MLM 2013: Siapa patut tersingkir di minggu 8 ???

Maharaja Lawak Mega 2013 Minggu 8 telah pun bersiaran langsung malam semalam, 3 Januari 2014. Seperti yang ku jangka, Tiada penyingkiran Maharaja Lawak Mega 2013 minggu 8 ini. Macam ahli nujum jer…tau-tau jer takde penyingkiran.

Melihat persembahan malam tadi, ada peserta yang memberikan persembahan terbaik, malah ada persembahan yang suam-suam kuku je. Kerana undian peminat, mereka masih mampu bertahan sampai ke minggu 8. Mungkin sampai minggu depan, sampai ke final MLM 2013. Siapa tahu..rezeki masing-masing. Yang mempunyai peminat setia dan pelabur yang kayo-rayo, sure ada peluang cerah untuk menang dalam Maharaja Lawak Mega 2013 musim ni.

Peserta kegemaran Yumida sentiasa berubah-ubah setiap minggu. Mereka yang mempamerkan lawak jenaka yang menggelikan hati pastinya berjaya menambat hatiku. Namun, kita punya cara berbeza melihat lawak jenaka mereka. Ada yang suka kerana mereka memang peminat setia. Contohnya, Wala dan Sepahtu mempunyai peminat yang sangat kuat berdasarkan kehadiran mereka yang memberi komen di facebook. Yumida pulak, hanya penonton yang ingin melihat lawak jenaka yang menghiburkan hati. Yang mana memberi good performance, itulah peserta kegemaran Yumida. Peserta kegemaran Yumida bagi minggu ke-8 Maharaja Lawak Mega 2013 ialah kumpulan SYJ, Bocey dan Sepahtu.

Psssst! Semalam kan takde penyingkiran. Berdasarkan penonton yang memberikan komen di facebook, bagi mereka still ada peserta yang masih memberikan persembahan yang kurang memberansangkan. Nak baca pendapat mereka? Jom!

Maharaja Lawak Mega 2013 minggu 8

Maharaja Lawak Mega 2013 minggu 8

Maharaja Lawak Mega 2013 minggu 8

Maharaja Lawak Mega 2013 minggu 8


Haaaa…gitu! Nak buat macam mana minggu 8 memang takde penyingkiran. Yang bottom 3 (Wala, SYJ dan Shiro) pun masih ada peserta yang memberikan persembahan terbaik contohnya SYJ, tapi dalam kedudukan tercorot. Nasib baik tak tersingkir. Suka sangat tengok Yasin dengan sarung tangan tu..kelakar! Pemarkahan peserta berdasarkan undian penonton 70% manakala dari juri 30%. Hmmm..program realiti kan..faham-faham je la. Hahaha…layan jer. Sambil menonton dan bergelak ketawa bersama yang tersayang.

7 comments

Tengok juga semalam. Hari ni Shiro trending di twitter sehari. Hehe

alamak..xtau nak jawab ni..

patut terkeluar adalah Wala..

haha.. tak lawak pun.. haha

idea refresh balik..

hehe

tak sanggup nak singkirkan sesape


EmoticonEmoticon