Memandangkan kangkung dah jadi fenomena sekarang. Better aku
sharing benda berfaedah buat pembaca. Mana tahu boleh bagi inspirasi buat
sesape yang nak masak besok. Resepinya ialah…jengjengjeng… Kangkung Tumis Belacan.
Inspirasi Kangkung Tumis Belacan berasaskan:
RESEPI KANGKUNG TUMIS BELACAN
Bahan-bahan:
1 ikat kangkung
5 tangkai cili padi
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
Segenggam ikan bilis
1 inci belacan
Garam dan gula sedikit
Cara-cara membuatnya:
Potong kangkung dan bersihkannya.
Tumbuk cili, bawang merah, bawang putih, ikan bilis dan
belacan.
Tumiskan minyak di kuali. Masukkan rencah bahan-bahan
yang ditumbuk tadi. Bila dah bau wangi, masukkan sayur kangkung ke dalam kuali.
Biar ia layu seketika.
Letak sedikit garam dan gula.
Taraaaaa! Siap untuk dihidangkan.
Hmmmmm…sedapnye kangkung tumis belacan. Lama dah tak
makan tau. Pe kata..besok kita buat resepi ni. Sure tambah berkali-kali. Selamat
memasak :)
18 comments
mesti ramai yg masak kangkung esok..heheh
best ni ! esok mulalah masakan berasaskan kangkung ! salam maulidur rasul ;)
haha sebab harga kankung jatuh kan heheh semua sila diet
Suka dengan masakan tumis kangkung belacan ni....sedap...
hehehe, esok nak gi petik kangkung kat dlm sawah kat belakang rumah lah, hehehehe ;p
Nyaman tok ;D
lapar terusssss..sok mk carik kangkung...
Fuhhh!!!! sedap ter
Salam Maulidur Rasul..
Abak nak ajak join segmen :
http://lorong-cinta.blogspot.com/2014/01/pelancaran-kempen-dan-segmen-blogger.html
masa kecik2 dulu, duduk kat nuseri. orang situ penah bagi makan kangkung.cicah kicap je.sedap.lepas tu tak pernah makan dah.hahahaha
sedap ni ^_^
lepas ni bolehlah masak kangkung selalu...murah... heheh
Kangkung kangkung. Hehe
kangkung menjadi pilihan sebab murah.. & boleh tanam sendiri.. hehe.. tq for the resipi kak yumida. :)
nyaman ehhh.. haha
ika masak boleh, makan tidak akan ahahaha..ika tak makan sayur..huuu
haha pon sodap
Semua kat umah ni suka sgt2 makn kangkungtumis belacan hehehe ..
Suka suka suka
EmoticonEmoticon