Ariana Rose perosak majlis perkahwinan!

Haaa…gempak tak tajuk atas tu.

Ariana Rose bersepakat dengan Tengku Juwita untuk merosakkan majlis perkahwinan Tengku Adam Kamil. Tengku Juwita sebenarnya tidak mahu berkahwin dengan Tengku  Adam Kamil, lalu dia mencadangkan agar Ariana berlakon sebagai wedding breaker.

gambar Ariana Rose, Ariana Rose the wedding breaker

Semasa majlis akad nikah berlangsung, Ariana Rose tampil dengan perut boyot dan bertahi lalat besar di pipi menjerit agar dihentikan majlis akad nikah. Ariana Rose mengaku bahawa anak yang berada dalam kandungannya adalah milik Tengku Adam Kamil. Lantas, perkahwinan itu mesti dihentikan agar memberi pengajaran buat Tengku Adam Kamil. Semua tetamu yang hadir di majlis itu terpinga-pinga dan terkejut! Dek kerana malu, ayah Tengku Juwita membatalkan perkahwinan pada hari tersebut.

Kerana tuduhan Ariana Rose, maruah keluarga Tengku Adam Kamil telah tercalar. Lebih memburukkan keadaan apabila ayah Tengku Juwita menghantar surat saman malu berjumlah RM3 juta!!! Mendengar perkara itu Tengku Adam Kamil segera menyiasat siapa perempuan yang telah menghancurkan majlis perkahwinannya.

gambar Ariana Rose, Ariana Rose the wedding breaker, berita ariana rose
Kredit foto: Page Ariana Rose

Kerana tindakannya sebagai perosak majlis perkahwinan, akhirnya Ariana Rose sendiri menerima padah. Semuanya gara-gara bantuan buat sahabat karibnya, Tengku Juwita. Apakah kesinambungan kisah ini.

Saksikan drama slot Akasia Ariana Rose
Hari: Isnin hingga Khamis
Jam: 7.00 petang hingga 8.00 malam
Saluran: TV3

16 comments

laaaa ingtkn betul2 tadi..hahaha

ooo.. masa tu dah majlis kawin ekkk. nina tak tgk pun first2. hehe. mcm best jea citer nih

novel n citer ni besstt.... hehe

ok la hero diaxda yg sutun hehe

Sik sabar mok tgk sambungan drama tok next week ;D

cerita nie best. tak macam PISA tu. -_- haha

Satu lagi drama tv3 yang menarik...tak sabar nak tengok eps seterusnya..

alu knk rogol tedah... hero cerita sekarang semua pelik2 watak..

hmm..hebat ni..

tengok dalam iklan part ni.. :)

xsbr tgu next week pny cerita! hehe :)

cite ni nmpak ada potensi nak best mcm lyma..suka keoth foo n fathia!

tak sabar tunggu next monday...hehehe

fizi layan citer nie..best juga :)

hahaha memang terkejut tgk penampilan dia masa first episod tu


EmoticonEmoticon