Sinopsis Novel Pengantin Ekspres
Pengantin Ekspres mengisahkan sang suami yang inginkan calon isterinya seorang yang
bersabar melayaninya. Di samping membimbingnya ke jalan lurus. Dia
sebenarnya mahu berubah, tetapi mesti ada pendamping setia yang sabar
menemaninya, iaitu seorang perempuan bergelar isteri. Itulah azam lelaki yang
bernama Rayyan.
Latar belakang keluarga yang tidak
langsung mempedulikan hal-hal agama membuatkan dia menjadi anak yang liar dan
suka berpeleseran tetapi dalam hati, dia sebenarnya mahu kembali ke pangkal
jalan. Lalu dia mencari calon isteri yang berpendidikan agama yang boleh
membimbingnya untuk mengenali ALLAH.
Aleeya bukan calang-calang orang,
seorang yang teliti dan pemilih dalam hal-hal bakal suami. Apabila berjumpa
dengan Rayyan, daripada perasaan benci sudah bertukar menjadi sayang. Apa
salahnya dia beralah atas dasar cinta dan kasih sayang. Walaupun digelar
pengantin ekspres dan dituduh sudah terlanjur, Aleeya tidak peduli lagi kerana
dia sudah nekad.
Namun bukan senang untuk Rayyan
berubah apatah lagi mamanya, Puan Sarah tidak merestui perkahwinannya. Dia mahu
isteri Rayyan hidup sosial dan bebas seperti kehidupan mereka sekeluarga.
Bagaimana Rayyan menghadapi mamanya yang garang itu? Kenapa Aleeya tetap
bersabar dengan perangai suaminya yang punya ego setinggi Gunung Himalaya itu?
Aku kenal dia pun tak, dia lagilah tak kenal aku, tiba-tiba aje ajak aku kahwin. Mentang-mentanglah aku baru putus tunang dan tak jadi kahwin, dia ingat aku ni apa? - Aleeya
Bertuah kahwin dengan anak pak alim ni. Marah pun suara lembut aje. Tak berani nak tinggikan suara dengan suami sebab berdosa. Kalau perempuan lain, mesti dah jadi singa sebab melihat suami berkepit dengan perempuan lain. He...he...he... - Rayyan
Aku kenal dia pun tak, dia lagilah tak kenal aku, tiba-tiba aje ajak aku kahwin. Mentang-mentanglah aku baru putus tunang dan tak jadi kahwin, dia ingat aku ni apa? - Aleeya
Bertuah kahwin dengan anak pak alim ni. Marah pun suara lembut aje. Tak berani nak tinggikan suara dengan suami sebab berdosa. Kalau perempuan lain, mesti dah jadi singa sebab melihat suami berkepit dengan perempuan lain. He...he...he... - Rayyan
Inilah
gambar novel Pengantin Ekspres
Penulis
novel Pengantin Ekspres: Pitteriah Abdullah
Harga novel Pengantin
Ekspres: RM19.90
Jumlah
halaman novel Pengantin Ekspres: 528 muka surat
Novel Pengantin
Ekspres merupakan novel antara yang terlaris dijual tahun 2014. Jom dapatkan
novel Pengantin Ekspres di pasaran!
Komen pembaca novel Pengantin Ekspres:
serious, aku banyak belajar menjadi
suami melalui watak Hero novel ni, sampai sekarang wife aku taat....memang
lagend dan epik...terinspirasi dengan kisah cinta Rayyan dan Aleeya, aku
bahagia dengan isteriku kini...serious best...tak rugi beli dan tak puas baca
walau sekali...pasti nak baca lagi....
12 comments
:)
macam best jer novel nih..
Hmm banyaknya cerita macam ni zaman sekarang
Nak pula baca novel ni...hehe
Macam best jer
menenagis baca novel ni tau
Beli jangan tak beli..:)
kalau buat drama series mesti dpt sambutan ni ..:-)
wahhhhh menarik review buku ni, weekend ni nak pegi cari pulak :)
menarik.jemput ke blog
bestnyee... :)
Novel camtok best ;D
EmoticonEmoticon