Sinopsis Suamiku Encik Sotong

Sinopsis Novel Suamiku Encik Sotong

Suamiku Encik Sotong mengisahkan pasangan suami isteri yang berlainan sikap dan gaya. Suami lebih kepada jiwa kelembutan manakala si isteri agak rock sedikit jiwanya. Erica Soffea melonjak kegembiraan. Mana tidaknya, dialah bakal peneraju Khaleeda Holding.

 Walaupun hubungannya dengan arwah nenda bukanlah baik sangat pun. Terasa macam hendak buat aksi akrobatik ketika namanya diumumkan. Naik senak kepala Erica bila dia terpaksa dijodohkan dengan sotong peliharaan nendanya, Farish. Dah lah tak macho, pakai baju warna pink. Kalau bercakap tangan bukan main lentik lagi macam orang nak main mak yong.

Farish terpaksa menerima Erica kerana dua sebab. Pertama, sebab wasiat arwah Tengku Khaleeda. Kedua, kerana tidak tahan dengan perangai berlagak Erica. Lagipun bukan lama sangat dia perlu bergelar suami pada diva berlagak itu, tiga tahun sahaja.

Dalam tempoh perkahwinan mereka jatuh cinta. Tapi cinta itu bukan milik mereka berdua. Milik siapa ya? Peninglah, kalau dah dapat suami sotong. Bukan hanya lembut fizikal tapi lembut juga hatinya. Erica pula terpaksa terus bersama dengan Encik Sotongnya kerana cinta. Encik sotong bukan lelaki biasa, tetapi lelaki yang sanggup berkorban segala-galanya demi tidak mahu melihat Erica merana. Walaupun jiwa lelakinya menderita, tapi sampai bila?

“Amboi sedap aje mulut kau mengata kat aku. Aku pun tak ingin nak ambil perempuan macam kau ni jadi isteri aku tau. Mulut macam puaka.” - Farish

“Bukanlah Kak Ain, bukan Rica nak sembunyikan suami Rica. Tapi dia sibuk maklumlah nak jahit baju pertunangan Izhan dengan Qarina. Faham-faham ajelah golongan tengku-tengku ni bertunang pun kena buat yang grand. Baju tu kalau boleh bukan setakat labuci, lampu lip-lap tu pun kalau boleh suruh dipasang kat baju. Itu yang suami saya sakit kepala. Nak fikir macam mana nak letak lampu lip-lap kat pergelangan tangan.” - Erica

Sinopsis Novel Suamiku Encik Sotong, Gambar novel Suamiku Encik Sotong, Penulis novel Suamiku Encik Sotong: Syikin Zainal, Harga novel Suamiku Encik Sotong: RM25.90, Jumlah halaman novel Suamiku Encik Sotong 624 muka surat, Blog novelistar Syikin Zainal penulis novel Suamiku Encik Sotong, Komen pembaca novel Suamiku Encik Sotong
Inilah gambar novel Suamiku Encik Sotong. So kiut! Ada handbag kaler pink.
Penulis novel Suamiku Encik Sotong: Syikin Zainal
Harga novel Suamiku Encik Sotong: RM25.90
Jumlah halaman novel Suamiku Encik Sotong: 624 muka surat

Nak tahu penghujung kisah Suamiku Encik Sotong, kena la beli novelnya. So far, baca sinopsis Suamiku Encik Sotong ni memang menarik! Terasa kelembutan jiwa si Farish, sure baik hati. Erica pulak, watak macam selamba ganas je. Haha.. Tajuk novel pun dah kedengaran gempak! Suamiku Encik Sotong. Hadoi..sure tension golongan suami kalau digelar hencek sontong. So kiut :)

Blog novelistar Syikin Zainal penulis novel Suamiku Encik Sotong
Komen pembaca novel Suamiku Encik Sotong:
Saya telah membaca novel saudari. Bagi saya, bijak dari segi originaliti idea. Bagaimana saudari cuba lari dari klise novel tempatan yang boleh dikatakan sama sahaja pergerakan plot ceritanya. Tahniah :) Cuma apa yang mengecewakan saya adalah… (Nak tahu apa komen dilontarkan? Terjah link di atas)


Tonton Suamiku Encik Sotong di kaca tv:

Novel Suamiku Encik Sotong diadaptasi ke dalam drama Astro Ria. Drama ini telah ditayangkan bermula 27 Oktober 2014. Menampilkan Sharnaaz Ahmad sebagai watak utama, dan juga Amyra Rosli. Jangan lupa, saksikan drama hebat ni di kaca tv u olls.


Gambar drama Suamiku Encik Sotong

Sinopsis Novel Suamiku Encik Sotong, Gambar novel Suamiku Encik Sotong, Penulis novel Suamiku Encik Sotong: Syikin Zainal, Harga novel Suamiku Encik Sotong: RM25.90, Jumlah halaman novel Suamiku Encik Sotong 624 muka surat, Blog novelistar Syikin Zainal penulis novel Suamiku Encik Sotong, Komen pembaca novel Suamiku Encik Sotong, drama TV3 Suamiku Encik Sotong
Sharnaaz Ahmad membawa watak Encik Sotong. Sure kelakar giler. Excited nak tengok!!!


Saksikan drama Suamiku Encik Sotong
Hari: Isnin 
Jam: 10.00 malam
Saluran: Astro Ria 104 & Maya HD 135


17 comments

ari tu nk beli tp xde plak..sabo je la..huhu...

Nampak menarik jer ni ..Boleh usha2 nanti

hehehe mcm best jgk ni..lucu pn ada..gaduh2

tak pernah lagi baca novel ni..

NEXT WEEK DRAMA DIA KUAR KAT ESTRO..SHARNAZ AHMAD BAWAK WATAK EN SOTONG...JEBAT OO JEBAT

boleh beli melalui online novel Suamiku Encik Sotong ni Anizz

teruja nak tengok Sharnaaz Ahmad jadi watak utama si encik sotong. mesti lawak

drama Suamiku Encik Sotong ni bakal disiarkan minggu depan kak. ada mayra rosli gak heroin drama ni. mesti best!

mesti banyak scene bergaduh dalam drama Suamiku Encik Sotong. mana taknya jiwa si suami yang tak sehaluan dengan jiwa rock isteri. mesti kelakar

sy pun belum baca novel ni, tapi baca sinopsis Suamiku Encik Sotong nampak bez je jalan ceritanya

Sotong yang makin popular dikenali ramai. haha.. sotong famous!

makin meletop drama Sharnaaz. kat tv9 ada jugak drama dia. coming soon kat tv3, drama Suamiku Encik Sotong. tak sabar nak tengok!

dah tengok first episode SES ni.... haha mang terbaik la jebat ni.... cume kalo sotong bulu roma kerinting,,,, eukkkkkk.....juz muke la xde misai n jambang.... nampak pelik.... tp sebab watak yg dibawak best.... layan je la... then baju pink... ketat.... alahai jebat...... tuntutan watak kan.......


dia tak bercinta dgn isteri dia tp dgn org lain....mmg aku tak expect jd lagu tu...mmg takde mood dah nak tengok lepah baca novel dia.


EmoticonEmoticon