Operasi mencari kotak hitam pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 di kawasan terpencil selatan Lautan Hindi bertambah rumit apabila
terpaksa menempuh gunung berapi dasar laut dan kawasan bergunung, kata pakar
hari ini.
Pakar yang terbabit dalam operasi berkenaan memberi amaran
bahawa tiada jaminan operasi terbesar yang membabitkan enam negara di kawasan
mencari berkenaan akan berjaya menemui semula bangkai pesawat MAS yang hilang
sejak 8 Mac lalu.
Sementara itu, Perdana Menteri Australia, Tony Abbott
berkata, zon pencarian di selatan Lautan Hindi di kawasan seluas 2,500
kilometer dari barat daya Perth itu adalah kawasan terpencil dan kemungkinan
pesawat Boeing 777-200ER itu terhempas di situ.
“Secara dasarnya, lautan berkenaan terkenal dengan keadaan
ribut kencang dan ombak kuat. Manakala ketika musim sejuk, ombak mampu mencapai
sehingga 10 ke 15 meter,” katanya. – AFP
Sumber: Berita Harian
Moga dipermudahkan pencarian. Daku hanya mampu berharap dan
berdoa. Moga misi SAR dengan kerjasama beberapa buah negara menemui
penyelesaian. Kehilangan MH370 yang begitu misteri. Walaupun kini sudah
mencecah belasan hari.
11 comments
harap-harap kotak hitam berjaya dijumpai.
Seram jak rupa lautan ya.. Giney nda dak nya mok cari. Huhu.. Dah la dalam..
memang sgt merbahaya..mudahan usaha akan berhasil
memang mencabar kerja mereka
moga Allah mempermudahkan segalanya ~amin~
semoga urusan dipermudahkan...bukan senang nak rentas laut yang dalam dan luas..
Allahuakhbar... ='(
Assalamualaikum. semalam sheila tengok video ni. Allahuakbar. takut sangat tengok ombaknya T____T"
Assalamualaikum dik Yumida...seram jer tengok lautan hindi ni...semoga segala usaha pemcarian di permudahkan olehNya..
Memang menakutkan....
x terbyg rasanya kalo kita yg tenggelam dlm lautan yg mcm ni.. nauzubillah...
EmoticonEmoticon