Sebut sahaja nama Hanez Suraya. Sepantas kilat ianya mengingatkan
aku pada Fazura dan juga kes kontroversinya dengan suami orang. Pernah
tersiar dalam Melodi, pengakuan
seorang isteri bernama Liyana Manan mengenai hubungan antara Hanez Suraya
dengan suaminya (Romie). Sehingga kini, kisah kontroversi ini masih menjadi
bualan ramai. Malah, kehadiran Hanez Suraya di dada media juga turut dikecam
hebat oleh peminat.
Gambar Hanez Suraya
Nama sebenar Hanez Suraya: Hanez Suraya Abd Aziz
Umur: 29 tahun
Kisah kontroversi 2014: Pemusnah rumah tangga/ sebagai orang
ke-3
Dalam sidang media bulan lalu, Romie menjelaskan, punca permohonan cerai dibuat isterinya tiada
kena mengena dengan orang ketiga. Penjelasan itu bagaimanapun tidak meredakan
kebencian dan kemarahan mereka yang bersimpati dengan isteri Romie, Liyana Manan.
Berikutan peristiwa itu, Hanez Suraya nekad menarik diri dengan membatalkan beberapa aktiviti seni
yang dipersetujui sebelum ini, termasuk pembabitannya dalam Anugerah Bintang
Popular Berita Harian 2013 (ABPBH2013). Keputusan itu dibuat bagi mengelak
kejadian buruk berlaku, terutama apabila banyak ugutan diterima daripada mereka
yang tidak diketahui identitinya.
Dalam pada itu, timbul lagi kontroversi kontraknya sebagai
duta jenama satu produk makanan kesihatan turut dibatalkan, namun tiada
pengesahan daripada pihak Hanez mahupun pengeluar produk berkenaan.
Penerbit drama pentas Projek Kahwin juga dikatakan mahu
menggugurkan nama Hanez Suraya sebagai pelakon utama, namun pihak terbabit
menjelaskan, perkara itu belum dibincangkan, malah Istana Budaya berharap
barisan pelakon asal dikekalkan. Sewaktu dihubungi bagi mendapatkan penjelasan
mengenai perkara itu, Hanez Suraya berkata, dia kini menanti kata putus
daripada penganjur.
“Isu timbul apabila saya menarik diri dari beberapa projek,
termasuk menjadi penyampai untuk ABPBH2013. Bagaimanapun, saya tidak pernah
menarik diri daripada pementasan Projek Kahwin. Namun, jika ia bakal memberi
kesan dan mempengaruhi jualan tiket, saya sedia melakukan perkara sama. Begitupun,
penerbit dan pihak Istana Budaya minta saya meneruskan pembabitan, tetapi saya
tidak berani mengesahkannya. Saya faham jika digugurkan, penerbit mempunyai
alasan kukuh. Projek Kahwin membabitkan pementasan besar dan belanja tinggi. Tentu
mereka mengharapkan ia memberi pulangan. Saya tidak mahu pembabitan saya
menyebabkan orang lain mendapat masalah,” - Hanez Suraya
Kata Hanez Suraya, dia turut menolak beberapa tawaran drama,
terutama yang akan ditayangkan dalam waktu terdekat.
“Saya sedia maklum, sekarang bukan waktu terbaik untuk muncul
dalam mana-mana drama dan apa juga aktiviti. Selagi isu ini tidak reda, selagi
itu saya akan mendiamkan diri. Biar saya hadapi masalah ini sendiri dan seboleh
mungkin saya tidak mahu disebabkan saya, orang lain terpalit sama. Bayangkan
jika drama lakonan saya diboikot, ia pasti memberi kesan kepada pelakon lain. Saya
tidak mahu perkara seperti itu berlaku dan jalan terbaik, biar saya berehat
seketika,” - Hanez Suraya
Sumber: Harian Metro
Sebagai artis atau public figure, kisah kontroversi sebegini
pastinya memberi impak yang besar dalam kehidupan. Lebih-lebih lagi apabila kes
itu dikaitkan sebagai seorang pemusnah rumah tangga. Sejauh mana kebenaran
kontroversi ini, tidak dapat diketahui, kerana masing-masing menafikan punca
keretakan rumah tangga antara Romie dan Liyana Manan. Hmmm…moga diselesaikan
dengan cara yang baik dan bertanggungjawab.
13 comments
Assalammualaikum...yumida,
Kontroversi membawa kesan yg negatif dalam kehidupan artis..
mselim3
pengajaran kat wanita2 lain : jangan kacau suami orang lain.. -___-
Assalammualaikum sis.. mcm2 dunia retis ni kan.. mm.
nO KOMEN.. hahaha retis2... banyak lagi kerja lain boleh buat
Assalamualaikum dan Salam singgah ahad dik Yumida...jadilah seorang artis yang bisa di jadikan contoh untuk peminat dan orang ramai...
berdoa untuk kebaikan
memang susah kehidupan sbg artis nie..
hmm.. no komen... deqla kureng sikit retis malaysia ni..kohkohkoh...
susah nak cakap...x tau kebenarn kat mana
hope ia jadikan pengajaran.......
Semoga semuanya menjadi iktibar dan pengajaran. Mereka je lebih tahu apa yang terjadi.
Assalamualaikum. taktahu nak komen apa. hehehe ;p
macam2 hal la diorang nie..xpelah itu tak penting sangat...MH370 lagi penting
EmoticonEmoticon