Harga Samsung Galaxy S5 RM2399

s5, Spesifikasi Samsung Galaxy S5, samsung s5, Samsung Galaxy S5 16 mp 
Harga Samsung Galaxy S5 RM2399.00

Peranti pintar terbaru Samsung Galaxy S5 dilengkapi sistem kamera canggih, rangkaian hubungan pantas selain ciri keselamatan terkini serta penggunaan bateri yang cekap.

Dengan resolusi kamera 16 megapiksel, S5 turut menawarkan sistem fokus automatik terpantas di dunia hingga 0.3 saat selain menaik taraf kualiti High Dynamic Range (HDR) untuk menghasilkan pencahayaan serta warna lebih terang, sekali gus direka bagi memenuhi keperluan sebenar pengguna.

Serentak pelancaran S5, Samsung turut memperkenalkan jam pintar Samsung Gear 2 dan Gear Fit iaitu peranti kesihatan yang mana boleh mengukur kadar degupan jantung, pedometer dan beberapa aplikasi kesihatan lain.

Ketiga-tiga produk itu mula di Malaysia pada 11 April ini dan tempahan awal boleh dibuat bermula hari ini. Samsung Galaxy S5 dijual dengan harga runcit RM2,399, Gear 2 (RM899) dan Gear Fit (RM599).
Sumber: Berita Harian

Bulan depan dah start jual Samsung Galaxy S5 ni. Sape dah beli nanti, share-share la pengalaman dengan kita orang. RM2399 fuh…….berbling-bling mata nengok. Hihi…

13 comments

makin cantik pulak warna samsung nie...harga boleh tahan...

galaxy note 3 tetap pilihan hati..
hehehe..

Masih bemum bersedia untuk tukar brand..nway kita cukup respect dengan R&D samsung...very effective...

Assalamualaikum dik Yumida...mak hai mahalnyer...tapi memang cantik dan canggih...

memang cantik tpi tgk harga owhh may..tak mampu den

mak aii.. mahalnye.. x mampu la...

Assalamualaikum yangg, alaa mahalnya. berangan la kalau nak beli time harga tinggi camnie. hihiiii

mahalnya, tak mampu nak beli..tengok boleh laa..


EmoticonEmoticon