Sinopsis Cinta Ibadah

Cinta Ibadah - Telenovela Drama Astro Prima dan Maya HD


Cinta Ibadah mengisahkan ketabahan hati seorang isteri iaitu Siti (Aisyah Elias) apabila suaminya Hafiz (Fattah Amin) menjadi rebutan bekas kekasih Hafiz, merangkap bekas ipar duainya iaitu Ratna (Raja Ilya). Lebih mengeruhkan keadaan, perkahwinan Siti dan Hafiz ditentang hebat oleh ibu Hafiz sendiri, Che Ani (Nor Albaniah).

Sungguhpun begitu, kehidupan suami isteri Hafiz dan Siti dilimpahi kebahagiaan. Malah diserikan lagi dengan kehadiran anak lelaki mereka iaitu Razak. Mereka tiada masalah kesuburan seperti dihadapai banyak pasangan suami isteri. Makanan ini baik untuk ibu mengandung. Jom baca. Banyak amalan yang baik dilakukan semasa isteri hamil oleh suami. Baca 10 Amalan suami sayang isteri semasa mengandung. Razak berusia 5 tahun.

Pada awalnya, Che Ani iaitu ibu Hafiz merencana ingin menjodohkan Hafiz dengan model terkenal, Ratna. Bagi Che Ani, Ratna begitu sempurna untuk dijadikan menantu. Mempunyai pakej lengkap! Berkerjaya, berpelajaran, wajah dan kulit cantik serta berketrampilan, terkenal malah berduit. Tetapi hajat Che Ani tidak kesampaian apabila Hafiz terlebih dahulu mengambil keputusan menikahi Siti, wanita yang sangat dicintainya.

Namun, Che Ani tidak berputus asa. Dia merancang menjodohkan pula dengan anak keduanya, adik kepada Hafiz iaitu Halim. Majlis pertunangan berlangsung dengan lancar. Namun jodoh mereka tidak juga panjang, Halim terlibat dalam kemalangan jalan raya. Sekali lagi, Ratna kecewa. Ratna bertekad ingin mendapatkan kembali Hafiz.

Che Ani berpakat ingin menyatukan Ratna dan Hafiz. Pelbagai rancangan diatur agar Hafiz menceraikan Siti. Namun, kesemuanya tidak berjaya. Siti diuji dengan ujian berat. Dia disahkan menghidap barah. Penyakit yang boleh mengancam nyawanya. Kanser menjadi penyakit serius zaman ini. Kebanyakan puncanya dari makanan. Ibu hamil elok elakkan makanan ini semasa hamil untuk kesihatan ibu dan bayi dalam kandungan. Sama samalah kita menjaga kesihatan

Dr Irma (Sherry Ibrahim) merupakan doktor yang merawat Siti. Siti memohon agar penyakitnya dirahsiakan tanpa pengetahuan sesiapa. Siti tidak mahu orang kesayangannya bersedih menerima berita itu.  

Selepas berusaha menjalankan rawatan kemoterapi selama beberapa bulan, akhirnya Siti pasrah. Penyakit barahnya tidak boleh diubati. Mengetahui ajalnya semakin menghampiri, Siti mencari calon isteri buat suaminya iaitu Hafiz. Harapannya, agar insan yang menggantikan tempatnya akan menjaga Hafiz dan Razak setelah ketiadaannya nanti. Seorang isteri yang setia bertanggungjawab sihat dan subur untuk suaminya.

Siti berkira-kira ingin menjodohkan Dr Irma dengan suaminya. Memandangkan Dr Irma pernah menjadi kekasih Hafiz suatu ketika dahulu. Ketika Siti ingin merapatkan kembali hubungan Dr Irma dan Hafiz, Dr Irma menyampaikan berita yang mengejutkan Siti. Siti diperkenalkan oleh Dr Irma akan seorang wanita yang iras-iras seperti dirinya!

Ketika Siti mendapatkan rawatan penyakitnya, Siti mengupah wanita tersebut untuk menggantikan tempatnya di rumah. Ini kerana Siti perlu ditahan selama sebulan di hospital. Hanya melalui wanita tersebut, tiada siapa pun akan perasan akan ketiadaannya. Malah, rahsia penyakitnya tidak diketahui umum. Tetapi bukankah tindakan siti ini mengundang suaminya kepada zina? Adakah ini kisah cinta suami isteri yang benar benar munurut islam?

Konflik telenovela Cinta Ibadah muncul! Siapa sangka, wanita yang ditugaskan untuk menyamar sebagai Siti kini benar-benar jatuh cinta pada suami Siti. Razak juga disayanginya seperti anaknya sendiri. Hari ke hari, Hafiz mula syak wasangka dan perasan bahawa wanita tersebut bukanlah isterinya yang sebenar.

Hafiz segera menjejaki Siti. Hafiz begitu sedih apabila mengetahui isteri tercintanya jatuh sakit, bergelut untuk meneruskan hidup. Penyakit barah Siti sudah di peringkat akhir, Siti meminta Hafiz untuk mengahwini wanita tersebut. Adakah Hafiz akan menunaikan permintaan isterinya? Adakah Hafiz akan mencintai wanita tersebut seperti mana dia mencintai isterinya? Bagaimana pula dengan Ratna? Yang begitu mendambakan Hafiz. Tonton segalanya dalam telenovela Cinta Ibadah di saluran 105 dan 135.

Pelakon Cinta Ibadah

Aishah Ilias, Fattah Amin, Raja Iylia, Sherry Ibrahim, Nor Albaniah, Harith Haziq, Shahronizam, Roslan Shah, Ziema Din.


Watak Utama Telenovela Cinta Ibadah

Hero dalam drama Cinta Ibadah ni merupakan Fattah Amin yang memegang watak sebagai Hafiz. Seorang suami kepada Siti. Suami yang penyayang, setia dan bertanggungjawab kepada isterinya dan memainkan peranan sebagai ketua rumah tangga. Untungnya jika suami menyayangi isteri semasa susah dan senang bersama. Sebelum ni, Fattah Amin pernah berlakon dalam drama yang ditayangkan pada pukul 7 malam iaitu Playboy Itu Suami Aku. Pernah dikaitkan dengan isu ‘pelakon kayu’. Aku amat berharap menerusi telenovela Cinta Ibadah ni menyerlahkan bakat lakonannya yang lebih mantap berbanding sebelum ni. Tempoh telenovela ni berlangsung memang boleh tahan. Sebabnya Cinta Ibadah berepisod sebanyak 130. Buat peminat Fattah Amin, meh tonton telenovela ni kat tv. Nak tahu bila drama Cinta Ibadah ni disiarkan? Haa…tengok jadualnya kat bawah.

Sinopsis Cinta Ibadah, Telenovela Melayu Cinta Ibadah Drama Astro Prima dan Maya HD

Saksikan Telenovela Cinta Ibadah
Jumlah episod Cinta Ibadah: 130
Hari: Isnin – Jumaat
Jam: 5.00 petang – 5.30 petang
Saluran: Astro Prima (105) & Maya HD (135)


10 comments

cerita ni mcm menarik..tapi episod byak sgat..huhu..tu yg mcm rasa malas nak tengok

Tgk iklan macam bestttt ;D

kurang sekarang tengok drama melayu. sterotaip sangat. :P

http://pemudattbc.blogspot.com/2014/09/syria-mujahidin-malaysia-syahid.html

oo ni drama yg sedang ditayangkan ya..http://madey09.blogspot.com/

macam menarik drama ni, tapi ep dia bnyaknya..

Sapa nama pelakon yg jdi auntie (wati) kepada ratna

This comment has been removed by the author.


EmoticonEmoticon