Kehilangan pesawat MH370
masih gagal untuk dijejaki. Rentetan itu ramai warga China menuding jari pada
Kerajaan Malaysia. Malahan artis yang menempa nama di sana (Beijing) turut
menerima tempias. Misi Search And Rescue
(SAR) giat dijalankan. Dengan bantuan beberapa buah negara lain. Hope warga
China memahami. Apabila ada mendengar khabar dari satelit akan gambar serpihan
pesawat, Malaysia terus ke sana. Bila kata di situ, terus ke situ. Ianya bukan
proses yang mudah dengan cabaran Lautan Hindi itu sendiri. Petunjuk sentiasa
berubah-ubah.
Shila Amzah, 23 tahun, yang sebelum ini pernah memenangi
anugerah nyanyian di China menerima
tohmahan dan cercaan gara-gara tragedi MH370.
Komen yang diberikan peminat Shila Amzah di sana seolah-olah mahu 'menolak' semua bintang yang
datang dari negara ini. Sudah pasti keadaan itu sedikit sebanyak mengganggu
emosi penyanyi berusia 23 tahun ini yang kini sedang menyertai program realiti
terbitan saluran Hunan TV, I am a Singer. Sebelum ini, Shila Amzah cukup dikenali dan diterima baik peminat di Beijing,
namun keadaan berubah sebaliknya.
Kecewa dengan apa yang berlaku, Shila Amzah memuat naik sekeping foto yang memaparkan ekspresi
wajah sedih dan sayu di laman Instagram miliknya. Gambar itu disertakan dengan
keterangan dalam bahasa Mandarin yang bermaksud: "MH370 bukan salah
saya..."
Luahan Shila Amzah
Gambar tersebut mendapat lebih 15,000 maklum
balas termasuk komen daripada pengikutnya. Biarpun dilontar dengan kata-kata
nista, masih ada peminat Shila Amzah di
Beijing yang memberikan kata-kata semangat. "Shila hanya seorang penyanyi.
Dia bukanlah wakil kepada kerajaan Malaysia. Janganlah mengaitkan isu ini
dengan dirinya," tulis seorang pengikutnya.
Sumber: Kosmo Online
16 comments
Kesian kat Shila, tragedi nie bukan salah beliau bahkan bukan salah kerajaan Malaysia. Semua harus terima takdir ini...
Kesian shila..
la xpasal2 dia plak yg kena. tak pernah terpk plak sampai mcm nih. huks.
http://myartcrafting.blogspot.com
BERSABAR DAN berfikir secara rasional.KEEP CALM AND STAY STEADY.
Kecian Shila...xpasal2 kena tempias. Orang2 China ni memang tak bole terima kenyataan lagi... Kalau x, dorg x berpakat dgn satu pihak dari US utk saman MAS & Company Boeing....
Tak pasal2 lah... org negara china ni dah kenapa ntah. Merapu sgtlah.. benda dah nak jadi, mcm mana.. takkan semua org m'sia salah... chisinn lah..
kesian dgn sheila terkena tempiasnya..bukan salahnya pun
tempias kpd rakyat Malaysia yg berada di China.. ='(
kesian shila.. jahatnya diaorang tu..
laa.. x psl2 shila yg kena .... kesian shila... apa punye cetek la pemikiran dorang tu.. haihh.. dah la tu shila, blk jer ke malaysia..
kesian Shila... tapi pelikkan? itu kan tragedi..mmg x ada agamalah diaorang ni
kesian shila....
Assalamualaikum.. kesian. tak pasal2 terlibat sama
lorr....takde kena mengena pun ngan artis...
ehh kejap, shila amzah 23 tahun ke 24 atau 25? konfius la. dulu rasa cam sebaya sheila je... ni macam muda setahun pula T_______T"
Assalamualaikum dik Yumida..kesian dengan Shila..sebab dia tabah menghadapinya..
EmoticonEmoticon