Khasiat nanas

Ada di antara kita peminat nanas? Kalau ya, bagus! Sebab apa..sebab nanas mempunyai banyak khasiat.

khasiat nanas, gambar nanas, platform
Gambar nanas

Jom ketahui apakah khasiat nanas.

Khasiat nanas | Manfaat nanas | Kelebihan nanas:
Nanas mengandungi khasiat vitamin A, B1 dan bromelain (digunakan untuk melembutkan daging). Ia juga mengadungi asid sitrik yang berkesan untuk menghilangkan lemak dan menguruskan badan.

Buah nanas dimakan atau dibuat jus minuman untuk mencuci tubuh, melawaskan buang air kecil, merangsang penghadaman, sakit kerongkong, masalah hati dan demam kuning. Air nanas muda sesuai digunakan untuk rawatan pelbagai penyakit paru-paru dan membunuh cacing dalam perut. Nanas bagaimanapun tidak sesuai untuk ibu yang mengandung.

Nanas dipercayai mampu boleh merawat barah. Dua molekul daripada nanas menunjukkan hasil yang baik bagi melawan pertumbuhan barah. Antara kajian yang sedang giat dilakukan adalah berkenaan dengan kandungan bromelain dalam nanas yang didapati dapat mengelak barah. Salah satu molekul yang dikenali sebagai CCS menghalang protin yang dikenali sebagai Ras dan satu lagi yang dikenali sebagai CCZ mengukuhkan sistem imuniti badan pesakit bagi melawan sel barah. Buah ini mempunyai kandungan vitamin A, B, dan C yang tinggi.

Jus nanas ini bukan sahaja merupakan minuman yang lazat tetapi juga dapat atasi masalah kekeringan di bahagian bibir dan di bahagian muka. Amalan minum jus nanas, juga berkesan untuk atasi masalah kencing tidak lawas. Enzim yang terdapat pada buah nanas dikatakan boleh meredakan bengkak-bengkak, kuatkan daya tahan badan serta hapuskan fibrin yang boleh bawa sakit jantung dan strok. Selain itu buah ini juga melancarkan perjalanan haid serta berkesan dalam mengatasi masalah pencernaan, pundi kencing, cacing dan kelesuan tubuh badan.

Sumber: Wikipedia

32 comments

lya suka makan cicah dgn sambal kicap :)..emm terasa

memang banyak yumida...& Kita suka makan nenas Serawak yang manis..

kurang sikit dengan nenas ni... tak suka rasa gatal kat lidah bila malan nenas...

nyum3x.. suka sgt mkn nenas smpi gatai lidah baru berhenti ;)

Assalamualaikum. selama ni taktahu pun ada khasiat yang bagus pada nenas. tak pernah amik tahu. hehe nice sharing dear ~~~

sekarang nak pi cari nanas cicah kicap ...hihi mengidam pulak

mama nak kurus dulu makan nenas.. gila kurus.. hihi, perasan..

Assalamualaikum dan salam singgah malam dik Yumida...suka makan kalau buahnya manis...tapi kalau masam tak berapa suka...hehe..

P Bandung Nenas dia sedap..cuba lah

Nenas buat masak kuah lemak pun sedap tu... :)

suka makan dengan rojak. baru kawwwww!!

Org ckp mkn nanas nie tajam...

boleh la makan tp tak suka sgt.. rojak buah br makan..

Kalau mengandung xleh makan nanas kan........???

Kuah rojak Mak Bee.........;-)

nanas memang tajam...boleh gugur anak dalam kandungan.

banyak kelebihan nenas nie...suka buat ice blend campur nenas...letak yougurt skit...

nanas....rietta yang manis rietta suka...yang masam rietta biasa letak gula...hehehe...

saya suka makan nenas, kat kg banyak hehe

sama here. saya pun kalau makan nenas pandai gatal lidah hehe

same here. tapi walaupun gatal lidah saya tetap suka hehe

Zara suka nenas ! Yehhh.. kita geng.. muahaha..

ok kne beli buah pastu blend minum segar.

sejak kawen, deqla mmg x mkn nenas dah.. org kata tajam.. betul ke? tp x dinafikan byk khasiat nenas ni...

ohh ya ka..xtau pun..dlu masa sek ren mmg suka makan nenas nih..lepas gatai lidah trus kureng nak makan nenas nih..tapi nenas memang sedap..


EmoticonEmoticon