Bajet 2014: Subsidi gula dimansuhkan

Subsidi gula sebanyak 34 sen akan dimansuhkan berkuatkuasa esok, menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ketika mengumumkan dalam pembentangan Bajet 2014 di Dewan Rakyat di sini, hari ini.

Bajet 2014: Subsidi gula dimansuhkan

Najib yang juga Menteri Kewangan ketika membentangkan Bajet 2014 di Dewan Rakyat berkata, langkah itu bertujuan mengurangkan jumlah pesakit diabetes di negara ini yang agak membimbangkan.

"Berdasarkan statistik, terdapat 2.6 juta rakyat Malaysia yang berumur 30 tahun ke atas menghidap penyakit diabetes," katanya.
  
Beliau berkata, keadaan itu jika tidak dikawal akan mengakibatkan pelbagai komplikasi seperti penyakit jantung, kerosakan buah pinggang, mata buta dan kaki terpaksa dipotong.

"Saya menyeru supaya kita bersama-sama jaga kesihatan, kurangkan manis dalam makanan dan minuman. Tambahkan manis dalam senyuman," katanya.

Sumber: Berita Harian

20 comments

Disamping mengurangkan pengambilan gula, pengambila makanan yang berkanji yg mengandungi karbohidrat yg tinggi seperti nasi dalam kuantiti yang banyak juga boleh meningkatkan level gula dalam darah. Sama-sama kita jaga pemakanan. Alhamdulillah.. Tq atas info :)

Nantikan apa sahaja akan naik kerana gula ini..

http://pemudattbc.blogspot.com/2013/10/facebook-kebaikan-vs-keburukan.html

Erkkk... pasni sarapan roti bakar jew....hihihihi

kuih lepas tok seringgit sigek jak.. hehe.. *ya maksudnya, nya suruh kita amalkan breakfast kat rumah, mun mok minum pagi, minum petang mbak bekal dr rumah jak.. hehe*

haha.. senyum tak perlu kata apa-apa...

isi tabung sini :)

lepas ni kena kurangkan gula la kan..

lepas ini kena kurangkan buat kek....huhu

Ada pro dan kontranya. naik satu barang, pasti hilirannya juga akan terkena tempiasnya lepas ni.

kalau gula naik 1kg 20 sen, teh tarik kedai mamak naik 20sen 1 gelas, padahal 1 gelas pakai berapa camca gula je.. hmm..

Semut mati kerana gula.. hehee :D

jom tambahkan manis dalam senyuman! :)

maniskan syuman =) inshaa'Allah xkena diabetis..keh3

nak dijadikan ceritanya yana mmg nak pi beli gula... sebab hari sabtu nak kuar pi bandar.. last2 tak beli sbb gula naik harge.

hehe.. comel je pesanan PM kita tu kan.. huhu..

jumaat ptg umu, sabtu pagi dh naik, yg stok lama tu apa cer?

bg sy sbg pngguna tak terasa sgt sbb 1kg blh thn hmpir setahun sbb mmg jrg guna gula, tapi bagi pengusaha kek atau roti agak terkesan lah dgn kenaikan hrga gula ni...

gula mmg perlu.. tp sebaiknya kurangkan.. belajar utk berjimat..

kita kat rumah ni memangla akan kurangkan gula bila gula dah naik..tapi peniaga kat luar takkan kurangkan gula..;)

Ya ke ni? atuk sy umur 103 tahun dah. Makanan manis mmg favourite la sebab banjar kan. Tak pula kena kencing manis. hehehe... =)


EmoticonEmoticon