SYJ tersingkir Maharaja Lawak Mega 2013 minggu 11

SYJ diumumkan sebagai kumpulan ke-11 tersingkir dari Maharaja Lawak Mega 2013, pada 24 Januari 2014 malam semalam. Kumpulan SYJ tersingkir selepas mendapat undian SMS terendah berbanding 6 kumpulan lain yang bersaing dalam Maharaja Lawak Mega 2013 kali ini.

Penyingkiran kumpulan SYJ telah diumumkan oleh Nora Danish selaku juri tetap MLM 2013. Kumpulan SYJ dianggotai oleh Yassin, Shuk dan Jihan.

 SYJ tersingkir Maharaja Lawak Mega 2013 minggu 11
Sumber: Page Maharaja Lawak

Melihat pada persembahan SYJ di minggu 11 MLM 2013 ni, silent komedi kurang menarik perhatian. Tapi, lawak kedua mereka mantap! Terbaek! Kelakar tengok Shuk jadi penjual donut. Jihan pun bez, bersahaja. Yassin jugak, membawa watak orang tua. Adat bertanding kan, moga lebih banyak rezeki menunggu mereka di luar sana.

Sebanyak 6 kumpulan telah bersaing dalam Maharaja Lawak Mega 2013 Minggu ke-11 ini antaranya Jambu, Shiro, Nabil, Bocey, Sepahtu dan SYJ.

Saksikan Maharaja Lawak Mega 2013 setiap minggu
Hari: Jumaat
Jam: 10 malam
Saluran: Astro Warna (132) & Astro Mustika HD (134)

1 comments so far

Semoga mereka tidak patah semangat & terus berusaha nnti...


EmoticonEmoticon