Tablet Samsung terbaru bakal dipasarkan!

Samsung Malaysia Electronics melancarkan dua varian tablet terbarunya, Galaxy Tab 310.1 LTE dan WiFi di pasaran Malaysia dalam usaha meneruskan momentum pertumbuhannya dalam pasaran tablet negara ini.

Galaxy Tab 3 10.1 LTE atau teknologi evolusi jangka panjang ditawarkan pada harga permulaan RM1,599, manakala Galaxy Tab 3 10.1 WiFi pada RM1,299 seunit. Kedua-duanya akan mula dipasarkan mulai minggu ini. 

Pengarah Komunikasi Mudah Alih dan Teknologi Maklumatnya, Vincent Chong, berkata pelancaran kedua-dua varian itu amat dinanti-nanti memandangkan gajet itu mendapat sentuhan Intel menerusi prosesor Intel Atom SoC (Clover Trail+).

“Menerusi peranti ini, ia menggunakan prosesor dual-core Intel Atom dengan kelajuan 1.6GHz CPU yang menawarkan prestasi lebih tinggi dan keupayaan grafik tiga kali ganda yang menyokong jangka hayat bateri lebih lama berbanding prosesor sebelumnya,” katanya pada sidang media selepas pelancaran peranti itu di Kuala Lumpur, semalam.

Galaxy Tab 3 10.1 dengan saiz skrin 10.1 inci menawarkan pengalaman aplikasi terbaik dengan grafik tiga Dimensi, keupayaan kamera belakang tiga megapiksel dan belakang (1.3 megapiksel), video definisi penuh (HD) dengan kecekapan penggunaan bateri (6,800mAh) selain melayari laman web dengan lebih pantas.

Selain itu, paparan Galaxy Tab 3 10.1 turut menggunakan Teknologi TFT dengan 16 juta kedalaman warna serta resolusi 1,280 x 800

Menggunakan sistem operasi Android 4.2, tablet terbaru keluaran Samsung itu lebih nipis iaitu 7.95 milimeter (mm) berbanding model sebelumnya, manakala panjangnya adalah 243.1mm dan lebar (176.1mm) sementara beratnya hanya 519 gram.

Dari segi hiburan, peranti itu berupaya menyokong format video MPEG4, H.264, H.263, WMV, DIVX dan mampu memainkan semula video dalam HD penuh (1,080 piksel), sementara audionya pula menyokong format MP3, AAC, WMA, FLAC dan AMR.

Galaxy Tab 3 10.1 turut didatangkan dengan sambungan USB v2.0, 3.5mm Stereo Earjack, slot memori luaran microSD sehingga 64 gigabait (GB), manakala memori dalaman 16GB selain, menyokong penggunaan kad sim.

Tablet Sambung terbaru bakal dipasarkan, Galaxy Tab 3 10.1 LTE
Galaxy Tab 3 10.1 LTE

Aku baru je plan nak beli tablet Samsung. Tapi bukan yang ni. Mahai sangat. Huhuhu.. Dalam proses menunggu cheque Nuffnang sampai. Tak sabor rasanye. Ngeeeee :) Nak tahu mana satu gadget idaman aku. Taraaaa! Samsung Galaxy Tab 2  [7 inci].
  

Lalalalala……

29 comments

Wahhh. Duit nuffnang dah beli galaxy tab. Bestnyaaa. :D

Elh pun br bercadang mauk beli samsung galaxy ni..kalau ada rezeki boleh lah beli yg mahai tu hehe...klik tabung Yumida kat sini :)

Akk suka yg tecik je. Senang nk bubuh dlm henbeg

bestnya duit nuffnang boleh beli tab.

uh dah start jual tab 3.. kena pergi tengok kat samsung store ni

recent post : Pentingnya Google+ Kepada Blogger

sy nak beli tab3..tapi berbaloi ke...

aduih...ketinggalan teknologi lar cik azue nmpk nyer...

@Kuazue Mohd Sama la kita ni, tak tau apa pun psl benda ni. Ahakss.

wahh bestnya msti banyak income dari nuffnang nie kan yumida hehe...kita klik la tabung ya :)

Okay, tab 3 wait for me yeah!
Will have it soon...

masyuk btol ye duit nuffnang akak =) he3..ok gak harga dia 2..berpatutan..teringin juga nk pakai tab ni..tp terfkir juga nk bawa mcm mn..besor sgt

yumida..typo tu.. tajuk entry : kenapa sambung? bukan samsung.. hehe

fulamak... terbaik lah, eeii, mesti tak sabarkan nak tunggu cek nuff sampai, meh mama klik kat sini...

wah,duit nuffnang boleh beli tab...hehe :)

dah macam2 produk samsung keluar nie..yg tab nie pun akak dah tak terlayan dan umi...tp kalau dapat best jugak..

baru klik $$$. bila penuh boleh beli tab baru.

woaaaa suka betul la tgk tab nie.
isi isi sini sis ^^

dh keje nnti rasa mcm nk cekau sebijik dua. hehehe

semoga hajat untuk memiliki tablet tercapai! sabar ye tunggu cheque dari nuffnang :)

ika pun minat gadgets ni, geram je tengok, tapi beli yang mana rasa perlu je, sebab masih belajar kan, nak pakai gadgets mahal2 sangat pun fikir 100kali. mihmih

kadang-kadang tak sempat nak mengejar gadget ni..ada je yg keluar di pasaran..

pernah baca review pasal tab nie..and dengar citer its worth the buy..hehe

Regards,
-Strider-

hm.. myb tak kan beli kot. :( huhu. anyway singgah klik nuffnang :)

syoknye.. samsung mmg jenama femes skrg.. tp tu la baru2 keluaran mahai ..hoho.. ni la dia entri samsung jadi sambung ye... hihi..

ada gik baru? mak kmk baru jak beli tablet samsung last weekend.. nyaman pake molah kerja juak katanya..

hoho..
pompuan mmg ssuai ler pakai tab.
shark tunggu note 3 jer nie..
hehe..

aish..berbintang mata tgk tab samsung ni..bila ntah boleh beli..hihi..

jom join http://missflyfluffy.blogspot.com/2013/10/1st-giveaway-by-miss-fluffy.html :)


EmoticonEmoticon