Lampu LED jimatkan elektrik

Lampu diod pemancar cahaya (LED) antara petua penjimatan elektrik terbaik pada pada masa kini. Penggunaan LED sebagai lampu di rumah mampu menjimatkan elektrik sehingga 90 peratus kerana ia menggunakan kapasiti tenaga paling minimum.

Lampu LED yang menggunakan kapasiti elektrik sebanyak 12.5 watt mampu memberi pencahayaan sama terang dengan lampu biasa yang berkadar 80 watt. Malah, cahaya dihasilkan LED lebih selamat kerana ia tidak membebaskan sinar ultra ungu yang berbahaya kepada kulit dan memberi keselesaan terhadap mata. Selain itu, jangka hayat LED juga lebih lama sehingga 50,000 jam atau bersamaan 15 hingga 20 tahun berbanding lampu halogen dan kalimantang yang mudah rosak akibat kepanasan jika dipasang terlalu lama.

Antara produk LED diperkenal ialah mentol, lampu tiub menggantikan kalimantang, variasi lampu siling, lampu jalan dan lampu hiasan di ruang tamu serta dapur rumah. Penggunaan LED juga tidak menyebabkan ruang rumah atau pejabat menjadi panas akibat pembebasan haba.

Lampu biasa yang kita guna sejak berpuluh tahun dahulu bukan sahaja menggunakan tenaga elektrik yang banyak, tetapi juga membebaskan banyak haba dan menyebabkan pengguna berasa tidak selesa akibat panas. 

LED menawarkan pilihan terbaik untuk penjimatan tenaga dan membantu mengawal pencemaran alam sekitar akibat pembebasan gas karbon dioksida. Produk lampu LED keluaran Philips menjalani proses inovasi untuk menawarkan penjimatan elektrik secara optimum dan efisien. Persekitaran akan lebih selamat melalui penggunaan LED. Penggunaan tenaga untuk menjana elektrik seperti minyak dan arang batu juga boleh dijimatkan.
Sumber: Kosmo Online

Lampu LED jimatkan elektrik, Lampu diod pemancar cahaya (LED)
Lampu diod pemancar cahaya (LED) pada lampu kereta

Kat rumah, tidur pakai lampu LED. Lebih terang! Lebih jimat! Kurang haba panas! Tidur menjadi lebih nyenyak..selesa…

7 comments

Assalamualaikum.

If belum join GA Nad dan Liniey, jemput join ea :) Ada 2 top refferal, jadi dinasihatkan join secepat mungkin utk berpeluang menang top refferal.

Kalau dah join, teruskan promote GA menggunakan link entri penyertaan ea.

Dan..

96 pemenang random dicari !

http://www.linieynor.com/2014/03/sweet-giveaway-by-misz-nadea-liniey-nor_14.html

Untuk melihat senarai sponsor beserta hadiah boleh klik link http://www.linieynor.com/2014/03/senarai-sponsor-dan-hadiah-sweet.html

:)

Btol tu.. pguma kena bijak mmilih yg tbaik.

Assalamualaikum dik Yumida...betul tu...kita harus sentiasa berjimat dalam penggunaan elektrik...

lya tidur malam tak berlampu :)..memang btl lampu led tak panas

wahh kat rumah yumida pun pakai lampu LED eh.. hebak2..

Assalamualaikum. yap. tapi pakai dekat kereta, silau la. kesian pemandu lain nak tahan mata lampu LED yang terang tu ~~~

kita sebagai pengguna kena bijak memilih..nak jimat bukan susah kan..semuanya ditangan kita sebagai pengguna..


EmoticonEmoticon