Harga tong air melambung! Mahal 300% daripada harga biasa

Tong air naik 300%??? Mak ai! Cekik darah! Mahal gilos! Mentang-mentang la tong air sangat diperlukan time ni.

Peniaga yang mengeksploitasi harga bekas menyimpan air ketika berlaku catuan bekalan terutama di Lembah Klang bakal berdepan tindakan tegas termasuk didakwa di mahkamah atau dikenakan kompaun maksimum RM20,000 selain di penjara dua tahun.

Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Datuk Seri Alias Ahmad berkata, pihaknya tidak akan bertolak ansur atau berkompromi dengan peniaga yang dikesan mengambil kesempatan menaikkan harga barangan seperti baldi, besen dan tong air sehingga 300 peratus.

catuan air, krisis air, Harga tong air melambung! platform

Menurutnya, kementerian menerima rungutan daripada orang ramai di seluruh negara mengatakan ramai peniaga mengambil kesempatan menjual barangan digunakan untuk menadah dan menyimpan bekalan air itu dengan harga melambung tinggi berbanding harga biasa.

“Dalam seminggu dua ini, kita menerima banyak aduan dari seluruh negara terutama di Lembah Klang mengatakan terdapat peniaga mengambil kesempatan menaikkan harga dengan melampau berikutan permintaan tinggi terhadap baldi, besen dan tong untuk menyimpan bekalan air di rumah. Tindakan mereka sangat keterlaluan apabila mengambil kesempatan ketika orang ramai berdepan krisis catuan air.

Sumber: HMetro

Peniaga yang suka mengambil kesempatan memang patut dikenakan tindakan. Bayar kompaun! Biar untung tak dapat, tapi rugi yang dapat. Cubalah memahami masalah orang lain dan mengamalkan sikap bertimbang rasa. Kan kan.. Nasib baik kat sini air sentiasa mengalir. Alhamdulillah….

32 comments

Assalamualaikum yanggg, yeker? nanti balik nak singgah kedai hardware... tengok harga naik ke idok...

ambil kesempatan betul la diorang mase ni. haiisshhh

Sepatutnya masa susah ni lah diberi bantuan bukannya lagi menyusahkan demi keuntungan! Inilah sikap manusia sekarang...

jom ke blog syira and join Giveaway 2014 by Syira Lokman ^_^

HADIAH HEBAT !
Bloglist, Tudung, Topup, Lukisan, Keychain dan percuma Domain dot com
Hadiah Misteri untuk TOP REFERRAL juga! :) tq

Assalammualaikum...Yumida,

naik pulak harga tong isi air...

mselim3

Time nilah diorang ambil kesempatan naikkan harga tong air..tak patut..

memang yelah...melampau-lampau sgt harge tong tu..

Tadi kita baru terfikir nak buat entry ni..tapi memang melampaulah dia orangkan...masa susah ni lah nak ambil kesempatan..hmm

mentang2 la air takdoq.. nak ambek keuntungan pula..

mereka mengambil kesempatan dlm kesempitan

Minta2 pihak berwajib cepat terjah peniagà cekik darah camni

Mentang2 org perlukan tong skrg, habis harga dinaikkan.

"kalu aku kaya" ... nak je beli borong ..nanti dapat murah .. leh jual ngan harga yang sangat murah juga ..."dan kalu aku mampu" la ...

dh agak da mesti benda ni akan berlaku..jgn lah kat putrajaya ni dia buat catuan.kalo x naya la hamba huhu..

dah agak dah ..orang ambil kesempatan

yo laa diorg tu mmg melampau...tanye apesal rege mahal sgt" tokei kedai tu leh cakap mmg mcm tu rege dia" hishhh x patut la ..sya beli tong air besar warna hitam tu laa..tapi sya punye kaler purple...rm69 hinggit koo...x ke ter bujal biji mate...bukan besar mane...kat sek.8 bandar baru bangi...

mampu beli 1 jer,..nasib bangi still ade lgi air..x kene catu..

Rezeki yg di peroleh dr mcekik darah org ni mmg xbarokah.. amik ksempaatan d saat ksempitan.. pehal peniaga mcm ni.. teruk sgt..

salu je ada pihak nak amik kesempatan.. :(
licha klik nuffnang sini

Betul yumi, kemarin kami g beli tong air yg sederhana tu..selal7 harga RM30 lebih je...skarang RM65
Satu kedai lagi jual RM100
ayoo...mahal dari bil air 1 bulan

mintak2 tegaslah pihak berkuasa yg cakap tu. huhu.. ):

harga tong naik semata-mata bekalan air dicatu. Mahal lak tu...

Mmg melampau.. mengambil keuntungan dari kesempitan tu bukannya merebut peluang yg baik.. itu penganiayaan...

nampak sangat peniaga mengambil kesempatan yang ada..kesian kat pembeli yang kurang berkemampuan..

itulah.. dorg ni amek kesempatan dlm kesempitan.! huh

Assalamualaikum dik Yumida...kat mana2 jer harga air dah naik...akak pun main beli air jer...sebab tempat akak hanya berharap kat air hujan jer..air paip tak boleh guna untuk minum...

Peniaga jahat tu, bknnye nk tolong tmbh mslh lak...

diorang nie ambil kesempatan pulak...

Akak pun nak kena beli tong air...tak lama lagi dgr negeri melaka nak dikenakan catuan...


EmoticonEmoticon