Siaran Konsert Akademi Fantasia ditunda ke hari Ahad


Bermula minggu lepas iaitu di konsert minggu ketiga AF 2013, siaran AF ni telah ditunda ke hari Ahad. Sebelum ini rancangan AF ni disiarkan pada malam Sabtu. 

Penukaran waktu konsert ke hari Ahad kerana disebabkan mahu memberi laluan kepada saingan bola sepak Piala Malaysia yang sedang rancak sekarang.

Menurut pengurus Saluran Astro Ria, Raqim Ahmad Ramli, memandangkan ketika ini perlawanan Piala Malaysia selalu berlangsung pada hari Sabtu, maka keputusan dibuat supaya konsert AF 2013 diubah kepada hari Ahad.

“Bermula pada saingan minggu ketiga AF 2013 akan berlangsung pada setiap hari Ahad, tetapi ia buat sementara waktu sahaja iaitu sehingga minggu ketujuh setelah saingan Piala Malaysia berakhir.

“Pada minggu kelapan sehinggalah konsert akhir, ia akan disiarkan semula pada hari Sabtu. Keputusan ini terpaksa dilakukan kerana Astro merupakan rakan penyiar kepada aksi Piala Malaysia,” ujarnya yang menafikan perubahan dibuat kerana rating yang menurun.

af 2013, siaran AF pada hari ahad, konsert af 2013, Siaran Konsert Akademi Fantasia ditunda ke hari Ahad

Aah..aku sendiri pun ingat macam tu. Sebab rating jatuh dek penangan bola. Rupanya ade musababnya yang tersendiri. Ooooo… Actually aku lebih suka tengok malam Sabtu. Syok… Dapat bersantai bersama yang tersayang. Kalau malam Ahad tu pulak aku busy nak iron baju. Huhuhu….

11 comments

Sy pn ada tgk af...tp bla d tkr hr, dh tak tengok,,,, sy suka hr sbtu...

ohhh..kiranya mlm ni xde ehh...

kmk sik tga pun AF tahun tok.. hee

Tedah sis. Ponek jark nak nangga AF. Selalunya sis yang banyak update sal AF towk. Hihi.

nak semak no penyertaan GA di mana ya ? tak jumpa. maaf.

Eh ! dah jumpa no 39 . terima kasih

Yumida...takde la kak ina berebut dengan husben yang nak tengok bola..he he..

kmk org nang dua2 hari nangga bola.. hehe.. hari sabtu nangga Piala Malaysia. Hari ahad nangga EPL lagi. bapa dah pegang remote, nang xda chance.. hehe

Dah lama x tgk af ni. Buat benda lain lagi bagus kut.

ada.. deqla tgk.. eh.. bkn tgk.. terrrtgk...haha.. sbb kat rumah akak masa tu...


EmoticonEmoticon