Tan Sri Abdul Taib Mahmud dilantik Yang Dipertua Negeri Sarawak

Siapa ada tengok kat tv tadi? Perlantikan Tan Sri Abdul Taib Mahmud sebagai Yang Dipertua Negeri Sarawak. Seperti yang kita sedia maklum, Tan Sri Abdul Taib Mahmud telah meletak jawatan sebagai Ketua Menteri Sarawak. Tempoh kepimpinan beliau sebagai Ketua Menteri Sarawak memakan masa selama 33 tahun! Suatu tempoh yang begitu lama.

Hari ini, beliau dilantik sebagai Yang Dipertua Negeri Sarawak, yang ke-7. Upacara itu bermula 11 pagi dengan Tan Sri Adenan Satem, yang menggantikan beliau sebagai Ketua Menteri Sarawak yang baru, membacakan watikan pelantikan yang disampaikan kepada Taib oleh Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah di Istana.

Selepas menandatangani watikah pelantikan itu, Tan Sri Abdul Taib Mahmud mengangkat sumpah jawatan di hadapan Hakim Besar Sabah dan Sarawak Tan Sri Richard Malanjum di bangunan Dewan Undangan Negeri di sini yang turut dihadiri Tan Sri Adenan Satem.

Isteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud, Puan Sri Ragad Kurdi Taib, Speaker Dewan Undangan Negeri Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar, barisan Kabinet negeri dan beberapa orang kenamaan setempat antara yang turut hadir.

Tan Sri Abdul Taib Mahmud pernah berkhidmat sebagai hakim bersekutu di Mahkamah Agung Australia Selatan selepas menamatkan pengajian dalam bidang undang-undang di University of Adelaide, sebelum kembali ke Sarawak.

Tan Sri Abdul Taib Mahmud menceburi politik pada 1963 apabila menjadi anggota Majlis Perundangan Negeri Sarawak sehingga 1966.

Sumber: Mstar & Berita Harian

Tan Sri Abdul Taib Mahmud dilantik Yang Dipertua Negeri Sarawak, ketua menteri sarawak, Yang Dipertua Negeri Sarawak ke-7, gambar isteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud
Ketibaan Yang Di-Pertua Negeri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud diiringi oleh isterinya, Puan Sri Ragad Kurdi serta Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem di Majlis Istiadat Angkat Sumpah Pelantikan Tuan Terutama Yang Di-Pertua Negeri Sarawak.

Buat Yang Dipertua Negeri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud tahniah diucapkan! 

7 comments

Lama beliau memimpin Sarawak ye.. mmg bukan calan2 pemimpin ni.. tahniah..

Salah seorg pemimpin yg sgt bpgalaman..

Akhirnya...lama jugak dia memimpin ssrawak..

Assalamualaikum dik...Seorang pemimpin yang berpengalam dalam kepimpinannya..

amboiii lawonye isteri baginda... :)

tahniah. semoga baginda menjalankan tanggungjawab dengan amanah ..

Assalamualaikum, wahh bestnya. semoga Sarawak berada dalam aman dan damai dibawah pimpinannya... in shaa Allah


EmoticonEmoticon