Homestay Regalia Studio pilihan penginapan terbaik!

Adakah anda tercari-cari tempat penginapan yang murah? Ekslusif? Strategik? Selesa, complete dan terbaik sekitar Kuala Lumpur? Haaa…berita baik buat anda yang ingin mencari tempat penginapan yang mempunyai ciri-ciri seperti di atas. Saya syorkan Homestay Regalia Studio. Terbaik di antara yang terbaik!

Ikuti perkembangan semasa, perkongsian gambar juga respon penyewa..layari:


Tahun ini, 2014…merupakan tahun melawat Malaysia. Kuala Lumpur merupakan destinasi pelancongan utama. Sudahkah anda menyenaraikan destinasi pelancongan anda? Jangan lepaskan peluang menikmati kempen promosi Visit Malaysia 2014. Di Kuala Lumpur sahaja, banyak tempat menarik untuk dilawati! Antaranya PWTC, SOGO, KLCC dan banyak lagi.

Pastinya, kita juga inginkan penginapan yang terbaik buat kita. Homestay Regalia Studio melengkapi keperluan anda sebagai seorang pelancong. Membuatkan anda terasa seperti di rumah sendiri! Malahan kemudahannya juga dipertingkatkan agar memberi pengalaman ekslusif menginap di Homestay Regalia Studio.

Homestay Regalia Studio pilihan terbaik penginapan anda kerana:

1. Kedudukannya strategik dan berdekatan tempat menarik di Kuala Lumpur

Lokasi:
Regalia Residence
No.2 Jalan Anjung Putra
Off Jalan Sultan Ismail
50480 Kuala Lumpur



Jarak dari Homestay Regalia Studio ke tempat berikut:
-PWTC LRT Station ( 5 minit berjalan, kurang dari 500 meter)
-Putra KTM Station  ( 5 minit berjalan, kurang dari 500 meter)
-Hentian Bus Putra Station (lebih kurang 5oo meter)
-PWTC ( 5 minit jalan kaki)
-Sogo ( beberapa stesen naik LRT dan 5-10 minit drive)
-KLCC (10-20 minit drive)

2. Kemudahan penginapan yang lengkap
-Katil bersaiz queen size
-Sofa
-Televisyen
-Peti sejuk
-Tempat untuk seterika
-Mesin basuh
-Tempat untuk menyidai pakaian
-Kelengkapan barangan elektrik di dapur contoh oven
-Peralatan memasak di dapur



3. Kemudahan penginapan tambahan
-Gym
-Kedai runcit
-Perkhidmatan dobi pakaian (laundry)
-24 jam kawalan keselamatan & CCTV
-Squash and Steam Bath
-Swimming pool di tingkat 5 dan tingkat 37
-Wifi percuma di lobi dan tingkat 37
-Tempat permainan kanak-kanak


4. Mempunyai tempat menikmati view indah dan cantik
Di Infinity Swimming Pool, kita boleh melihat pemandangan KLCC, KL Tower dan kawasan sekitar KL. Especially di waktu malam, kelihatan lebih cantik dan romantis.


5. Harga berpatutan dan boleh dikategorikan pada kadar yang amat murah
Harga menginap :
(Isnin - Khamis ) - RM150 semalam
(Jumaat - Ahad) - RM180 semalam
Booking/pertanyaan anda boleh e-mailkan ke roomshortstay@gmail.com

Menarik bukan? Sukar untuk mencari sewa homestay serendah ini. Di kawasan Kuala Lumpur lagi tu. Tempat yang strategik selaras dengan kos hidup tinggi. Sememangnya penginapan yang berbaloi-baloi! Bukan sahaja penginapannya yang murah, malahan kemudahan ekslusif yang disediakan memberi kepuasan buat kita.

Anda..anda..anda yang sedang merancang untuk bercuti di Kuala Lumpur. Jom menginap di Homestay Regalia Studio! Terbaik!!! Haaa…andai kata sanak saudara, keluarga ataupun rakan-rakan anda ingin bercuti di Kuala Lumpur, anda boleh sarankan mereka untuk menginap di Homestay Regalia Studio. Perkara yang baik harus dikongsi bersama. Agar mereka juga dapat merasai pengalaman ‘istimewa’ menginap di Homestay Regalia Studio.

