Jang Ok Jung – drama Korea terbaik!

As salam buat rakan pembaca,

Semalam berakhirnya drama Korea… Jang Ok Jung. Sedih endingnya. Ni kali kedua aku tonton drama ni. Juga kali kedua aku menangis! Haha… Sedih wooo…

Banyak-banyak drama Korea yang aku tengok, Jang Ok Jung paling terbaik! Terkesan di hati aku! Teringat-ingat even berbulan lamanya. Kalau ditanya mana 1 drama Korea yang paling aku suka..sepantas kilat aku akan jawab Jang Ok Jung.



Kisahnya bermula apabila seorang raja jatuh cinta pada hamba. Pada awalnya, Ok Jung tak tahu yang pemuda tu seorang raja. Kehidupan Ok Jung sangatlah menyedihkan. Ibunya seorang hamba bekerja di sebuah rumah majikan. Majikannya memperlakukan ibunya sesuka hati. Bermula dari situ, Ok Jung nekad untuk mengubah nasib mereka. Ok Jung datang ke istana untuk bekerja sebagai dayang. Tanpa diketahui, istana tersebut adalah milik pemuda yang menaruh perasaan padanya. Guess what? Seorang raja! Raja Joseon, Korea.


Bermulanya babak jatuh hati yang akhirnya menjadikan Ok Jung gundik raja. Pertikaian demi pertikaian, akhirnya permaisuri Joseon mati. Ok Jung difitnah atas kematian permaisuri. Pembesar mahu raja menjatuhkan hukuman mati pada Ok Jung. Kerana tertekan dan tidak mahu menjadi beban raja, Ok Jung meminta raja untuk mengeluarkan dekri agar hukuman mati dijatuhkan padanya. Dengan syarat kematiannya ditangannya sendiri.


Raja cuba menyelamatkan wanita yang dicintainya dengan menghantar Ok Jung ke suatu tempat rahsia. Namun, Ok Jung berpatah balik demi cintanya pada raja. Ok Jung tidak mahu raja dipersalahkan atas kehilangannya atau dikatakan mengelak hukuman mati. Akhirnya, Ok Jung kembali ke istana dan menepati janjinya. Ok Jung minum semangkuk herba beracun. Raja lewat tiba ketika mana Ok Jung telah rebah selesai meminum racun tersebut. Ok Jung pergi selama-lamanya meninggalkan pemuda dicintainya, seorang raja Joseon, dan meninggalkan seorang putera (Yoon). Sedih endingnya…


Lagi mengharukan kerana ia berkisarkan kisah benar yang akhirnya tercatat di dalam sejarah Joseon. Tengok drama dah sedih, sure realitinya lagi sedih. Apa pun, lakonan mereka yang menjayakan drama Jang Ok Jung ni semua mempamerkan lakonan mantap dan hebat. Kalau tak, mana mungkin sih bisa buat aku crying. Hahaha!

23 comments

Drama tok kmk blm tgk gik.. ;D

drama ni memang daebak (Y) dah tiga kali tengok masih jugak menangis T^T

Ni takut nak tengok ni.... Kang nanges meleleh pulak kang.... Sedih sesangat ke?

penah layan dolok episod nya difitnah, tapi lepasya sik layan gik hehehe :D cerita korea sedih bg kmk cerita My Daughter The Flower :)

Dah lama betul x tgk drama korea...

Sedih na endingnya. Jarang kamek nangga cite Korea ending sedih2. Kelak kamek try carik dekat kawan mewk.

Saya pula tak suka dram ini..bagi saya macam mengarut pun ada..Geram je tengok ending dia..hehehe. Saya lebih prefer The Moon Embraces The Sun dan latest drama Secret. Sedih.

akak tgk jugak drama nie...suka dengan heroinnya...kim ta hee

ending dia sepertimana kisah sebenar cerita ni
x pernah lg tgk moon embraces..nanti nak tengok la
Kreatif!Cantik!Sempoi gitu!

kisah mengenai percintaan, kesetiaan, halangan, pelbagai cabaran...ending dia bez...maybe pelakon yg bawak drama ni hebat2 kot..bikin penonton cair
Jom baca: Kreatif! Cantik! Sempoi gitu!

aah sama la kak. klo dia berlakon sume watak menjadi.

Memang sedih cerita ni..... kagum ....

Assalamualaikum dan salam singgah petang dik Yumida....suka jgk nonton drama korea ni...

Tgh layan cerita ini separuh episode..tapi heroin tuh mcm jahat sikit pula tngk..tak sampai hati pula nak tngk ending yang sedih2 nie..(":

nak carik dvd korea klk.. hehe

Assalammualaikum...yumida,

Yumida peminat cerita korea rupanyer.. hhehe

mselim3

Peminat korea jgk ni yumida ni.hehe..nnti bleh tgk ceta ni nnti :)

tak nak lah tengok!! uhuuhu!

masa form 2 dulu, TV2 ada main cerita the princess.
ending pon hero mati, kena tembak oleh kekasih dia.
itupon syarat jugak. sebab kekasih dia ialah permaisuri a.k.a raja yg memerintah time tu.
sampai sekarang masih teringat2 lagi citer lakonan Jesadaporn Pholde tu!

)':

drama ni, mak Ros cukup suka.. tapi Ros tak minat sangat genre macam ni.. hihi

Sis tengok kat mana citer ni? Tak perasan pulak.. Huhu..

Drama korea ni klu dah tau jln cerita mmg melekat.. :D


EmoticonEmoticon