pic dari Berita Harian
Berita menggerunkan yang berlaku
petang semalam jam 2.50 petang. Pesawat paling kecil yang dikenali twin otter
berlepas dari Kota Kinabalu ke Kudat terlibat nahas. Menurut berita dilaporkan,
pesawat tersebut mendarat di luar landasan Kudat. 4 cedera parah, seorang
penumpang maut berusia 92 tahun dan pembantu juruterbang berusia 23 tahun turut
maut.
Sumber: Berita Harian Online
pic dari Metro
Memang seriau aku dengar berita macam
ni. Dah la aku sendiri turut menjadi penumpang twin otter ni beberapa kali. Kalau u
olls nak tahu, pesawat twin otter ni hanya membawa penumpang seramai 19 orang sahaja. 2 orang pilot, tiada pramugari
dan pramugara. Ruangannya juga sedikit sempit. Tapi ok la kan, daripada takde
langsung. Penerbangan domestik dalam negeri sahaja.
Seperti yang u olls tahu, begitu
besarnya kawasan Sabah dan Sarawak. So, memang berpatutan pun kalau adanya
penerbangan domestik. Macam aku sendiri, selalu ambik flight menggunakan
MASwing dari Mukah ke Kuching. Kalau jalan
darat mengambil masa 11 jam.
Kalau pakai aeroplane hanya 1 jam 10 minit sahaja. Harga tiket RM145.00. Itu je pengangkutan udara
yang ada.
Pengalaman
aku menggunakan pesawat twin otter. Sejujurnya aku sering berasa
berdebar-debar, risau, takut. Ye la pesawat ni kecik. Rasa risau dengan
keselamatan aku sendiri. Tak seperti kapal terbang besar, yang u olls selalu
pakai tu. Pesawat twin otter ni bunyinya bingit. Enjin boleh didengar dengan
jelas. Masa nak fly tu aku tak takut sangat. Tapi aku sangat-sangat takut part
dia nak landing! Seram wei! Terasa melantun-lantun dengan lajunya!
Bila
jadi macam ni rasa macam trauma nak pakai twin otter. Pernahkah korang
menggunakan pesawat twin otter?
Sertai JOM TEKA: HARGA MOUSE PAD
Tekaan boleh di buat setiap hari! Tamat pada -12 Oktober 2013-
Juga sertai Giveaway Butik Comel Collection
Menangi hadiah bernilai RM550 !!!
28 comments
Tak pernah pun naik mana2 pesawat udara.... belum mase lagi kot... insyaallah. ..
x pnh naik kapal terbang.. x thu bgmana rasa... huhu.. tpi itulh risikonya kan..
harap pkara mcm ni tak berulang lagi...
Tak pernah lagi naik kapal terbang yang kecil.. Tapi tengok berita pasal ni.. rasa ngeri jugak lah..
Serammmmm eh..
tak pernah naik flight, tentu trauma yea...
Tak pernah, tapi tau keadaannya..memang menakutkan. Haritu adalah plan nak pegi Bario atau Ba'Kelalan. Tapi bila fikir kena naik Twin Otter, kansel. Kesian penduduk belah sana, memang Twin Otter nilah yang paling effisien. Tapi mati dimana-mana. Tak naik Twin Otterpun boleh mati juga!
xpenah naik lagi pesawat hehe
Mengerikan.. risau klu naik pesawat ni.. pasti teringat kejadian2 yg x baik. Semoga Allah lindungilah.
terus aku takut mau naik ni..
slalu balik kk, dr sdkn naik maswing..
huhuhuh..
kasihannya...
takut bila jadi macam nie. huhu
kecil hu nak menarik or gedik-gedik susahlah macam ini ..ibarat duduk terkurung dalam sangkar uh..
kalau sempit mesti rimas hurm..
...pasal nuff oh..pelik sy punya kat boreg servey tu cuma ada 2 jer ..lagi lagi ilang heee.
sy dah kolik tbung "plyer" tu heee...selamat bercuti aidiladha
kalau balik hati-hati yer jaga diri ..da....
verooooM...
Oh, flight ni guna untuk domestic jer ea, ok la harga dia. Tapi takut jugak nak naik kalau berlaku kejadian macam ni ye.
macam2 perkara berlaku sekarang nie...
takot jer kan.. huhu.. semoga kita semua dalam lindunganNYA walau kat mana kita berada..
pendaratan kecemasan atau ada masalah landing?
takziah buat keluarga mereka yang terkorban. semoga yang cedera beransur pulih. Kita doa banyak-banyak supaya perkara macam ni tak jadi pada kita.
Takut jugak laa dibuatnya.
kesian ruma yg kena hempas tu.. huhu sedih pulak.. takut pun ada.. saya klik2 sini ye yumida.. :)
Time kecik dolok penah juak makei tok, time ya gik baby sik tauk apa2. Tp abg and kakak mdh belon tok nang kecik, abg kmk duk sbelah pilot indah. And bising abisss.. Kakak kmk nangis dlm ya. Time ya terbang dr limbang ke kch mn sik silap. Siktauk eh, gik kecik gilak time ya, umur bok jak 9 bulan..
ngeri dengar berita ni.. terhempas di rumah orang pula tu..
kenit pernah naik pun pesawat MAS yang boeing tu je la. Tapi, yang besar dan berat gitu kalau langgar awan pun dah bergegar, kenit dapat bayangkan kalau twin otter ni camne.
Apappun, kenit doakan sis sentiasa dilindungi Allah (^_^)
Assalammualaikum..yumida,
kalau dengar dan penceritaan kekawan pasal naik kapal terbing nie memang menakutkan.. bagi mselim3 sendiri x pernah naik kapal terbang x tahu bila nak naik..hehehe
mselim3
dah bnyak kali juga berita pasal pesawat boeng ni terhempas...huhu...seriau
alahai...takziah..
takutnya,,,,
kmk selalu juak pake belon kecik dari miri ke labuan masa belaja di matrik dolok. rasanya nang lain compare dengan mun kita make belon besar.. rasa insecure sikit. huhu
ehh.. ada jugak eh pesawat mcm ni..huhu.. 1st time tau nih..
EmoticonEmoticon