Anda rasa kurang yakin dengan penginapan ini? Usah khuatir, mereka yang pernah menginap di Homestay Regalia Studio juga berkongsi pengalaman menginap di sana. Seronok atau tidak? Best atau tidak? Selesa atau tidak? Jom kita ikuti pengalaman bekas penyewa di Homestay Regalia Studio.
Apa kata mereka?
Blogger Eyriqazz
Blogger Baftihera
Tetamu dari Switzerland:

Terjemahan review tetamu dari Switzerland:
This is a great studio pretty well placed. There are a gym, a sauna, a pool area wifi, a grocery store and a second pool with an absolutely amazing view of the Petronas Towers and all the skyscrapers in the center of KL. Our host was very helpful. This is a value for money accomodation.

Hebahan penginapan terbaik ini diwar-warkan buat semua yang ingin melancong sekitar Kuala Lumpur. Termasuk diri saya sendiri! Saya pun teringin jugak nak menginap di Homestay Regalia Studio ni. Peluang baik, rugi kalau dilepaskan! Selepas mengetahui keistimewaan yang ditawarkan oleh Homestay Regalia Studio, hati ini bersemangat nak planning percutian sekitar KL. Haaa…ni nak heboh kat u olls.. 6 Mac 2014 merupakan tarikh keberangkatan saya sefamily ke KL. Cuti-cuti Malaysia katakan. 1 minggu di KL dan 1 minggu lagi ke Bandung dan Jakarta. Excited nak holiday ni. Teringin…teringinnnn nak menginap di Homestay Regalia Studio. Tambahan pula kami sefamily, memang sesuai sangat jika menginap di homestay ni. Andai impian terlaksana, sure nak sharing moment bahagia semasa di Homestay Regalia Studio nanti. Insha Allah…


31 comments

Assalamualaikum yangg, datang kl sila roger sheila ye. bestnya 2 minggu straight bercuti dengan keluarga. nak ikut je rasa. hihihi

@Sheila Salim hehe...tu la..lama dah x pi melancong..last aritu thn 2012 ke brunei..ni sefamily..riuh rendah sikit

@ewanthology aah menarik..tertarik..teringin nak stay kat situ..x pernah lagi duk homestay..area kl lg tu..ade mcm2 kemudahan..mmg syok! harga pun berpatutan

mewah sungguh homestay nie..
mmg menarik.

@Shark Kay aah kan shark. nampak mewah. tapi harganya berpatutan. segalanya ada. yangbeznye wifi tu yg penting..hikhik..leh update blog kat situ..mudah2..lama dah x swimming..beznye menikmati keindahan dri pool tu

@aisya aok nang kacak. dah la barangnya complete. semua ada. bez ooo mun stay sitok

@NinaAz aah memang luas. bez kan sis..semua barang2 ada..memudahkan urusan kita especially kita ni pelancong. suka washing mechine tu, x perlu risau jika pakai baju byk2

Mesti best tok.. :)

@yumida ...akak suka tengok view dalam bilik dan kat luar tu..menarik sangat,,,

@Sally Yatiey aok..dah la strategik..ada swimming pool, ada wifi gik..nang bez

@Kucing Hitam aah contest la ni. kita review pasal homestay ni. beznye kalau dapat menginap kat situ..syok!

@Kisah Si Dairy sama la kak! luas! cantik! kan kan...suka dgn pelbagai kemudahan yg disediakan..rasa ekslusif gitu

blh tahan ni :) thanks sharing yumida :)

@Shida Radzuan sangat boleh tahan! hihihi..kena mencuba merasai pengalaman bermalam di homestay ni..bez kan

@Cik Nur™ aah..cantik..canggih..complete..selesa

@Hafiza AizZawa yup itulah word yg sesuai..murah tapi mewah..teringin nak duk kat situ..x pernah lagi duk kat homestay mcm ni..di tgh2 kota

aie..murah juak kak oo..bgs stay cya dr otel..brg pn complete =)

Wahh kacaknya view! Tapi paling best ada gym sekali. Jrg tmpat penginapan ada gym. Hehe . Dah lamak dah sik pegi melancong. Huhuhu

nice view..siap ada mesin basuh owww...menarik

memang menarik. kena letak dalam wishlist ni hehe

Nice entry..thanks sudi join..In Shaa Allah pemenang akan diumumkan by next week..

tahniah, anda antara 3 pemenang...Info lanjut http://www.eyriqazz.com/2014/01/pemenang-contest-homestay-regalia-studio.html


EmoticonEmoticon