Jerebu membimbangkan semua orang. Ye la bila datangnya jerebu ni,
macam-macam masalah lain timbul. Especially mereka yang berpenyakit asma. Udara
mengandungi jerebu, boleh membuatkan kita jadi sesak nafas. Mula-mula krisis
air, empangan mula mengering, cuaca panas dan kering, mengundang ancaman strok
haba, terjadinya kebakaran hutan dek cuaca panas melampau. Akhirnya, jerebu pun
datang.
Kes jerebu:
-500 kebakaran setiap hari sejak Sabtu
-5 kawasan catat IPU tidak sihat semalam
-Sekolah sekitar Pelabuhan Klang diarah hentikan aktiviti luar
Gambar KLCC diselubungi jerebu
Jerebu melanda negara yang setakat ini menyebabkan lima kawasan
merekodkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat, dikesan berpunca
kebakaran terbuka susulan kemarau yang sedang dialami.
Sehingga jam 10 malam tadi, sesawang Jabatan Alam Sekitar (JAS)
melaporkan, Pelabuhan Klang merekodkan IPU tertinggi dengan 143, diikuti Seri
Manjung, Perak (110), Shah Alam (110), Banting (108), Petaling Jaya (108), Muar
(105) dan Kuala Selangor (104).
Sumber: Berita Harian
Haish…lagi lagi jerebu. Mata rasa kering dan pedih. Moga hujan
turun dalam masa terdekat ini.
25 comments
maybe kualiti udara yang tidak sihat ini yang mengakibatkan anak saya selsema.
Alhamdulillah, Shah Alam pagi tadi hujan lebat. So, kurang cket jerebu tu.
pada 4 hari lepasje, lebih kurang 5 kebakaran hutan yang berlaku kat tempat saya ni. Hari ni alhamdulillah hujan da start turun. Tu pun masih belum reda lagi bab jerebu tu
Musim penyakit..kena berjaga2..
sungguh tak selesa jerebu ni. dulu kat sabah tak pernah alami jerebu. Allah ni first time. rasa tak selesa sangat. moga allah turunkan hujan lagi
semuga Allah melindungi kita... ini peringatan dari Dia
Kan jerebu plk skrg hujan pun x turun2
hari ini cuaca dah semakin baik :>
Bila jerebu ni agak bahaya nak memandu, kesihatan pn mudah terjejas....'
kat cne pun bejerebu juga yumida..baut sakit kepala
pelbagai keburukan bila di landa cuaca xmntu ni.. ni semua ujian dr Allah swt.. harap semua nya akan kembali sdia kala dan teruskn bdoa kpd Allah swt turunkn hujan bterusan ntuk mgelakkn masalah jerebu terus blarutan.. sekali gus bdoa untuk memohon plindungan dr Allah swt dr pkara2 yg xd ingini..
Mmg merisaukan.. boleh semput dibuatnya...
kualiti udara memang tengah merosot ke paras tak sihat...so pastikan jgn keluar umah sangat ok..
IPU makin truk dari hari ke hari..dengan cuaca panas nih lagi menambahkan jerebu yang ada.. apapun masing2 perlulah jaga diri baik2..kalau blh kurangkan aktiviti di luar rumah..
aritu ada hujan jap kat KL...tapi macam tak membantu sangat jer..mungkin sebab tak cukup lama kot..hehhe
Regards,
-Strider-
hari nie dah jerebu dah ok.. matahari pun terik jer..
bila dah jerebu, banyak langkah2 keselamatan dan kesihatan yg perlu diambil..
Haa.. Teruk jerebu skrg ni...
Assalamualaikum yangg. teruk jerebu kan.. sheila blum beli mask lagi Y_______Y
kualiti udara memang teruk sekarang ni. Doa2kan la semoga kita dilindungi dari bahaya jerebu ni.
Assalamualaikum dik...masih musim panas sangat...tmpt akak tak brapa terasa jerubunya sebab akak tgl kat kawasan pedalaman...doakna semua kawasan yang di landa jerubu akan bertambah baik keadaannya..
hmmm... risaulah kan... isnin lps deqla keluar opis tgk berasap jer.... jerebu rupanya.. haihh... moga hujan turun... sama2 doakan...
Dah lama kan hujan tak turun ..
kualiti udara semakin membimbangkan...menabung disini,..
Skrg pun masih ada jerebu...cuaca panas lagi...
EmoticonEmoticon