Komen Juri Persembahan Bintang AF 2013 | Konsert Minggu Pertama

As salam buat rakan pembaca,

Sape yang tengok Konsert Minggu Pertama AF 2013, sila angkat tangan. Well, sebagai penonton apa komen korang mengenai persembahan bintang-bintang AF 2013 ni?

Persembahan Bintang AF 2013, konsert af 2013 , akademi fantasia 2013 , konsert minggu pertama af 2013 , peserta akademi fantasia 2013 , af 2013 , komen juri persembahan af 2013

Berikut merupakan tajuk lagu yang dinyanyikan oleh bintang-bintang AF 2013. Jom terjah komen para juri. Ehem-ehem..komen juri tu merujuk juri yang dijemput khas di konsert AF tu dengan juri di rumah. Psssst! Yang tengah menaip ni la. Hahaha..

Faizul AF 2013 - Yuna (Dan Sebenarnya)
Komen juri – Edry KRU: Pada awalnya Faizul kelihatan sedikit gugup. Namun, Faizul menyanyikan lagu Yuna dengan cara tersendiri. Sebutan Faizul kedengaran berbunyi sengau.
Komen aku: Aah, aku sependapat dengan Edry. Faizul menyanyi dengan caranya sendiri tanpa meniru penyanyi asal. Cuma, part sebutan tu dia kena baiki. Jangan nampak sengau sangat. Hehe..

Nona AF 2013 - Ziana Zain (Tiada Kepastian)
Komen juri – Sharifah Amani: Nona memberikan persembahan yang menarik dan menghiburkan. Juga pandai dalam menggunakan ruang pentas.
Komen aku: Nona merupakan salah satu peserta yang aku minat dalam AF 2013 ni. Vokalnya uumph! Juga level confidentnya tinggi. Cuma kalau lagu tu dinyanyi dalam bentuk yang asal lagi aku suka.

Sani AF 2013 - Jaclyn Victor (Gemilang)
Komen juri – Roslan Aziz: Sani terlalu mencuba. Arrangement lagu yang tidak menarik untuk didengari. Tidak berasa teruja bila mendengar lagu Gemilang tu diberi nafas baru.
Komen aku: Aah, samalah. Then, pergerakannya ke kanan ke kiri agak mengganggu tumpuan aku menghayati lagu yang dinyanyikan olehnya.

Amira AF 2013 - Awie (Ratuku)
Komen juri – Edry KRU: Persembahan Amira begitu mendatar. Kurang mendalami lagu. Vokal Amira tenggelam disebalik muzik gah lagu.
Komen aku: Aah, aku setuju. Penyampaian Amira dalam lagu Ratuku hanya biasa-biasa je. Takde rasa ‘wow’. Tapi aku suka vokal Amira. Lain daripada yang lain. Harapan aku untuk next performance, Amira akan dapat lagu yang mencabar vokalnya.

Azhael AF 2013 - Siti Nurhaliza (Bukan Cinta Biasa)
Komen juri – Sharifah Amani: Persembahan yang menghiburkan. Kawalan pentas yang baik. Memiliki pakej dalam menarik undian penonton.
Komen aku: Persembahan yang menarik. Level confident pun tinggi. Gabungan suara yang secocok.

Aisyah AF 2013 - Faizal Tahir (Coba)
Komen juri – Roslan Aziz: Penyanyinya sweet. Banyak pitching yang lari. Berharap Aisyah akan perbetulkan kesalahannya untuk next performance.
Komen aku: Lagu yang diberi nafas baru tu tidak berapa digemari. Harapan aku nak dengar Aisyah nyanyi lagu yang ade note tinggi. Lagu yang mempamerkan keunikkan vokalnya.

Suhada AF 2013 - KRU (Apa Saja)
Komen juri – Edry KRU: Gaya persembahan Suhada yang bersahaja. Harap diperkemaskan lagi persembahannya. Pemilihan lagu yang tidak mencabar vokal.
Komen aku: Yup! Aku amat menyetujui Edry. Moga next performance Suhada akan dapat lagu yang menyerlahkan kebolehan vokalnya. Bukan setakat menari. Pilih lagu yang mencabar vokal. Cuma aku suka bila Suhada nyanyi, ade suntikan jiwa di situ.

Nabila AF 2013 - Ella (Ratuku)
Komen juri – Sharifah Amani: Persembahan Nabila kelihatan seperti ‘takut’. Belajar menguasai pentas. Nikmati moment sebagai seorang bintang.
Komen aku: Ye, cara Nabila menyanyi kelihatan seperti orang yang tak yakin diri. Kelihatan takut-takut. Di antara ramai bintang AF 2013, vokal Nabila paling sedap didengari. Hope Nabila tanamkan sikap yakin diri. Vokal sedap, vokal mantap, vokal unik…lontarkan suara, luahkan perasaan semasa menyanyi. Jangan takut, jangan gentar. Be cool bebeh..

