Flat PKNS terbakar, aku pernah duduk menyewa di situ

Kesinambungan entry:

As salam buat rakan pembaca,

Sekitar jam 8 malam tadi, aku dikejutkan dengan berita kebakaran melibatkan flat 17 tingkat di Jalan Kerinchi, Kuala Lumpur. Kebakaran dianggarkan bermula jam 4.40 petang. Melihat pada gambar yang dikongsikan di laman berita harian online, kelihatan api sangat marak! Lebih mengharukan apabila ia membabitkan tingkat paling tinggi, iaitu tingkat teratas di Flat PKNS (tingkat 17). Dilaporkan 6 buah rumah di tingkat 17 musnah dalam tragedi hangus tersebut.

Flat PKNS, Jalan Kerinchi Hangus, Flat PKNS, Jalan Kerinchi terbakar, flat pkns terbakar

Flat PKNS? Tetibe kotak fikiran ku ligat memikirkan sesuatu. Rasa macam familiar dengan nama flat PKNS. Oh…aku baru teringat tahun 2008 aku pernah duduk menyewa di situ! Di tingkat 7! Kebakaran tu pulak di tingkat 17. Kesiannya…

Sama-sama kita doakan moga tiada kemalangan jiwa dilaporkan. Moga api dapat dipadamkan dengan segera.

*Duduk menyewa bersama 7 rakan yang lain. 3 bilik tidur, 1 bilik air. Menikmati pemandangan indah berdepan bangunan tinggi Telekom Malaysia. Melihat jalan raya yang sentiasa busy dengan kereta. Rel LRT yang boleh dilihat dari jauh. Fly over membarisi jalan. Pasar malamnya juga berdekatan. Segala kemudahan tersedia ada! Indahnya duduk di tengah kota. Pesat membangun! Oh Flat PKNS, kenangan lalu mengusik jiwa.

30 comments

Takutnya...semoga mereka yg terlibat selamat..

oh Yumida pernah tggal situ ke?moga2 xde apa yg terjadi..

Iulah.. msa blik tadi ingtkn jerebu rupanya da kebakaran...

punca kebakaran? alhamdulillah takde yang jadi mangsa...

takziah buat mangsa kebakaran..

baru tahu berita ini.. harap2 semuanya selamat..

he3 siap ada kenangan lalu tu =) harap mangsa bersabar la..mgkin ada hikmah tu

area tempat saya selalu ronda2 dulu...

Harap semuanya selamat tanpa khilangan nyawa..nampak mnakutkan kebakaran ni..

Klik tabung Yumida kat sini k..:)

semoga mangsa yang terlibat semuanya selamat. Dah la semalam dengan jalan jemnyer, dengan banjirnye, dengan accidentnye. Ni tingkat 17 pulak yang terbakar tu, memang mencabar bagi anggota bomba nak memadamkan api.

harap semua selamat...Moga Alalh bersama mereka.

pagi tadi baru tau, semalam terbabas berita.

tragedi betul.. moga semuanyer selamat yer .. done nuffnang

takziah kepada semua mangsa.. menasbung churp2&inti..

kecoh citer ni semlm kan.. salam takziah buat semua mangsa..

kerana sebuah ruma atau kealpaan sederet uma boleh terlibat terbakar jugak..polis pn konfem byk kerja tuh

Macam-macamkan sekarang Yumida, takut dengar berita2 macam ni..moga Allah jauhkan yang buruk2 pada kita semua..amin..

Bukan Main Lagi Mak Shakira

sy lak pnah dok flat pantai permai... dkat2 je situ, huhu~..
dok nyewa ngan kwn2 UM..

Time sya balik semalm tinggl asap dengan api kecik je..sya duk Vista so, memang tgok la kejadian ni

semoga tiada kemalangan jiwa..^^

Takut kamek nak diam umah kedak towk. Huhu.

OHH...ada pengalaman duduk di sana yea ....

kesiannya mereka..dalam keadaan rumah macam tu..macam mane mereka nak selamatkan diri kan...moga allah permudahkan segalanya

x dapat bayangkan camner mereka selmatakn diri,
17 tingkat kene berlari tu.
nasib baik tiada kemalangan maut.

ya kmk takut diam rumah tinggi2 kedak tok.. dah la susah mok ngangkat barang besar2 mcm perabot ya nait.. huhuhu

rasanya tak ada kemalangan jiwakan..

Mmg sedih klu mcm tu.. nostalgia..

ouch!! takutnya. semoga semua selamat


EmoticonEmoticon