KLIK SINI UTK JOIN
Elemen
yang harus ada sebagai seorang blogger berkualiti:
Menghasilkan entry bermanfaat yang memberi kebaikan buat pembaca. Even isi
kandungan mesej hanyalah berbentuk santai, kena diselitkan jugak dengan sedikit
informasi berguna buat pembaca. Contohnya, di hujung minggu..saat tibanya
kekeringan idea. Daripada kita merapu pasal orang ni, orang tu, better kita
sharing menu masakan kita. Pembaca pun mendapat ilham, mana tahu resepi yang
kita sharing tu diorang nak cuba jugak. Ni salah satu contoh la. Ada banyak contoh lain. Segalanya terpulang pada kekreatifan kita untuk berkarya dalam blog.
Menyatakan sumber/kredit pada rujukan maklumat yang Yumida ambil pada
mana-mana laman web. Blogger yang mengetahui etika berblogging, tidak akan
mengambil maklumat orang lain tanpa dikredit kepada pemikir asal. Atau yang
orang selalu panggil sebagai ‘total plagiat copy paste’. Kalau nak copy pun boleh, tapi kita ubah la guna ayat sendiri dan kefahaman sendiri. Blogger yang berkualiti,
blogger yang mematuhi etika berblogging. Menghormati hak idea asal orang lain.
So, kena nyatakan sumber/dikreditkan kepada kepada tuan punya asal idea.
Blogger
yang berkualiti, blogger yang tidak terburu-buru menyebarkan sesuatu berita.
Harus diingat, berita yang tidak benar hanya mengundang kontroversi akhirnya
mencetus fitnah! So, blogger yang berkualiti akan sensitif dengan isu sebegini.
Mereka akan berfikir panjang terlebih dahulu dan mengkaji akan kesahihan berita
tersebut. Jika ianya terbukti benar, maka baru berita itu disebarkan.
Blogger
berkualiti, blogger yang akan sentiasa
belajar. Terutamanya ilmu blogging
dan SEO. Tujuannya hanya satu, agar hasil perkongsian buah fikiran daripada
blogger tersebut terpampang di halaman utama carian Google. So, sayang…jika
seseorang blogger yang hebat dalam penulisannya tetapi tidak mempraktikkan ilmu
SEO. Agak susah untuk arikel tersebut sampai kepada pembaca. Sebab apa, sebab
tiada penerapan SEO ke dalam artikel tersebut yang memudahkan ia dicari oleh
pembaca.
Blogger
berkualiti juga blogger yang mempunyai matlamat
berblog. Adakah kita seorang yang suka membuang masa dengan berblog?
Pastinya tidak kan! Sebab apa kita semua mempunyai misi masing-masing. ‘Owh..tak lah..saya berblog untuk suka-suka
je’. Harap maaf. Sila betulkan niat kita. Tetapkan niat apa yang ingin kita
ingin kecapi dalam berblog. Contohnya, Yumida ingin capai alexa rank Malaysia di kedudukan bawah 500. Juga Yumida ingin
mencapai pagerank lebih baik daripada sebelum
ini iaitu sasaran PR3. Kepentingan alexa rank, untuk mengukur kepopularitian blog kita
daripada berjuta-juta blog di dunia ini. Kepentingan pagerank pula, semakin
bagus PR blog kita, ianya menunjukkan blog kita berkualiti di mata Google.
Mudah terpampang di halaman utama carian Google. Matlamat berblog bukan setakat
itu sahaja, malahan target jana income
menerusi berblog. Nyatakan berapa ratus anda ingin raih dalam tempoh yang
anda inginkan. Tetapkan matlamat! Insha Allah..pasti akan membuat anda
bersemangat untuk berblogging setiap hari.
Sekian
sahaja perkongsian dari Yumida berkenaan ciri-ciri blogger berkualiti. Anda ada
pendapat tambahan, kongsikan di ruangan kotak komen di bawah. Sama-sama kita
bertukar pendapat.
6 comments
Penyertaan terbaik setakat ini Sis Yumida :) terima kasih sudi join giveaway bloggers ss
hihi..makasih...moga kita sama2 menjadi blogger yg berkualiti
gudluck yumida... :)
betul..betul..setuju. insyaAllah kekurangan tu kita ubah sama-sama...bw dari GA sama...jom singgah sy... ;)
Assalamualaikum, saya dari segmen yang sama :) http://fairytaleeeeeee.blogspot.com/2014/01/giveaway-blogger-ss.html
semoga semakin bertambah blogger yang berkualiti dari segi penulisan... good luck dear :D
EmoticonEmoticon