Irmisa tersingkir minggu keenam AF 2013

As salam buat rakan pembaca,

Konsert minggu keenam Akademi Fantasia 2013 (AF 2013) yang berlangsung semalam (20 Oktober 2013), mengumumkan Irmisa bintang AF 2013 yang tersingkir.

Irmisa kumpulan duo, adik-beradik yang berasal dari Sabah. Kakaknya bernama Irmiza Sahabuddin (26 tahun), manakala adiknya bernama Irsa Sahabuddin (23 tahun). Irmisa mendendangkan lagu dari Ratu iaitu Teman Tapi Mesra. Walau bagaimanapun persembahannya mendapat undian terendah lantas Irmisa disingkirkan di konsert AF 2013 minggu keenam ini.

Irmisa tersingkir minggu keenam AF 2013, Irmisa tersingkir minggu ke-6 Konsert AF 2013

Dengan penyingkiran Irmisa di minggu keenam, kini tinggal 7 bintang AF 2013 bakal meneruskan perjuangan bagi mencari siapakah bakal menjadi juara program realiti yang diberi nafas baru ini.

Jangan lupa u olls.. Saksikan siaran AF 2013 secara langsung setiap Ahad jam 9 malam di Astro Ria (104) dan Astro Maya HD (135) yang dihoskan oleh selebriti terkenal Zizan Razak.

Siapa yang telah tersingkir minggu sebelum ini?


Ingin mengetahui komen juri sepanjang AF 2013 berlangsung? Jom terjah!

9 comments

tak lama lagi nak final la nie kan ;)

Beri sokongan kepada bakat-bakat muda.

Kesiannya. ..vokal diorg bagus...

hai..
makin lama makin sikit seidh pula kalau ramai yang terkeluar tapi tak apa ni car anak cari penyanyi yg terbaik

p/s:tak mengapa cik yumida comel asal ceruk mana admin ada kamik akan segera balas kujungannya.

terima kasih saya hargai anda ke blog sana..taua sana :)

this year x sempat lah dayat nak tengok af... huhu...so,memang xtau aper aper...haha

kmk tengok malam tek pun konsert mcm sik best gilak. huhu

Semakin nk final, semakin hebat cabaran & persaingannya..

ohh..diorg ke tersingkir...
nur lupa nak tgk smlm..
kekeke


EmoticonEmoticon