Kira-kira
1.4 juta penjawat awam akan menerima bonus setengah bulan gaji atau minimun
RM500, demikian diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Najib yang
juga Menteri Kewangan berkata bagi meringankan lagi beban golongan pesara,
kerajaan juga akan memberi Bayaran Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM250.
"Bayaran
bonus dan bantuan khas kewangan ini akan dibayar pada awal Januari 2014,"
katanya ketika membentangkan Belanjawan 2014 di Dewan Rakyat hari ini.
Pada Ogos
lepas, sebagai persiapan Hari Raya, Bayaran Bantuan Khas Kewangan sebanyak
RM500 dan RM250, masing-masing telah dibayar kepada penjawat awam dan pesara.
Bayaran
bantuan khas kepada penjawat awam itu adalah untuk Gred 1 hingga Gred 54.
Sumber:
Kosmo Online
7 comments
Wah.. rezeki penjawat awam.. tahniah :)
tahniah ...
kita yg kerja swasta ni berkelip-kelip ajelah nampaknya..kuikui
tahniah buat pnjawat awam...
Alhamdulillah.
Assalammualaikum.. yumida,
tahniah lah buat penjawat awam... k
mselim3
alhamdulillah... deqla antara yg merasa bonus ni.. hihi ;)
EmoticonEmoticon