Cara memohon SARA 1Malaysia (Skim Amanah Rakyat 1Malaysia)

Hebahan SARA 1Malaysia (Skim Amanah Rakyat 1Malaysia)

Skim Amanah Rakyat 1Malaysia atau dikenali SARA 1Malaysia merupakan pembiayaan berjumlah RM500 juta yang diberikan kepada 100,000 isi rumah. Tempoh permohonan SARA 1Malaysia sehingga hujung tahun 2014 ini iaitu 31 Disember 2014. Buat mereka yang berminat untuk memohon SARA 1Malaysia, disarankan menghantar permohonan awal. Melalui SARA 1Malaysia, insentif bulanan akan dibayar kepada peserta dalam bentuk unit-unit tambahan AS 1Malaysia. Peserta hanya perlu menjelaskan bayaran balik bulanan yang minimum selama 5 tahun.
SARA 1Malaysia - Skim Amanah Rakyat 1Malaysia, syarat memohon SARA 1Malaysia, cara memohon SARA 1Malaysia, download borang SARA 1Malaysia
SARA 1Malaysia - Skim Amanah Rakyat 1Malaysia

Syarat dan kelayakan memohon SARA 1Malaysia (Skim Amanah Rakyat 1Malaysia)

1. Permohonan SARA 1Malaysia terbuka kepada seluruh warganegara Malaysia berumur antara 18 hingga 58 tahun
2. Pemohon mesti mempunyai pendapatan kasar isi rumah antara RM500 hingga RM3,000
3. Pemohon tidak muflis sepanjang tempoh pembiayaan pinjaman


Syarat permohonan SARA 1Malaysia yang ditetapkan oleh bank:

1. Pemohon dan/atau pasangan tidak menerima bantuan dari skim-skim khas lain Kerajaan yang diuruskan oleh ASNB seperti:
-Program Bantuan Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT);
-ASB Sejahtera; dan
-ASW 2020 Bandar
2. Pemohon dan/atau pasangan tidak memiliki pelaburan di dalam mana-mana unit amanah ASNB ATAU; sekiranya ada, jumlah pelaburan terkumpul bersamaan atau kurang dari RM10,000
3. Status akaun unit amanah ASNB tidak bermasalah
4. Permohonan adalah tertakluk kepada agihan Amanah Saham 1Malaysia (AS 1Malaysia) sepertimana yang telah ditetapkan dan sekiranya masih ada:
Bumiputera – 50%;
Cina – 30%
India – 15%; dan
Lain-lain – 5%
5. Hanya salah seorang isi rumah yang layak memperolehi pembiayaan pinjaman
6. Permohonan diluluskan bagi pinjaman di satu bank sahaja

Cara memohon SARA 1Malaysia (Skim Amanah Rakyat 1Malaysia)

1. Pemohon yang berminat mestilah mengisi borang SARA 1Malaysia (KLIK SINI – BORANG)
2. Borang-borang yang telah lengkap berserta dokumen-dokumen yang diperlukan hendaklah diserahkan kepada:
Unit Projek Khas – SARA 1Malaysia
Tingkat 28, Menara PNB
201-A, Jalan Tun Razak
50400 Kuala Lumpur
3. Pemohon yang berjaya akan dihubungi oleh pihak SARA 1Malaysia/bank.

Maklumat lanjut mengenai Skim Amanah Rakyat 1Malaysia, layari laman web rasmi SARA 1Malaysia (KLIK SINI)

7 comments

ni macam buat loan ker?? menarik

Menarik info ni... thanks Yumida.. :)

Info yang baik & berguna ..tq sharing

Klu dah pernah join ..boleh minta sekali lagi tak?

Klu dah pernah join ..boleh minta sekali lagi tak?


EmoticonEmoticon