Sinopsis Kristal Maya Slot Samarinda TV3
Kristal Maya mengisahkan seorang wanita bernama
Maya (Amyra Rosli) bekerja di sebuah syarikat. Tajuk drama Kristal Maya diambil
sempena watak utama iaitu Maya dan nama syarikat tempat Maya bekerja iaitu
Syarikat Kristal. Datuk Efendi (Rahim Jailani) merupakan pengarah Syarikat
Kristal, dibantu oleh Mona (Elly Mazlin) adik ipar Datuk Efendi.
Di Syarikat Kristal itu, Maya ditemukan dengan Ezam
(Shah Jaszle). Ezam seorang bos yang tegas. Tugas Maya membantu Ezam dalam
bahagian penerbitan kreatif.
Maya tinggal bersama ibunya Aziah (Dilla Ahmad) dan
adik lelakinya Muadz (Ryzal Jaafar) yang masih menuntut di kolej sama dengan
anak Datuk Efendi Sharizan (Hefny Sahad). Syukri (Amar Baharin) anak sulung Datuk
Efendi jatuh cinta pandang pertama dengan Maya. Syukri seorang kasanova
menggunakan kedudukannya sebagai Penerbit Eksekutif untuk menggoda perempuan
yang diminati.
Datuk Efendi sering memberi amaran kepada Maya
tentang anaknya Shukri yang sering mempermainkan hati wanita. Dia tidak mahu
Maya menjadi mangsa. Maya tidak memperdulikan nasihat itu, kerana beliau
seorang yang sukar jatuh cinta dan fokusnya hanya pada kerjaya.
Maya merasakan sesuatu yang luar biasa dengan
perwatakan Ezam yang dingin seolah menyimpan rahsia tentang dirinya. Apabila mereka semakin
rapat, Maya semakin ingin tahu rahsia diri Ezam. Ezam pula makin keliru apabila
satu perasaan pelik terbit pada hatinya terhadap Maya. Adakah perasaan pelik
itu akan mula berputik bunga-bunga cinta? Apakah reaksi Syukri apabila
perasaannya ditolak mentah-mentah oleh Maya? Saksikan segalanya dalam drama
Samarinda, Kristal Maya.
Sumber: Sinopsis Kristal Maya
Gambar Kristal Maya
Pelakon Kristal Maya:
Shah Jaszle
Amyra Rosli
Elly Mazlein
Ryzal Jaafar
Erry Putra
Syatilla Melvin
Amar Baharin
Saksikan Kristal Maya
Hari: Rabu & Khamis
Jam: 10.00 malam
Saluran: TV3
4 comments
Good sipnopsis
Blog walking
Saya pengedar sah shaklee
www.izzapis1505.blogspot.com
Kekadang tengok kekadang tak drama nih.. jadi tak berapa faham sangat jalan citer dia..
Best citer ni
Favourite tok ;D hee. Sebab watak heroin ya best!
EmoticonEmoticon