Konsert AF 2013 Minggu Keempat | Komen Juri

As salam buat rakan pembaca,

Sape yang tengok Konsert Minggu Keempat Akademi Fantasia (AF 2013) pada 6 Oktober 2013 yang lepas? Well, sebagai penonton yang menonton konsert minggu keempat AF 2013 ni.. Apa komen korang mengenai persembahan mereka pada malam tersebut?

Berikut merupakan tajuk lagu yang dinyanyikan oleh bintang AF 2013 di konsert minggu keempat. Jom terjah komen para juri.

Nona AF 2013 - Treasure (Bruno Mars)
Komen juri – Edry KRU: Nona merupakan penyanyi dan penghibur yang baik. Lagu untuk minggu ni tak menguji kebolehan vokal Nona. Menyarankan Nona untuk mencari kelebihan diri.
Komen juri – Sharifah Amani: Persembahan baik. Nona ada bakat menjadi seorang penghibur. Menegur Nona berkaitan diction pronounciation supaya faham apa yang dinyanyikan.
Komen juri – Roslan Aziz: Suka pada persembahan Nona. Menjadikan ‘hot night’ pembukaan konsert pada malam itu.
Komen aku: Persembahan Nona yang sangat bertenaga, sayangnya lagu Treasure ni tak menonjolkan kehebatan vokal Nona, macam minggu lepas nyer, pemilihan lagu yang sangat tepat buat Nona. Pakaian Nona nampak cantik, elegant dan menarik! Pakaian paling menonjol di antara kesemua bintang pada malam itu. Good job!

Faizul AF 2013 I Love You (Najwa Latif)
Komen juri – Edry KRU: Persembahan yang biasa, nampak seperi karaoke, seharusnya pilih lagu yang sesuai. Stage besar tapi Faizul tak berkomunikasi dengan orang ramai.
Komen juri – Sharifah Amani: Persembahan biasa, sepatutnya kena ada injection kreatif pada lagu tu. Penampilan Faizul nampak selesa dengan imej barunya.
Komen juri – Roslan Aziz: Tone suara sedap. Faizul kena pilih lagu yang bersesuaian dengan tone suaranya. Pergerakan di atas pentas kelihatan kekok, tak seperti semula jadi.
Komen aku: Lagi I Love You ni sangat popular tapi sayangnya Faizul tak membawa bersama-sama penonton untuk nyanyi bersama. Kawalan pentas yang kurang baik. Lontaran vokal bagus.

Amira AF 2013 Ya Maulai (Dato’ Siti Nurhaliza)
Komen juri – Edry KRU: Vokal range Amira rendah. Persembahannya jugak menurun. Amira harus pandai pilih lagu yang sesuai dengan tone suaranya yang besar.
Komen juri – Sharifah Amani: Suara Amira tenggelam di sebalik kenyaringan muzik dan tarian rancak kanak-kanak.
Komen juri – Roslan Aziz: Lagu Amira tak sesuai dengan tone suaranya. Persembahan yang kurang baik. Suaranya tenggelam di sebalik tarian rancak kanak-kanak.
Komen aku: Vokal Amira mendatar. Hanya tarian kanak-kanak yang membuatkan persembahan itu nampak menarik untuk ditonton. Juga seperti yang aku komen before ni, suaranya tenggelam di sebalik muzik gah lagu. Ada part lagu yang sebutannya tak jelas kedengaran. Dan aku perasan, Amira asyik tarik skirt pakaiannya. Mungkin agak panjang kot menyukarkan pergerakannya. Tangan yang asyik menarik skirt tu agak mengganggu sedikit. Hihihi..

Aisyah AF 2013 Hanya Aku (Hyperact)
Komen juri – Edry KRU: Vokal delivery konsisten, persembahan nampak menghiburkan juga Aisyah menikmati moment di atas pentas.
Komen juri – Sharifah Amani: Persembahan minggu lepas lagi menarik dari minggu ni.
Komen juri – Roslan Aziz: Persembahan yang menghiburkan dan memberi kepuasan buat juri Roslan Aziz.
Komen aku: Arrangement lagu kurang menarik bagi aku. Persembahan Aisyah kemas. Vokalnya seperti biasa..sedap untuk di dengar.

Irmisa AF 2013 Angin Syurga (Misha Omar)
Komen juri – Edry KRU: Lagu kedengaran janggal. Tidak harmoni. Juga persembahan yang tak menghiburkan.
Komen juri – Sharifah Amani: Harus baiki kawalan pentas, harus belaja cara untuk tarik perhatian penonton.
Komen juri – Roslan Aziz: Persembahan yang tak kena, nyanyian tak harmoni, lagu yang kelam kabut, arrangement lagu yang tak menjadi.
Komen aku: Arrangement lagu kurang menarik bagi aku. Better pakai nyanyian asal versi Misha Omar. Persembahan nampak bercelaru, nyanyian kedengaran tak seirama. Harmoninya hancus!

