[klik banner untuk join]
1 Jan- 15 Feb 2014*mungkin berubah
Melalui
Otaku Stories Giveaway,
Yumida nak sharing dengan pembaca sekalian berkaitan kisah yang berlaku pada
diri Yumida suatu ketika dahulu. Kenangan yang tak dapat dilupakan. Berbaur
rasa seram, takut, resah, menggelikan hati..
Gambar
di atas diambil ketika bas yang kami naiki rosak di tengah jalan. Apa yang
membuatkan kami seriau, ketika itu jam telah menunjukkan pukul 11.30 malam.
Hampir tengah malam! Suasana gelap gelita. Hanya terdengar lolongan anjing dari
jauh. Ada di antara kami yang ingin membuang air kecil, air besar..kerana
tempoh perjalanan yang agak jauh. Jadi, pemandu bas tidak singgah di mana-mana
stesen minyak berdekatan. Suasana malam yang pekat, ditambah lagi dengan
kehadiran semak, pokok, hutan di sekeliling membantutkan niat murni kami.
Perancangannya
tidak seharusnya terjadi begini. Bas yang sepatutnya bertolak jam 2 petang
telah ditunda ke jam 6 petang. Penantian yang sia-sia selama mana 4 jam
berlalu. Kumpulan kami merupakan trip ke-4 mengikuti rombongan kajian luar ke Banjaran
Crocker, Sabah. Tujuan kami ialah untuk mengkaji mengenai tumbuhan
hutan dan persekitaran hutan.
Perjalanan
yang sepatutnya memakan masa hanya 3 jam telah bertukar menjadi 5 jam! Keadaan
jalan yang tidak rata, banyak selekoh, juga dikelilingi gaung sepanjang
perjalanan membuatkan aku sedikit resah. Ditambah lagi dengan hujan menyebabkan
pergerakan bas berjalan dengan perlahan akibat licin. Rasa tidak selamat.
Ya..aku akui yang itu. Kondisi bas yang lama tanpa penyaman udara berfungsi
kurang baik membuatkan aku mabuk sepanjang perjalanan.
Lebih
memalukan bila penumpang yang duduk di sebelah aku adalah student lelaki.
Siap minta plastik lagi dari dia untuk aku muntahkan segala apa yang ada di
perut. Memalukan! 5 kali muntah..5 beg plastik yang dia hulurkan! Uargh...!
Malunya aku! Padahal sebelum bas bertolak kami siap berkenalan antara satu sama
lain. ‘Awek muntah’...pasti dia labelkan aku seperti itu.
Bas
telah masuk sebahagian badan hutan. Memandangkan jalan yang dilalui hanya tanah
kuning tanpa jalan berturap, ia telah menyebabkan tayar bas terkandas di dalam
tanah. Akibat menekan pedal minyak terlalu lama, dengan kekerapan menukar gear
bas untuk menggerakkan tayar..tiba-tiba enjin bas mati! Tanpa dapat di start
lagi. Laaa...sudah! Kami terperangkap di tengah hutan! 30 minit lagi
menunjukkan jam 12 tengah malam. Seram, gerun, takut..semua perasaan
bercampur-baur. Agak lama jugak kami ter-stuck di situ..panik! Akhirnya, kami
telah membuat keputusan.
Kami
berjalan kaki di tengah malam untuk singgah mana-mana rumah yang bakal kami
jumpa. Gelap gelita. Persekitaran yang menyeramkan. Bayangkan berjalan kaki di
kawasan hutan. Suhu yang sejuk! Dingin! Mata melilau-lilau, bimbang jika
terjumpa dengan sang ular. Berjalan kaki hanya berpandukan lampu suluh kecil.
Hampir
1 jam kemudian, kami tiba di sebuah rumah kecil. Ketika itu jam sudah
menunjukkan pukul 1.15 pagi. Kami meminta kebenaran untuk bermalam di situ.
Manakala pelajar lelaki membuat khemah di luar rumah. Begitulah kisah kami
terperangkap di tengah hutan. Walaupun ia kisah yang pahit, namun memberi
pengalaman manis bersama rakan-rakan tersayang. Dari dalam gambar..sahabatku
Mimi, Jai, Us dan yang hujung belah kanan tu Yumida. Ah..tetibe rindu kat
diorang. Moga sahabatku semua sukses dalam kerjaya masing-masing dan bahagia
bersama insan tersayang.
Berblogging dengan riang ria,
Jangan lupa bantu emak dan ayah,
Giveaway gempak inilah ia,
Otaku
Stories Giveaway by blogger Aisyah.
Jom rakan-rakanku
sekalian, meh sertai beramai-ramai!
7 comments
goodluck ;D
wah minat otaku juga? Goodluck :)
Gudluck Tau yumida..!
nak join jugak la.. gd luck yumida..
all the best :)
Assalamualaikum. Saya singgah dari segmen yang sama. Salam kenal. Done follow you
Otaku Stories Giveaway
thanks sudi join giveaway yg tak seberap tu.. hehe.. Huhu,, memang seriau kalau tengah2 malam macam tu.. huhuh.. ape2 pun tahniah sebab berjaya jumpa rumah... haha. :).
EmoticonEmoticon