Kemenangan Sharifah Sakinah Dipertikaikan │ Anugerah Lawak Warna 2014

Kontroversi Kemenangan Sharifah Sakinah Dipertikaikan

Tahniah Sharifah Sakinah atas kemenangan merangkul anugerah Artis Lawak Wanita Paling Popular di Anugerah Lawak Warna 2014. Keputusan telahpun diumumkan, kemenangan telahpun ditabalkan tapi isu mempertikaikan kemenangan Sharifah Sakinah masih berleretan.

Sharifah Sakinah Layak Menang Artis Lawak Wanita Paling Popular Ke?

Kat page Astro Gempak, berderet-deret komen menyatakan ketidakpuasan hati dengan kemenangan Sharifah Sakinah dinobatkan Artis Lawak Wanita. Isu ini menjadi semakin hangat dan dipersoalkan banyak pihak. Kontroversi! Panas!

Kontroversi Kemenangan Sharifah Sakinah Anugerah Lawak Warna 2014, Kemenangan Sharifah Sakinah dipertikaikan Artis Lawak Wanita Paling Popular di Anugerah Lawak Warna 2014, Pelakon Komedi Wanita (Popular)

Sharifah Sakinah Pelakon Komedi Wanita (Popular)

Jangan lupa..nama anugerah tersebut ialah Artis Lawak Wanita Paling Popular. Part Popular tu kena ditekankan. Kena fahami macam mana pemilihan pemenang tu dibuat. Dah katanya melalui undian, so bila Sharifah Sakinah mendapat undian paling tertinggi, paling terbanyak. Sharifah Sakinah layak bergelar Artis Lawak Wanita Paling Popular a.k.a Pelakon Komedi Wanita (Popular).

Sharifah Sakinah versus Jihan Muse

Walaupun ramai yang kata Jihan Muse adalah calon yang selayaknya mendapat penganugerahan itu. Tapi kalau undian tak mencukupi, tak dapat mengalahkan pesaing yang sorang lagi, maka jatuhlah kemenangan pada pesaing tersebut. So simple!

Bagi aku, Jihan Muse adalah pelakon komedi yang berkualiti. Sama ada dalam bidang lakonan, pengacaraan terserlah bakat lawak yang dimilikinya. Sharifah Sakinah pun ye jugak. Ada ciri-ciri komedi dalam dalam dirinya, malah aku pernah tengok Sharifah Sakinah mengacara Galaxy TV9. Seronok, menghiburkan, kelakar.

Komen Sharifah Sakinah atas kemenangannya

"Kemenangan ini bukan terbaik tetapi mengikut populariti dan undian peminat, kalau diikutkan memang saya tidak layak untuk menang kerana lawak saya tidak sehebat Jihan. Saya takut kemenangan ini akan jadi isu dan orang ramai akan persoalkan kerana saya tidak lawak macam pelawak lain. Saya rasa yang mengundi saya ialah peminat di Instagram kerana pengikut saya ramai beratus ribu walaupun separuh daripadanya pembenci tetapi pengikut itu benar-benar peminat yang mahu saya menang. Oleh itu saya ambil sikap positif dan terima kemenangan ini sebagai rezeki" - Sharifah Sakinah

Tahniah buat semua pemenang Anugerah Lawak Warna 2014!

11 comments

akak taq Yumida utk GA Cik Ann.
tq

Huhuhuhu ..apa2pon TAHNIAH ......

Itu rezeki masing2.. yup kena paham maksud popular dan terbaik.. beza maksud antara kedua2nya..

apa2 pun tahniah buat pemenang..rezeki dia..

Dah rezeki dia kan ... tahniah utk semua pemenang

Assalamualaikum dan singgah hujung minggu dik Yumida...kedua2 mempunyai kelebihan masing2 tapi rezeki Sharifa Sakinah yang menang...tahniah kepada dia dan kepada semua pemenang...

rezeki dia...
http://cercitertashaqisha.blogspot.com/2014/09/kerlu-di-hatiku.html

kelebihan dia kt peminat yg ramai..walau lawak tak terra mana..

Tak tahu dia ni lawak tang mana... Huhu

tahniah le walaupun tak layak langsung..peminat2 nye la yang buta..heheheh


EmoticonEmoticon