Indah AF 2013 Putih-Putih Melati (ST12)
Komen juri – Edry KRU: Persembahan menghiburkan. Menasihati Indah untuk menerima apa jua lagu yang diberikan.
Komen juri – Sharifah Amani: Well done! Persembahan yang menghiburkan.
Komen juri – Roslan Aziz: Persembahan baik, Indah penyanyi yang baik dengan menyahut cabaran lagu dan memberikan persembahan terbaik.
Komen aku: Persembahan Indah menggegarkan pentas, semua penonton menyanyi bersama-sama Indah. Kawalan pentas yang baik, pandai berkomunikasi dengan penonton, arrangement lagu kedengaran menarik. Ada injection pada lagu tu dan menjadikannya ada low note dan high note, iramanya sedap didengar, sangat kreatif. Good job Indah!

Nabila AF 2013  Aku Yang Tersakiti (Judika)
Komen juri – Edry KRU: Menampakkan percubaan Nabila, memberikan daya saing untuk minggu keempat ni. Persembahan yang menghiburkan.
Komen juri – Sharifah Amani: Emosi lagu sampai, menyarankan Nabila untuk tunjukkan kebolehan diri.
Komen juri – Roslan Aziz: Nampak kesungguhan Nabila. Lagu disampaikan tak sesuai tapi persembahan yang lebih baik dari minggu lepas. Menasihati Nabila untuk berusaha lebih keras.
Komen aku: Vokal Nabila masih lagi lemah. Permulaan lagu nampak mendatar, tapi bila di kemuncak nampak sedap untuk didengar, emosi lagu sampai kepada penonton.

Azhael AF 2013 Relakan Jiwa (Hazama)
Komen juri – Edry KRU: Lagu sesuai dengan vokal. Good performance!
Komen juri – Sharifah Amani: Kumpulan duo yang terbaik, sentiasa focus pada nyanyian.
Komen juri – Roslan Aziz: Persembahan biasa tapi terburuk antara keempat-empat minggu.
Komen aku: Vokal yang mantap, persembahan kemas, emosi lagu juga sampai kepada penonton. Cuma make up tu jangan tebal sangat kot. Hihihi….

Suhada AF 2013 Hatiku Hampa (Ungu)
Komen juri – Edry KRU: Persembahan yang bercelaru, cuba untuk memasukkan kesemuanya dalam lagu. Teknik kawalan nyanyian Suhada kasar, menasihati Suhada sampaikan lagu kepada penonton dengan lebih kemas lagi.
Komen juri – Sharifah Amani: Persembahan biasa
Komen juri – Roslan Aziz: Imej unik, menampakkan kesungguhan Suhada untuk minggu ni, kehadiran penari tak membantu langsung, nampak berterabur, menyarankan untuk tampilkan Suhada sahaja untuk minggu depan.
Komen aku: Persembahan yang menghiburkan. Nyanyian Suhada bertenaga, pandai menari mengikut rentak penari, Cuma sayangnya lagu tu tak menonjolkan kualiti vokal Suhada. Moga Suhada dapat lagu lebih mencabar vokalnya untuk minggu hadapan.

Berakhirnya konsert minggu keempat AF 2013, disambut dengan penyingkiran..
Konsert AF 2013 Minggu Keempat| Komen Juri, peserta akademi fantasia 2013, peserta af 2013, peserta akademi fantasia 2013 minggu keempat

Secara keseluruhannya, pemilihan lagu minggu keempat ni kebanyakkannya tak sesuai dengan tone bintang AF 2013. Pemilihan lagu yang dipertandingkan ada diantaranya tidak mempamerkan kehebatan vokal mereka. Mungkin next week pemilihan lagu tu harus dipilih dengan tepat dan sesuai. Juga kedengaran sound sistem muzik untuk konsert ni kurang baik. Tapi minggu ni aku puji, coz kebanyakan pakaian bintang AF ada peningkatan kalau nak compare dengan pakaian minggu lepas nyer. Pakaian Nona nampak elegant, Faizul nampak smart, Indah nampak sweet, Irmiza nampak ayu, Suhada nampak rock, Azhael nampak cool and smart. Kan… pakaian pun memainkan peranan penting. Dah namanya bintang. Pakaian pun mesti nak ala-ala bintang.

Bestnye kalau siaran Konsert AF ni dibuat pada malam Sabtu. Malam Ahad agak terganggu sedikit. Banyak hal. Hihi.. Tapi tak pe la..rancangan hiburan untuk disaksikan bersama yang tersayang. Ade geng, baru meriah nak tengok.

Ingin mengetahui komen juri di minggu pertama, kedua dan ketiga? Jom terjah!

9 comments

ala...tak tengok af minggu ni...nasib baik awak update

mmg seram sejuk bila nak dengar roslan aziz beri pendapatnya hehehe

mggu nie tak sempat ngk sbb tak de kt umh...

Dya xpernah tgk AF ni. Hehe. Bila siaran ari ahad lgi dya xtgk. Hehe

Seronok bila membaca komen juri tu satu persatu, lebih jelas drp mendengar.. Terasa bahang persaingan & suspend dgn komen juri.. thanks sharing ye :)

nk tnya..yg pasal alif n aisyah tu kenapa pula ye?? tiba2 je sy tgok ada sketsa..

x tengok lagi AF 2013 ni.. sape paling ramai vote yea yumida?

Kenape x der konsert minggu 4 ???? yang minggu 1,2,3 ade minggu 4 x der :(

minggu tok kmk ada nangga sikit.. suka dengar suara Aisyah ya.. hehe.. dan ada sorang gik perempuan ya tapi kmk sik ingat nok ne satu.. Indah kot..


EmoticonEmoticon