Majlis Perkahwinan Amir Jahari

Alhamdulillah, terkejut mendengar berita pernikahan Amir Jahari bersama pasangannya Kartini Binti Sulaiman. Tahniah diucapkan. Berita gembira ini dipetik dari OhBulan.

Majlis Perkahwinan Amir Jahari

Dengan sekali lafaz tepat pada jam 9.00 pagi tadi, Amir dan Kartini yang berwalikan ayahnya telah dinikahkan di majlis yang berlangsung di Penview Hotel, Kuching, Sarawak dengan mas kahwin berupa seutas rantai dan sebentuk cincin emas.

Hanya mengadakan majlis secara ringkas, tiada dulang hantaran yang diberikan antara dua pihak. Dengan wang hantaran berjumlah RM10 ribu yang diberikan dari pengantin lelaki kepada pengantin perempuan.
  
Majlis Perkahwinan Amir Jahari

Amir Jahari ketika mengucap lafaz nikah

Majlis resepsi kedua mempelai pula telah diadakan pada jam 11.00 pagi tadi dan antara tetamu yang hadir termasuklah Aizat dan Amar Amdan, ahli keluarga kedua belah pengantin serta rakan terdekat Amir Jahari.

Majlis Perkahwinan Amir Jahari
 Amir Jahari dan isterinya, Kartini

Tahniah diucapkan buat kedua-dua pasangan Amir Jahari dan juga Kartini. Yumida doakan moga perkahwinan ini kekal, bahagia di dunia dan akhirat. Selamat pengantin baru!

Pssst! Yumida pernah bersembang dengan dengan Kartini yang dikenali sebagai Amni melalui blog. Ramah orangnya. Nak tahu blog wife Amir Jahari ni? Jom terjah!


Haaa…ni pulak blog Amir Jahari:

25 comments

Kak, sapa sidak tok?? :O

tahniah kepada mereka! :) wah,diorang ada blog jugak,hehe :)

@Vee Leaamir jahari nak AF ya bah. mun x silap kmk AF musim ke-9

@Ayie Abasaah...kompos lagu, cipta lagu..berbakat amir ni
alahamdulillah, even dia out awal dlm AF tu, rezeki dlm nyanyian byk menunggu di luar

@Fatanah Khirizanaah ade. yumida kenal ngan amni ni thn lepas. masa awal thn mcm tu. dah lama x singgah blog dia.

tahniah kepada kedua-duanya :)

Tahniah kepada pasangan.. semoga berbahgia & berkekalan dgn penuh keberkatan di dunia & akhirat.. amin.

happy ending. suka sangat! sebab dah baca blog amni sejak amir belum masuk AF lagi! :D

amir jahari dah kawin?serius tak sangka. baru tau hihi
isteri diee ponn comell dan sweet jee :D macam amir jugak :)

Tahniah ;) hee. Pernah terjumpa amir tok kat esplaned Miri beberapa bln yg lalu..

tak sangka dah kawin. mesti comel2 anak dia nanti

recent post : Semangat Header & Logo Baru

Ina memang minat amir ni . Suara dia sedap :D

tahniah....sapa ek?xpnah kenal lak..hihi

Wahh..kawin dah amir..kawin muda..bgs2.. budak af yg xmsk final tp glemer gak..suka budak amir ni... Moga kekal hgga syurga. Thnks umie bg link ittew...xpenah tau pun. :))

woaa tahniah kepada pengantin baru ^^

woaa tahniah kepada pengantin baru ^^

kalau tak silap dia ada bt persembahan live di tv3 ke tv9 nasi lemak kopi o kot ..tahniah..

ohh..ini la amir jahari, selalu dgr lagu je...

selamat pengantin baru.. :)

tahniah...

tahniah dan semoga berbahagia hingga ke akhir hayat..

kmk tau nya kawen dr kawan kmk.. kwn kmk ya rapat dgn dia.. terkejut juak nangga gambar kat instagram.. hehe.. suka dengar suara amir jahari tok. :)

eh.. senyap2 je kan bercinta.. tp bgslah.. ke jinjang pelamin akhirnya.. tahniah buat mereka...


EmoticonEmoticon