Awal Ashaari buka Kafe

Siapa sangka seorang pelakon dan pengacara terkenal, Awal Ashaari begitu hebat dalam bidang kulinari. Teringat dengan program Ketuk-Ketuk Ramadhan, Awal Ashaari pernah dijemput oleh Sheila Rusli sebagai artis jemputan untuk memasak. Hmmm…memang terer dia ni memasak. Bukan sahaja memiliki pakej yang lengkap, contohnya? Erk…. Ensem, macho, wajah kemelayuan, rekod bersih takde kontroversi, berlakon, mengacara program besar, bahkan hebat di dapur! Dengar khabarnya, Awal Ashaari nak buka kafe. Betul ke? Meh kita baca info selanjutnya.

Awal Ashaari buka Kafe, gambar Awal Ashaari
Awal Ashaari  dengan baju chefnya

Malah, aksinya ketika memasak dan menyediakan pelbagai jenis hidangan dapat disaksikan oleh penonton menerusi program masakan How To Make It: Culinary Dreams yang akan disiarkan di saluran Asian Food Channel (AFC) 703 bermula 9 April ini pada pukul 8 malam sebanyak enam episod.

Menurut Awal Ashaari, memandangkan minatnya yang cukup mendalam tentang pemakanan, ia telah memberi ilham kepada dirinya untuk membuka sebuah kafe yang terletak di The Curve, Petaling Jaya. Tapak kafe yang dibelinya itu sedang menjalani kerja-kerja ubah suai. Dijangka bakal beroperasi sepenuhnya pada bulan Mei ini, kafe yang dibukanya itu akan menjual makanan seperti kek, snek serta beberapa lagi jenis hidangan yang belum ditentukan lagi.

Bagaimanapun, Awal Ashaari mendedahkan bahawa keinginannya untuk membuka sebuah kafe bukan disebabkan minatnya terhadap makanan semata-mata, tetapi ia sebagai persediaan untuk masa depan.

"Saya dan isteri selalu terfikir sampai bila kami akan terus berkecimpung dalam bidang hiburan ini. Jadi, kami banyak berbincang tentang perancangan yang perlu dilakukan untuk jangka masa panjang” - Awal Ashaari

Jelasnya, setiap perniagaan mempunyai risikonya tersendiri, tetapi apa yang lebih penting ialah sesebuah perniagaan yang dijalankan itu perlu diuruskan dengan baik serta menyajikan makanan yang enak kepada pelanggan.
Sumber: Kosmo Online

Betul sesangat apa yang diperkatakan oleh Awal Ashaari. Kena ada plan A, plan B dalam kehidupan ni. Membuka perniagaan pilihan terbaik dan bijak. Yumida doakan moga kafe ni mendapat sambutan pelanggan. Go go go Awal Ashaari!

12 comments

Assalamualaikum yang, wahh bestnya nak buka kafe. ada nampak iklan juga dia masuk kulinari.. hehehe

tahniah awal & sha..murah rezki mereka

satu perancangan yang baik.....

Patutlah nengok iklan lincah dok wat plating kt mknn..ok cafe dia haruslah kena serbu nati

Assalamualaikum dik Yumida..semoga Awal dan Sha sentiasa dimurahkan rezeki...rezeki sha mengandung ni...

wah.. Tahniah ;D

Wahhh untung scha yer hihihi

alhamdulillah murah tu rezekinya :)

baguslah untuk masa depan gak kan...

bagus sangat...berwawasan dlm hidup


EmoticonEmoticon