Jerebu

Belum pun habis kisah cuaca yang panas dan kering, timbul gejala tanda-tanda mengalami strok haba. Yang mana paras suhu badan meningkat melebihi 40.5 darjah Celsius. Rentetan cuaca panas berlarutan, sesetengah tempat mengalami krisis air. Terjadinya kebakaran hutan dek kesan cuaca panas melampau. Kini, timbul lagi kes baru, jerebu. Alahai, macam-macam..

bacaan jerebu, platform

Laporan berita dari Harian Metro:
Indeks Pencemaran Udara (IPU) di Pelabuhan Klang mencatatkan bacaan kurang sihat apabila ia mula mencecah 115 manakala kawasan sekitar Shah Alam, Banting dan Kuala Selangor masih pada paras sederhana.

Peningkatan dipercayai berikutan kebakaran hutan dan belukar di kawasan tanah gambut yang dikesan di daerah ini menyebabkan kualiti udara terutama di Meru dan Kapar merosot, sekali gus menjejaskan aktiviti orang ramai yang bimbang dengan kesihatan masing-masing.
Tinjauan Harian Metro mendapati ada antara penduduk masih menjalankan aktiviti harian seperti biasa, malah ada juga mula mengenakan topeng muka mengelak terdedah jerebu hasil daripada kebakaran yang dipercayai bermula sejak minggu lalu.

Tahap ketampakan mendatar kurang daripada lima kilometer di perairan Kedah, Pulau Pinang, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka dan Selat Melaka Utara dijangka berterusan sehingga Sabtu depan. Yang ni kesukaran melihat dalam jarak tertentu. Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia, tahap ketampakan yang rendah itu adalah disebabkan jerebu.

Sumber: Harian Metro & Kosmo

Cuaca panas dan kering – strok haba – kebakaran hutan – jerebu
Ala-ala stesen keretapi susunannya…jaga diri u olls..

19 comments

pagi ni kat PJ pun jerebu masih kelihatan walaupun semalam hujan lebat. Semoga Allah melindungi kita semua.

kat tempat anum pun sama

hampir semua tempat berjerebu sekarang ni. dah 2,3 hari jugak teruk macam ni. kena kurangkan aktiviti luar

ha ah jaga diri kawan-kawan semua

seb baik dah hujan...klear sikit jerebu...

mata akak rasa pedih dan tekak pun terasa perit.. rasanya dah minum banyak air..

kat area rumah akak dah teruk dah...

every year pun kita ada masalah jerebu nie...haishhh...

Regards,
-Strider-

Kesian abam bomba cuti kena beku. Kadang2 tu puncanya cuma puntung rokok je. Pagi ni Jalan Sultan Ismail jem teruk rupanya ada kebakaran dekat Bangunan HSBC.

Samala di Putrajaya pun. Huhuhu...jerebu teruk.
Alhamdulillah...semalam hujan turun. Hopefully malam ni hujan lagi...
Atleast boleh kurangkan cket jerebu tu...

jerebu2 ni mata pun sakit...idung pun gatal je...

sib baik dah ujan dua hari...nampak dah sikit bangunan jauh-jauh ni hihih

Jerebu mmg membahayakan kesihatan.. mudah2an kita semua dilindungi dari sebarang penyakit... aamiin..

Assalamualaikum yang , semoga Allah turunkan hujan rahmat buat bumi Malaysia ~~~

bila jerebu dtg, sakit pun dtglah.. haihh.. kena byk minum air masak...

Assalamualaikum dik...tempat akak tak terasa sangat jerebu ni sb akak tinggal kat kawasan pedalaman....semoga keadaan akan bertambah baik..

kat cne makin berkurangan dah jerebu cuma panas terik

bahaya la jerebu ni. habis pedih mata..

Deman mudah kena pada anak2 kita..


EmoticonEmoticon