Rebut peluang menang Wang tunai RM50 : Top Refferal, Wang Tunai RM50 : Best Wishes , Monopod x 2 : Random.Org , 100 pcs Namecard Blog Vanilla & Chocolate + Bookmark . Siapa yang berminat sila tekan banner di atas . Terima kasih :)
As
salam buat rakan pembaca. Alhamdulillah, diberi kesempatan untuk menyertai
giveaway terhebat bulan April ni iaitu MR & MRS Hafiezy Mini Giveaway. Baca je tajuk giveaway tu..terus tersenyum!
Ada sentuhan rasa bahagia. Celebrate ulang tahun perkahwinan antara blogger Zara Nurhaidah dan suaminya
Mr Hafiezy.
Alhamdulillah,
usia perkahwinan mereka sudah menginjak ke angka 2 tahun. Melayari bahtera dalam
alam perkahwinan sememangnya membahagiakan. Ada geng! Geng se-makan, geng
bergelak ketawa, geng bergurau senda, peneman hidup hingga ke hari tua. Time best
bila balik bekerja…excited menunggu kepulangan si dia.
Sempena
anniversary wedding u olls, Yumida nak wish..ehem-ehem..
Moga bahagia sentiasa
Moga
diberikan kebahagiaan dalam rumah tangga u olls. Rasa tenang, ceria, bahagia di
sisi insan tersayang. Masing-masing memerlukan antara 1 sama lain. Menghargai
kehadiran pasangan dan menerima kekurangan dan kelebihan pasangan seadanya.
Itulah menerbitkan rasa bahaia di hati kita.
Moga kasih sayang bercambah-cambah
Perasaan
cinta, sayang, setia, rindu moga beranak pinak semuanya. Dilimpahkan kasih
sayang tak terhingga dalam rumah tangga u olls. Saling sayang-menyayangi!
Lagi..lagi…lagi..bertambah-tambah kasih sayang..
Moga dimurahkan rezeki
Rezeki
dalam pekerjaan. Mendapat kenaikan pangkat, dianugerahkan APC, dapat reward dan
sebagainya. Rezeki dalam cabutan bertuah. Mana tahu join contest Yeos tetibe
menang hadiah utama. Siapa tahu..jika ianya ditakdirkan rezeki. Moga dimurahkan
rezeki u olls dalam mendapat cahaya mata. Zuriat yang dinanti-nantikan oleh
semua pasangan berkahwin termasuk Yumida sendiri. Moga Zara dan suami, Mr
Hafiezy, dan Yumida juga dimurahkan rezeki dalam rezeki baby. Eh..tetibe masuk
list. Padahal wish didedikasi untuk orang lain..menyibuk je! Hihi..
Moga dirahmati olehNya
Moga
hubungan u olls sentiasa mendapat keredhaan dariNya. Dirahmati, hidup bahagia
sebagai khalifah Allah di muka bumi.
Moga dipermudahkan segala urusan
Urusan
dari segi pekerjaan, pengurusan hidup, urusan keluarga, urusan sampingan, moga
dipermudahkan segalanya. Tiada kerumitan. Moga apa dirancangkan berjalan
lancar.
Moga apa diimpikan tercapai
Impian,
harapan, matlamat..moga segalanya tercapai. Kita hanya merancang, Dia Yang Maha
Esa menentukan dan memberikan apa yang terbaik buat kita.
Moga diberikan kesihatan yang sejahtera
Moga
u olls sihat walafiat senantiasa. Diberikan umur yang bermanfaat. Diberikan
kesempatan ruang dan peluang dalam menambah amalan kebaikan.
Moga hubungan berkekalan till jannah
Amin…amin…aamiin.
Moga u olls bahagia dan hubungan ini berkekalan hingga jannah. Insha Allah…
Doa
buat u olls (Zara + suami, Mr
Hafiezy)
Ya Allah..sempurnakan kebahagiaan rakan bloggerku
ini (Zara + suami, Mr
Hafiezy), dengan menjadikan pernikahan
mereka sebagai wujud ibadah kepadaMu, dan sebagai bukti pengikat cinta kepada
Rasulullah SAW.
Anugerahkanlah mereka pasangan hidup serta keturunan
yang menyejukkan hati mereka, dan jadikan mereka sebagai imam bagi orang-orang
yang bertakwa.
Barakallah ukhti, Barakallah akhi, semoga rakan
bloggerku ini (Zara + suami, Mr
Hafiezy) mendapat keluarga yang
sakinah, mawadah wa rahmah, dan senantiasa menjadi penghias kehidupan rumah
tangga, dan diberikan perjalanan yang lurus menuju ke syurga.
Ya Allah..apabila rezeki rakan bloggerku ini (Zara + suami, Mr
Hafiezy) ada
di langit, maka turunkanlah, apabila di dalam bumi maka keluarkanlah, apabila
di laut maka naikkanlah, apabila jauh maka dekatkanlah, sekiranya dekat maka permudahkanlah,
dan sekiranya sedikit maka perbanyakkanlah dan sekiranya sedia banyak maka permudahkanlah
untuk mendapatkannya.
Juga berilah keberkatan terhadap rezeki
tersebut, dan berikanlah rezeki pada rakan bloggerku ini (Zara + suami, Mr
Hafiezy) dengan
rezeki yang halal dan baik, serta banyak lagi keberkatan sehinggakan rakan bloggerku ini (Zara + suami, Mr
Hafiezy) tidak
memerlukan sesiapa selain dariMu, sesungguhnya Engkau amat berkuasa ke atas
setiap sesuatu.
9 comments
Assalamualaikum dik Yumida...selamat bersegmen dan semoga berjaya..
Singgah dari segmen yang sama (^^,)
Good luck~
selamat berjaya
lya pun ada join gud luck
wahh best gak hadiah dia.. good luck yer yumida..
gud luck..:)
datang dari segmen yang sama......
Assalamualaikum yangg, semoga berjaya dan murah rezeki ya ~~~
sheila pun dah joined juga. hihiii
assalammualaikum.. Zara dtg BW peserta. terima kasih meriahkn segmen pertama kami & terima kasih atas tadahan doa.. amin ya rabbal amin =') terharuuu tauuu.. all the best
EmoticonEmoticon