Khasiat soya

Tahukah kengkawan semua. Minuman susu soya banyak khasiatnya! Setiap kali Yumida keluar, pasti akan merembat 1-2 kotak air susu kacang soya. Menikmati di kala dahaga dan cuaca panas, memang mengasyikkan! Memberi tenaga! Jom ketahui apakah faedah apabila kita minum air kacang soya.

air soya, soya yeo's, Khasiat soya , platform
Salah satu air soya di pasaran: Soya Jagung Yeo's

Khasiat soya | Manfaat soya | Kelebihan soya:
I.      Mengurangkan risiko penyakit koronari jantung melalui pengawalan paras kolesterol dalam badan oleh peptid soya 7s dan 11s di mana tindakannya seperti ubat “statins” tetapi tanpa kesan sampingan ubat.
       II.      Isoflavin soya dipercayai dapat mempertingkatkan kesihatan payudara serta mencegah penyakit barah payudara dan rahim, memperkuatkan tulang lalu mencegah osteoporosis dengan mekanisme mengurangkan kehilangan kalsium dalam tulang, mengatasi masalah simptom mati-haid.
   III.      Lesitin soya dapat mempercepatkan peredaran darah, menyahtoksin bahan buangan dalam sel-sel, mengemusi lemak dalam makanan, mempertingkatkan fungsi ginjal, jantung dan hati serta mampu mengawet penuaan dan mencegah pigmentasi kulit.
     IV.      Kandungan asid amino perlu, asid lemak omega-3, asid folik, zat besi dan kalsium sesuai bagi semua wanita sebagai makanan tambahan protein utama untuk mencegah anemia dan mengurangkan masalah kesihatan. Selain itu, proses penuaan dapat diperlahankan.
         V.      Gula kompleks dan “oligosaccaride” dalam kacang soya memperbaiki masalah sembelit dan juga sebagai makanan utama probiotik di dalam usus besar demi kesihatan kolon serta mencegah kita daripada barah kolon.
Walaupun kacang soya memiliki pelbagai ciri yang merangsang kesihatan badan optimum, anda mesti berhati-hati semasa membuat pilihan jenama di pasaran.
Khasiat protein kacang soya dapat disamakan dengan dua kali protein daging, empat kali telur, empat kali gandum, lima atau enam kali roti dan dua belas kali susu. Hasil kajian juga mendapati protein kacang soya bukan sahaja tinggi, tetapi baik dari segi kualitinya. Kacang soya dapat membantu keperluan wanita, di antaranya adalah, kacang soya membantu perkembangan otak, mempertingkatkan kadar metabolisme badan seterusnya serat yang terkandung di dalamnya membantu mengawal berat badan. Ia juga baik untuk mencegah gejala ‘hot flashes’ sebelum menopause dan membantu mencegah kanser serta anemia.

26 comments

Tidak dinafikan...soya memang banyak khasiatnya! Sedap juga... :)

soya akak boleh terima lagi, tapi kalau susu memang out terus... lactose intolerant namanya... ihikss...

susu soya juga yg terbaik..emmm sdp

saya dah mulai menyukai soya..entah la macam banya beri tenaga pula bila dah semakin berusia ni...

ada org ckp soya xbagus untuk badan...

masa pregnant, saya memang suka minum soya...kalau bole, hari2...^_^

Sampai skunk xleh minum soya tapi tau fu fa mmg febret.........;-)

Assalamualaikum yangg, sheila memang minat sangat minum soya yeos ni. tapi dua tiga menjak ni baru tahu tak elok minum susu soya kotak untuk ibu mengandung. hehehee ~~~

sheila klik tabung nuff awak ye yanggg ~~~

Kak ina dulu suka minum soya masa pregnen je...konon nak anak putih..heeeee...

Assalamualaikum dan salam singgah sini dik Yumida...suka juga minum soya ni...rasa sedap jer...

bila la Munirah nak minat minum soya ye? huhu

Banyak khasiat & mmg sedap.. :)

memnag fav soya ni...taufufah pun sodap

akak pun suka minuman soya yang sejuk...sedap...

rietta pown suka soya...sekarang nie ada yang perisa coklat...itu mmg jadi kegemaran rietta...

nice one. heee . perkongsian yang baik :)

Zara suka soya original.. kalo ada perisa jagung cmtuu.. tekak rasa loya.. ~.~

yg sy tahu soya membesarkn breast prmpn. betul ke.haha

soya juga menpunyai protein & mineral.

wah ! susu soya pun ade perisa.

ingat lagi, dulu deqla x leh telan air soya ni.. lama2 suka plak.. mmg puas hirup tika cuaca panas...


EmoticonEmoticon