Giga Siblings Birthday Giveaway by Arya Addin

KLIK BANNER UTK JOIN


As salam buat semua rakan pembaca...

Alhamdulillah...Yumida berkesempatan untuk join satu giveaway gempak yang dianjurkan oleh rakan blogger kita. Ayu lagi sweet orangnya..Cik Aya. Untuk giveaway ni, Aya soh buat ucapan birthday untuk salah seorang adiknya iaitu Imah, Apit atau Adam. Tapiii...Yumida tak nak pilih salah seorang. Yumida nak bagi speech special buat semua adik-adik Aya. Jom kita terjah!


DOA BUAT KALIAN BERTIGA...ADIK IMAH, APIT & ADAM

Ya Allah..sempena ulang tahun kelahiran adik Imah, Apit dan Adam..Ku mohon padaMu..panjangkanlah umur mereka, berikan mereka sebuah kehidupan yang bahagia..kurniakanlah kepada mereka rezeki yang murah, banyak dan juga berkat.

Ya Allah..Kau jadikanlah adik Imah, Apit dan Adam ini seorang anak yang baik, yang sentiasa mendengar kata-kata kedua orang tuanya, yg sentiasa menjaga dan menyayangi orang tuanya apabila dewasa kelak. Jadikanlah adik Imah, Apit dan Adam ini seorang insan yang cemerlang dalam pelajaran, kerjaya dan kehidupannya.

Ya Allah..bukakanlah kepada adik Imah, Apit dan Adam ini pintu kebajikan, pintu berkat, pintu nikmat, pintu rezeki, pintu kesihatan, pintu keselamatan, pintu syurga dan segala pintu kebaikan. Kurniakanlah adik Imah, Apit dan Adam..kesenangan, ketenangan, kecemerlangan dan hidayah dariMu dalam menempuh cabaran serta liku-liku hidup di dunia dan di akhirat kelak.

Ya Allah..Kau berikanlah kepada adik Imah, Apit dan Adam kesihatan fizikal dan mental yang terbaik, tunaikanlah hajat adik Imah, Apit dan Adam baik dalam agama, dunia dan juga akhirat. Sesunguhnya hanya Engkau yang Maha Berkuasa atas tiap-tiap sesuatu.

SELAMAT HARI LAHIR BUAT ADIK IMAH, APIT DAN ADAM
SEMOGA PANJANG UMUR & MURAH REZEKI
BAHAGIA & BERJAYA DUNIA AKHIRAT


First sekali...doodle birthday yang didedikasikan khas buat adik Imah.






















Haaa...yang ni pulak doodle birthday untuk adik Apit dan Adam. Jom kita masuk mesin masa doraemon...kembali ke zaman kanak-kanak..kita jumpa adik Apit dan Adam.
  





















BISIKAN KASIH SAYANG UNTUK ADIK IMAH, APIT DAN ADAM


Adik Imah, Apit dan Adam..
Meh ke sini
Ku bisikkan padamu..

Tahukah
adik Imah, Apit dan Adam..
Perjalanan adalah pelajaran
Adik Imah, Apit dan Adam akan mendapat ia dalam kehidupan
Jika adik Imah, Apit dan Adam salah,
Adik Imah, Apit dan Adam akan belajar erti kesungguhan
Jika adik Imah, Apit dan Adam jatuh,
Adik Imah, Apit dan Adam akan belajar makna kewaspadaan
Jika adik Imah, Apit dan Adam kalah,
Adik Imah, Apit dan Adam akan belajar hakikat batas diri

Adik Imah, Apit dan Adam..
Teruslah berusaha
Jangan berhenti berdoa
Jangan adik Imah, Apit dan Adam berputus asa
Kuatkan keyakinanmu
Tabahkan hatimu..kentalkan semangatmu!
Setiap usaha pasti adanya kegagalan
Di sebalik kegagalan terciptanya kejayaan!
Itulah sebuah kehidupan
Yang bakal adik Imah, Apit dan Adam lalui
Sebelum nafas terhenti
Selama itu adik Imah, Apit dan Adam harungi..sebuah perjalanan
Terkandung pelajaran.


Yumida dedikasikan sebuah video special..khas buat adik-adik comel lagi manja... adik Imah, Apit dan Adam. Video ni telah di upload ke youtube. Nak terjah? Jom KLIK SINI.

4 comments

Good luck kak Yumida, iha tak sempat nak join..

wah...rajin sungguh join GA gd luck yew


EmoticonEmoticon