Iman AF 2013 - Search (Kejoraku Bersatu)
Komen juri – Roslan Aziz: Iman menyanyi dengan baik. Walaupun pada awalnya Iman kelihatan sedikit gugup. Iman memahami lagu dengan baik. Tidak perlu membuang stand untuk meluahkan perasaan. Yang ni aku gelak puas-puas. Macam kelakar pulak. Tidak menyukai penampilan pakaian Iman. Kelihatan tidak sesuai.
Komen aku: Persembahan yang menghiburkan. Mungkin kerana tidak banyak arrangement lagu disisipkan. So, muzik masih dalam nyanyian asal. Nampak sedap bila lagu tu dinyanyikan. Aah, aku pun agak terganggu dengan rumbai-rumbai yang dililit keliling leher Iman. Pemilihan kaler jaket yang cerah kelihatan berkilau-kilauan. Kalau ditengok pada tema lagu, maybe perlu guna kaler jaket yang bersesuaian.

Indah AF 2013 - Hafiz (Ku Akui)
Komen juri – Edry KRU: Persembahan Indah world class. Menyanyi lagu Hafiz dengan gayanya tersendiri.
Komen aku: Aah, aku pun suka pada persembahan Indah. Penghayatan lagu yang baik. Pemilihan lagu yang tepat mempamerkan kebolehan vokalnya.

Darren AF 2013 - Anuar Zain (Sedetik Lebih)
Komen juri – Sharifah Amani: Persembahan Darren yang sederhana. Kawalan pentas perlu diperbaiki. Juga perlu belajar bermain mata dengan kamera.
Komen aku: Aah, Darren harus bijak memancing undian penonton di rumah dengan ber-contact dengan kamera. Belum lagi merasai aura Darren.

Irmisa AF 2013 - Cinta di akhir garisan
Komen juri – Roslan Aziz: Persembahan duo yang menghiburkan. Suara adik beradik kedengaran sedap bila didengar ‘nice tone’. Gabungan kumpulan duo yang serasi, suara pun secocok.
Komen aku: Pada awalnya aku agak kurang yakin dengan Irmisa ni. Bila diorang buat persembahan, aku rasa kagum. Aah. Gabungan suara yang sedap didengar. Satu suara besar and satu lagu suara lembut. Bila digabung, best pulak dengar.

Tamat! So far ade yang menyinar ade yang perlu digilap lagi. Perlukan lebih banyak bimbingan. Lebih-lebih lagi part nak lontarkan suara. Nama pun bidang nyanyian. Vokal sangat penting. Buat semua bintang AF 2013, gunakan peluang ini untuk menyerlahkan bakat nyanyian korang. Jadikan platform AF 2013 ni untuk mengembangkan sayap korang terbang menggapai bintang di angkasa. Nak tahu siapa peserta pertama AF 2013 yang tersingkir? Sani Tersingkir Minggu Pertama AF 2013

Korang pulak...apa komen korang mengenai persembahan AF 2013 ni? Meh share bersama. 

16 comments:

  1. wah..kak yumida dah bole jadi juri af ni..hehe..mun xtengok pon..xde tb kat sini :)

    ReplyDelete
  2. wah detail.....peminat af ye yumida...akak tak tgk...tgk ulangan laa nnt hik

    ReplyDelete
  3. deqla tertgk hari tu kat umah kakak..x best la.. hihi..

    ReplyDelete
  4. wah...siap ada komen lagi dear.....

    ReplyDelete
  5. ayu tgok bila ntah. yg si aisyah tu nyanyi lagu galau dato siti. xbape nak best..

    ReplyDelete
  6. Akak tengok dua tiga org ja pun dah tak minat.. Ha ha arrangement music ntah apa2... Rasanya Kalau nak wat perubahan lagu pun biar la lebih sedap didengar..ni dengar cam serabut la...

    ReplyDelete
  7. wahhh siap ada komen sndiri lg =) he3..mmg pminat setialh..sy smpat tgok diari af je..konsert xtgok..sbb bertembung dgn sukan..

    ReplyDelete
  8. Ai tgk aritu smp Amira ja,pastu tgk cite lain sbb mcm x best..huhu

    ReplyDelete
  9. Tak sempat tgk..pasal bercuti ke bali...singgah untuk isi tabung je.

    ReplyDelete
  10. Tengok bola masa ya. Tapi sempat tengok performance Azhael. Still sik faham macam ne format AF baru. Maybe sebab ya lah rasa sik best kot. Hehe

    ReplyDelete

SITE: P_yumida (mobile) Mobile overlay 320x50: