Resepi Kek Lapis Cadbury Pandan

As salam buat rakan pembaca,

Terhasilnya satu lagi kek yang dibuat my hb untuk hantaran tunang adiknya. Kek...jengjengjeng.. Kek Lapis Cadbury Pandan. Sebut je nama pandan sure terbayang kaler hijau. Untuk kek ni my hb pilih cadbury perisa blueberry. Jom tengok hasilnya:
  
cara membuat Kek Lapis Cadbury Pandan, Kek Lapis Cadbury Pandan, gambar Kek Lapis Cadbury Pandan

Kek Lapis Cadbury Pandan

Bahan-bahan Kek Lapis Cadbury Pandan
  • 500g mentega
  • 250g tepung hong kong
  • 150g gula halus
  • 10 biji telur gred A
  • 50g serbuk santan (1 peket)
  • 11/2 sudu besar ovalette
  • sedikit esen vanilla
  • 200g susu pekat manis
  • kepingan coklat Cadbury secukupnya
  • pes pandan secukupnya
  • 150g horlick


Cara-cara membuat Kek Lapis Cadbury Pandan
  1. Pukul telur bersama gula sehingga kembang. Ketepikan.
  2. Dalam mangkuk adunan berasingan, putar mentega bersama susu pekat hingga berkrim dan gebu. Kemudian satukan dengan adunan telur tadi. Sebatikan.
  3. Masukkan tepung, santan, ovalette, esen vanilla dan horlick ke dalam adunan tadi.
  4. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian. Bahagian 1, 2 dan 3 (B1, B2 dan B3)
  5. Ambil B1 dan masukkan pes pandan. Gaulkan rata-rata. Manakala sukatan B2 dan B3 dibakar dalam warna asal.
  6. Ambil 7 sudu besar adunan warna asal dan ratakan ke dalam loyang dan bakar/gril hingga keperangan (api gril selama lebih kurang 5 minit, tetapi bergantung pada kepanasan oven masing-masing).
  7. Ulangi melapis dengan adunan warna asal dan bakar (untuk lapisan kedua).
  8. Kemudian sudukan 7 sudu besar adunan pandan ke dalam loyang. Ratakan. Susunkan kepingan coklat cadbury secara rambang atau mengikut citarasa. Kemudian dibakar/gril.
  9. Ulangi proses dengan 2 lapisan adunan warna asal, diikuti 1 lapisan adunan warna hijau. Buat hingga habis.
  10. Kemudian bakar lagi kek dengan api atas dan bawah dengan suhu 160C selama 10 minit.
  11. Sejukkan kek sebelum dipotong.

 Siap! Buat korang yang hobinya suka baking kek/biskut. Try la resepi ni. Hmmm..sedap!

28 comments

nyum2 sedapnyaa.... ^_^ saya klik2 sini ye yumida.. :)

mmg bleh masuk masterchef dh nie..
suma kek dia bleh buat.

wahhh.. sedapnye tgk... nak try lah nnt.. hehehe =)

thanks for sharing...nak kena mencuba ni... ^_^

sedapnya kek lapis.. terima kasih berkongsi resipi, boleh cuba nanti.. singgah isi 3-3 tabung yumida.. :D

wauu biar betol suami Yumida pandai buat kek..kek pandan pulak tuu

ada cadbury kat dalam dia ??
waaaaaaa!
sedap sedap
╔════════════════════════╗

║ My Blog ► http://abgdude.com/blog

╚════════════════════════╝

yobi..mesti nyaman tk..musim dah x raya gk la mudah nak tengok nangga kek..

siap ade cadbury tu.. mmg confirm sdp..

terliur tgk resepi ni kak..apakan daya hnya mampu melihat dari jauh..haha..sy pandai mkn jer maleh nak buad =P

tebal juak lapisannya owh.. mun kmk sik suka gilak lapis tebal2.. takut kelak sik masak gilak tengahnya..

sedapnya...bila ler nak try...

Sedapnya. Orang Sarawak sudah pasti pandai buat kek lapis kan.

mesti cokelat cadbury je ke..? kalau pakai cokelat lain, dah x nama cadbury plak.. hehe

sedapnyaaa..serius balik umah cuti sem neh nak try buat!!!!

Cadbury tu boleh la kita tukar ngan coklat lain ya ..


EmoticonEmoticon