Flat PKNS, Jalan Kerinchi Hangus

Kira-kira enam unit rumah Flat PKNS, Jalan Kerinchi musnah dalam kebakaran ENAM buah rumah di tingkat 17 Flat PKNS, di Jalan Kerinchi, Kuala Lumpur, musnah dalam kebakaran jam 4.40 petang tadi. Gambar ini dirakam dari Menara Telekom di Jalan Pantai Baru. - Foto oleh pembaca BH, Alia Zulasmin
KUALA LUMPUR: Kira-kira enam unit rumah di tingkat 17, Flat PKNS, Jalan Kerinchi di sini, musnah dalam kebakaran pada kira-kira jam 4.40 petang tadi.


Anggota Bomba dan Penyelamat baru tiba di tempat kejadian pada kira-kira jam 5.36 petang kerana tersekat dalam kesesakan lalu lintas. Setakat ini, belum dapat dipastikan jika ada mangsa yang cedera dalam kejadian berkenaan. 


Api masih lagi marak ketika ini.



Sementara itu, kejadian kebakaran berkenaan dapat dilihat dari tingkat empat, Balai Berita, Bangsar.


Sumber: Berita Harian

16 comments

semoga dirahmati dan dilindungi oleh Allah SWT.

Semoga Allah memudahkan urusan mereka yang ditimpa musibah ini. Amin

macam mana lah angota bomba nak padam api..tinggi tuh..

Ini yg takut kalau duduk tinggi2 ni. Semoga tiada kemalangan jiwa.

marak lalu jak apinya.. huhu

kesiannya..

Kesian juak.. Moga dipermudahkan..

moga2 Allah lindungi mereka..

kesiannya kat pemilik rumah tersebut, kat mana laa dorang nak stay lepas ni. hmm

sebab ape ye kak?? ada details x??

Hish, susah nak lari mun kedak towk. Huhu.

takziah pada semua mangsa yer !

terok jugak tu.. agak2 apa yer punca kebakaran tu eh.. kesiannya pada mangsa.. tentu fobia bila rumah hangus dijilat api dpn mata! tumpang simpati..

siannye..huhu~...
sbb ape ye leh t'bakar?

punca kebakaran masih dalam siasatan ke ehh...

Dahsyatnya kebakaran tu.. semoga mereka yg terlibat diberi ketabahan oleh Allah.. aamiin..


EmoticonEmoticon