Persediaan Awal Ashaari bergelar bapa

Tengok Melodi tak? Haa..salah seorang pengacara tu namanya Awal Ashaari. Sorang lagi tu Zizan Razak. Selain mengacara, Awal Ashaari pernah berlakon. Terbaru, Awal Ashaari bakal membuka sebuah kafe. Beznye. Makan makan makannn.. Nak tahu bagaimana persediaan Awal Ashaari bergelar bapa, jom baca.

Memandangkan isterinya, pelakon Scha Alyahya kini sedang hamil lima bulan, pengacara Melodi itu turut ditanya tentang persediaannya untuk bergelar seorang bapa. Akuinya, dia agak gementar apabila melihat perut isterinya itu yang semakin membesar saban hari. Berkenaan persiapan kelengkapan barangan bayi pula, tidak banyak lagi barang kelengkapan bayi yang dibeli.

Persediaan Awal Ashaari bergelar bapa, ISTERI Awal Ashaari, anak Awal Ashaari, Awal Ashaari buka kafe
Awal Ashaari 

"Mengenai persediaan menjadi seorang bapa, sekarang ini saya lebih banyak membaca buku yang berkaitan dengan pengetahuan tentang bayi memandangkan ini merupakan pengalaman kami yang pertama. Ia merupakan perkara yang sangat penting kepada bakal bapa seperti saya. Misalnya, mengetahui tentang penyakit yang senang dihidapi oleh bayi agar memudahkan saya mengesan lebih awal sekiranya berlaku sesuatu terhadap bayi kami nanti," - Awal Ashaari

Berkenaan dengan jantina pula, Awal Ashaari mendedahkan pada awalnya dia memang ingin mendapat anak lelaki. Namun begitu, kini dia langsung tidak kisah tentang jantina, asalkan bayi yang dikandung isterinya itu lahir dengan selamat.
Sumber: Kosmo Online

Moga dipermudahkan urusan kelahiran Scha nanti. 3 bulan lagi Awal Ashaari bakal bergelar bapa. Wah mesti excited.

15 comments

Assalamualaikum dan salam singgah lewat malam dik Yumida...semoga Awal dan Sha berbahagia selalu dan akan menjadi bapa dan ibu yang baik dan soleh...

Mesti excited ;D hee
Sik sabar mk tgk anak cdak ;D

owh, dh nak jadi bapa dh rupanya..tahniah bt mereka..:)

Hari tu ade dgr scha peknen, betol rupanya ye..alhamdulillah..tahniah buat mereka..

mesti seronok nak tunggu kelahiran anak pertama :)

mesti excited anak pertama

Assalamualaikum yanggg, taktahu la pulak apa perasaan suami sheila. tengok macam sempoi je. hehehe~~~

Hope smua nya bjalan lancar . amin ya rabbal amin =)

mesti handsome/cantik mcm parents dia gak kan bb tu nanti

bagus laa bersiap sedia dgn ilmu kebapaan..mesti excited kan nak dpt anak sulung..apapan semoga selamat semuanya..


EmoticonEmoticon