Kecoh suatu ketika dahulu, apabila anak-anak pasangan Azizul
dan Shalwati membuat aduan akan kes penderaan terhadap mereka. Kejadian berlaku
di Sweeden. Seakan tidak percaya. Pelbagai prosedur mahkamah dilalui, juga
temubual terhadap anak pasangan tersebut. Semalam, buka tv, tengok berita
TV3…tup-tup ibu bapa budak tersebut telah dijatuhkan hukuman. Terkezut.
Wallahua’lam…
Hasrat pasangan Azizul
Raheem Awaluddin dan isterinya, Shalwati
Norshal untuk meneruskan kehidupan seperti biasa dengan empat anak mereka tidak kesampaian apabila Mahkamah Daerah Solna, Stockholm, Sweden mendapati mereka bersalah atas pertuduhan memukul keempat-empat anaknya antara
2010 hingga 2013.
Azizul (kiri) dan Shalwati (kanan)
Kes dera anak di Sweeden
Azizul Raheem dijatuhi hukuman penjara 10 bulan, manakala Shalwati
pula dipenjara 14 bulan. Kedua-dua mereka didakwa di
bawah Akta Perlindungan Kanak-Kanak Sweden.
Sumber: Kosmo Online
Membuatkan aku terimbau kisah silam…
Didikan tegas itu perlu. Didikan garang itu tidak perlu.
Di zaman serba moden, lagi canggih ni makin mencabar
tugas ibu bapa dan guru. Moga dipermudahkan urusan ajaran dan didikan.
11 comments
Jatuh hukuman dah rupa nya. .
semoga dijadikan pengajaran untuk yg lain
Assalamualaikum dik Yumida..satu pengajaran untuk semua...
kasihannya..
trlupa seketika kes nie..dah ada kesudahannya..memang mencabar nak mendidik anak2 zaman skrg nie
anak2 yg p repot yer.. huhu.. lps ni jgn memandai nak bantai pukul.. x mcm dedulu dah bebudak sekrg ni.. kaki repot dah sume..
Assalamualaikum. Allahuakbar. kesiannya. sedih dengar depa kena penjara T____T"
Semoga dipermudahkan segalanya buat mereka di sana... aamiin...
sedih dgr hukuman nih.. apapun semoga dipermudahkan segalanya buat pasangan ini di sana.. amin..
Sedih Dan kesian mereka ibu bapa semoga tabah.
sedih n kesian.2 sje r yg dpt d ucpkn...trma dgn redha....tp slh kew ibu bapa mndidik ank2 mreka dgn ajarn agama?
EmoticonEmoticon