Pemberian
Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) kepada isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000
dan ke bawah akan dinaikkan daripada RM500 kepada RM650, manakala bagi individu
bujang berumur 21 tahun dan ke atas yang berpendapatan tidak melebihi RM2,000
sebulan, nilai bantuan akan dinaikkan daripada RM250 kepada RM300.
Perdana
Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika membentangkan Bajet 2014 di Dewan
Rakyat hari ini berkata, sebagai tambahan, buat pertama kalinya BR1M 3.0 akan
diperluaskan kepada isi rumah yang berpendapatan bulanan antara RM3,000 hingga
RM4,000 dengan nilai bantuan sebanyak RM450.
"Pemberian
ini adalah berdasarkan kepada kenaikan kos sara hidup yang perlu ditanggung
oleh golongan berpendapatan sederhana rendah," katanya.
Najib yang
juga Menteri Kewangan mencadangkan caruman Insuran Takaful Berkelompok Rakyat
1Malaysia atau i-BR1M bernilai RM50 diberi kepada semua penerima isi rumah BR1M
bagi memberi perlindungan maksimum sehingga RM30,000 kepada penerima BR1M
sekiranya berlaku kematian atau hilang upaya kekal.
"Pendek
kata, secara keseluruhannya, penerima BR1M dari kalangan isi rumah
berpendapatan bulanan tidak melebihi RM3,000 akan menikmati bantuan sebanyak
RM700," katanya.
Sumber:
Kosmo Online
17 comments
syukurlah..
:-)
alhamdullillah...
syukurla alhamdulilah..sekurangnya ada juga kan :)
tahun nie boleh la merasa nak dapat br1m
blogwalking di pagi hari..
isi tabung sini satu.. :)
blogwalking...syukur
Alhamdulillah
Alhamdulillah :)
:) alhamdulillah
alhamdulillah masih ada rezeki.. :D
Alhamdulillah RM450 tu boleh la wat isi minyak selama setahun..hehe...
rezeki..
rezeki...
baguslah :)
rezeki lagi.....
Alhamdulillah, pasti memberi manfaat kepada penerimanya nanti.
alhamdulillah..naik 150.. mana tahu tahun dpn naik lagi.. katanya boleh naik cecah 1200 kan..? berperingkat.. ;)
EmoticonEmoticon