Nona Tersingkir Minggu Keempat AF 2013

As salam buat rakan pembaca,

Konsert minggu keempat Akademi Fantasia 2013 (AF 2013) yang berlangsung semalam (6 Oktober 2013), mengumumkan Nona bintang AF 2013 keempat yang tersingkir. Keputusan yang mengejutkan semua pihak. Tapi itulah namanya undi takdir.

Nona atau nama sebenarnya Rasmawatie Mohd Thamrin yang berasal dari Sabah, 18 tahun, mendendangkan lagu dari Bruno Mars iaitu Treasure. Walau bagaimanapun persembahannya mendapat undian terendah lantas Nona disingkirkan di konsert AF 2013 minggu keempat ini.
 Nona Tersingkir Minggu Keempat AF 2013, nona tersingkir akademi fantasia 2013

Menerusi komen para juri, persembahan dari Nona menghiburkan sebagai pembuka tirai konsert AF semalam. Nona bintang AF yang begitu bersinar kerana kehebatan vokal yang dimilikinya. Rata-rata di facebook kesemuanya meminati Nona. Nona berkebolehan membawa pelbagai karakter lagu. Penyampaian lagu yang menyakinkan, isi penceritaan lagu juga sampai kepada penonton. Namun..kerana undiannya di tangga terbawah menyebabkan perjuangannya terhenti di minggu keempat sahaja. Moga lebih banyak rezeki yang menunggunya di luar nanti.

Dengan penyingkiran Nona, kini tinggal 8 bintang AF 2013 bakal meneruskan perjuangan bagi mencari siapakah bakal menjadi juara program realiti yang diberi nafas baru ini.

Jangan lupa u olls.. Saksikan siaran AF 2013 secara langsung setiap Ahad jam 9 malam di Astro Ria (104) dan Astro Maya HD (135) yang dihoskan oleh selebriti terkenal Zizan Razak.

Siapa yang telah tersingkir di minggu pertama, kedua dan ketiga?

Ingin mengetahui komen juri di minggu pertama, kedua dan ketiga? Jom terjah!

17 comments

perempuan yg hancus still ada eeeee

sygnya...padahal dia nampak menyerlah malam tu..

sygnya...padahal dia nampak menyerlah malam tu..

dah ketentuan nasibnya...dah klik nuff anda.

http://ummuainni.com

tak puas hati asal dia di singkirkan? cewah macam ar saya ni setia bangat tengok af padahal ilek..

hai yumida pkbar? pinjam kucing sat voleh?

mama tak dapat tengok yumida, lupe.. hihi.. ala, nora mama minat lah, mama lupa undi dia lah..

alahai..kenapa la yang patut disingkir tak tersingkir? adush! :(

ada sesi menangis lg ke AF musim baru ni..hu3

x tgk pun.. tp semlm ada la tertgk persembahan peserta nyanyi lagu relakan jiwa.. sape eh? x ingt nama.. huhu..

huhu...tak tengok lak malam tadi....hihi

kmk ada nangga sekejap nona tu nyanyi malam tek. hehe

ruginyer nona dh kuar,
rasanyer mlm td dia ok jer..
x braper feymes kot.
tu yg x dpt undi.

Nona 18 bkan 21 . hrap maklum ~

yang berbakat besar terkeluar yg takda bakat langsung tak keluar adoyaiii haha


EmoticonEmoticon