Filem Nasi Tangas (Nasi Kangkang) Guna Mantera Jawa Sebenar!
Filem
Nasi Tangas atau Nasi Kangkang telah pun ditayangkan di seluruh pawagam bermula
18 September 2014 yang lepas. Ada yang dah menontonnya? Mendengar sahaja tajuk
filem ni iaitu Nasi Tangas (Nasi Kangkang) amatlah menggelikan.
Macam
yang kita tahu Nasi Tangas (Nasi Kangkang) adalah perbuatan syirik! Ianya bertentangan
dengan hukum agama. Namun hari ni, masih ada segelintir insan yang berani
mengamalkan Nasi Tangas (Nasi Kangkang). Bagus filem seperti ni, menghebahkan
pada orang ramai akan banyak pengajaran yang boleh kita ambil sebagai penonton.
Sinopsis Nasi Tangas │ Nasi Kangkang
Filem
Nasi Tangas (Nasi Kangkang) ini mengisahkan tentang pasangan suami isteri Hairi
lakonan Azwan Kombos dan Mira (Adibah Yunus) berantakan apabila Hairi terlalu
akrab dengan kawan baiknya Fatin (Shima Anuar) sehingga menimbulkan rasa
cemburu Mira. Mira
menggunakan jalan pintas untuk merampas semula cinta Hairi menggunakan cara
amalan ilmu hitam dengan melakukan nasi kangkang agar Hairi mengikut segala
arahannya.
Pelakon Nasi Tangas │ Nasi Kangkang
Azwan
Kombos, Adibah Yunus, Shima Anuar, Delimawati, Herman Tino dan Along Eyzendy.
Sebab penonton harus menyaksikan filem Nasi Tangas (Nasi Kangkang)
Pengarah
filem Nasi Tangas (Nasi Kangkang) mendedahkan mantera yang digunakan dalam
filem tersebut merupakan mantera sebenar untuk amalan khurafat pembuatan nasi
kangkang! Mantera tersebut diperoleh daripada kajiannya terhadap beberapa orang
lama yang tahu tentang amalan tersebut.
Filem
Nasi Tangas (Nasi Kangkang) menggunakan mantera sebenar! Sure seram giler bila
tengok. Mantera Jawa yang sebenar yang diperolehi daripada beberapa kajian
terhadap orang tua-tua dulu yang tahu tentang pembuatan syirik ni. Sekarang
filem ni tengah dipromosikan di pawagam. Kalau rumah u olls dekat dengan pawagam,
apa kata pergi tengok. Kat sini takde pawagam, kena tunggu CD Nasi Tangas (Nasi
Kangkang) dijual. Haish..tak sabar nak beli CD Nasi Tangas ni.
Menangi: Hadiah Bernilai RM700 Dengan Mudah! (KLIK)
Menangi: Hadiah Bernilai RM700 Dengan Mudah! (KLIK)
11 comments
seramnya nk tgk..
Ish3.. T_T
Assalamualaikum dan singgah ptg dik Yumida...seramnya takut nak tengok....
Assalamualaikum.. SAlam ahad...sejak ada ank, dah lama tak tengok wayang...
memang x tengok la cite ni mau menjerit panggung...
tgk trailer pun best cerita ni..
seram nak tengook
Pahala Vs Dosa: Antara Liat dan mudah
Akak penakut...so x nak tgok...
assalamualaikum.. fatin dah tengok dah.. huhu memang seram betul citer ni T_T
Seriously mantera sebenar? Nak sgt tgk! Seram meh sape yg baca time berlakon tu. Huhu
Nampak cam best je citer ni
EmoticonEmoticon