kasih atas perkongsian yg yumida ceritakn pda rakan2..tertarik juga shida bca entri ni :) byk tips sbnrnye..dari yumida ni..kalau dah cecah riban2 ni mmg awesome lah yumida! tahniah tau sbb berjaya dgn nuffnang dan mnjana pndaptan dgn nuffnang :) Gudluck yumida :)

hihi...xpe xpe. yumida ingat shida ter-miss bw. aah ada kalanya klo bw guna phone kdg2 mesej x masuk. tq ye shida sudi inform n komen lg.

sama2 shida. shida lg hebat dpt cpuv berderetan bak keretapi. kagum dgn blog shida yg sentiasa jd peberet advertiser. alhamdulillah...rezeki shida.. moga kita sama2 menjana side income bersama nuff dgn jayanya. insha Allah

salam ramadhan too....
terima kasih sudi dtg n baca entry sini
yup...all d bez utk zana jugak

done bw kat blog cikgu faiz tadi
gdluck too
ahaha...tetibe rasa diri ini sgt cute
thanks

Tahniah kak yumida :)
nice entry...
sharing is caring kan ;)

tahniah yer menang tempat pertama :)

Meh join GA ni..cash RM 100 utk top refferal :)

http://www.linieynor.com/2014/06/big-big-june-birthday-giveaway-by-rara.html

Salam Ramadhan..singgah membalas kunjungan. Tahniah Yumida!

terima kasih sis fiza
terima kasih semua
alhamdulillah

makasih AA
yup sharing n caring dgn semua

terima kasih
insha Allah akan dijoin jika line internet laju n syarat yg simple
thanks sudi invite

Tahniah di atas kesungguhan dan kejayaan ini. Semoga terus menjadi inspirasi buat blogger.

terbaik! sumber inspirasi saya yg dah 4 ber-blog tapi belum pernah cash out! huhu...sadis sungguh :p

tahniah memang hadiah utama ! mmg sangat2 mencabar yer..sumber inspirasi CN ni ;)

banyaknya tip,saya dah book mark entry ni semata-mata nak follow step by step apa yang disarankan.noga saya berjaya menjadikan nuffnang sebagai sumber pendapatan juga.aamiin...tq Yumida

Dik yumida sponsored tu apa eh hihi.
Maksudnya yang dapat tawaran buat video tek kah

sponsored post ya tawaran dari advertiser
suruh hasilkan sesuatu artikel berdasarkan tajuk diberi
pemilihan berdasarkan kriteria blog yg diorang nak
macam cpuv juak
cuma sponsored post lebih masyuk


EmoticonEmoticon