Bio health heater

Bio health heater ni dibeli Disember lepas. Masa tu aku dan hb jenjalan kat kedai sukan. Hb sibuk pilih raket manakala aku pulak keboringan dalam kedai. Semua barangan sukan, hmmmm…bosang! Hahaha… Agak lama jugak nak tunggu dia cari raket. Al maklum la, dia ni cerewet dan teliti sikit. Habis semua dibelek-beleknya, ditesting.

Dari jauh, aku terpandang kabinet cermin. Ala-ala barangan special dari jauh. Aku pun datang dekat. Aah..betul sangkaan aku. Memang barang special dalam tu. Souvenir, mug, keychain. Aku pandang kat rak bawah, ada benda kaler hijau. Dalam tu ada biji-biji putih. Tertera nama bio health heater. Ermmm…apakah?


Aku pun ambik, bila aku baca..ooo alat untuk pemanas kesihatan ni. Ting! Aku dapat idea! Aku pun rembat 2 bijik. Nak tahu kegunaannya buat aku? Haaa…untuk letak kat perut bila perut aku senak, bila sakit perut, bila banyak angin dalam perut dan paling penting bila aku diserang senggugut. Ni la kepentingannya.

 Bio health heater
Harga: RM12.00

harga Bio health heater, gambar Bio health heater
Yeah..beli 2 bio health heater

20 comments

Nak beli kat mana benda ni. Cam mn nk guna.

Nak beli kat mana benda ni. Cam mn nk guna.

mesti sedap letak kat perut time sakit2

akak pun ada satu..bila datang keuzuran setiap bulan..memang mujarab..lega.

kalau time zaman anak dara ade benda ni tak perlulah kenit seterika perut kan T__T.

Assalamualaikum yumida. wahh bestnya. mak sheila pun ada beli, tapi jenis elektrik. kena cas selalu bila nak guna, ada air yang dipanaskan masa kita cas tu. hehhee

bagus ni... kak mia ada satu tapi brand lain...

Assalamualaikum Yumida

boleh letak kat sendi2

cahayacinta rasa macam best tapi tak berani nak beli uh...lepas cuba kasi review ok heeee

Yumida akak baru tahu benda ni..hihihi..

Best! Teringin gak nak cari 1-2, untuk berpantang nanti... malas nak bertungku letak jer atas perut... boleh gitew?

eei tb baru tau..bgus jugak ni..ala2 mcm tugu la buh kt perut bile segugut mai kn

best juak.. kmk da ngga kakak kmk pakei riya..

Fiza pun ada satu just rendam air panas.. jenama tak ingat pulak..

dya xpernah tgk benda ni..huhu


EmoticonEmoticon